CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 & 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗

Situasi negara yang masih sedang menghadapi pandemik COVID-19 sekarang pasti menimbulkan pertanyaan samada mereka yang meninggal dunia akibat virus ini boleh mendermakan organ atau tidak?

JAWAPAN:

Organ dan tisu individu yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 tidak boleh didermakan kerana:

🔹COVID-19 merupakan penyakit berjangkit.

🔹Organ dan tisu individu yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 juga dikhuatiri berisiko menjangkiti penerima organ dan tisu jika didermakan.

🔹Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menetapkan dalam Garis Panduan Perolehan dan Pendermaan Organ Selepas Kematian untuk COVID-19 keluaran tahun 2020 menyatakan semua bakal penderma organ perlu dilakukan ujian calitan COVID-19 sebelum prosedur perolehan organ dan tisu dilaksanakan.

🔹Pendermaan organ dan tisu kardaverik (selepas kematian) hanya boleh dilaksanakan apabila mendapat kebenaran waris secara bertulis menurut Akta Tisu Manusia 1974 (Akta 130).

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku