CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama

Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait. Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas.

Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada hari ini, 1 Disember 2022, bersama tingkatkan kesedaran kita mengenai HIV/ AIDS.

#WORLDAIDSDAY
#Equalize
Dapatan NHMS (2020) dalam kalangan belia berumur 15-24 tahun menunjukkan:
🔴 Hanya 14% mempunyai pengetahuan HIV yang mencukupi 🔴 47.9% mempunyai persepsi yang salah bahawa HIV boleh disebarkan melalui makanan 🔴 41.6% daripada mereka tidak tahu amalan seks selamat boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV. Hal ini boleh membantutkan usaha pencegahan penularan HIV ini. Sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, bersama kita tingkatkan kesedaran diri dan keluarga mengenai HIV untuk mengakhiri wabak AIDS menjelang 2030.

#WORLDAIDSDAY #Equalize