CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
🗳️ Jalankan tanggungjawab anda sebagai individu dan penganjur bagi memastikan keselamatan bersama sepanjang tempoh berkempen dan semasa proses pengundian.

😷Jangan lupa untuk amalkan kawalan kesihatan kendiri.

#PRU15kitaJagaKita
Individu positif COVID-19 juga berhak untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan hadir mengundi pada 19 November 2022 (Sabtu).

Semua pengundi positif COVID-19 adalah diseru agar mematuhi garis panduan seperti yang dikongsikan agar kita semua menjalani proses mengundi dengan selamat dan sihat.

Selamat mengundi!

#PRU15KitaJagaKita
Pasukan kesihatan akan ditempatkan di Pusat Pembuangan Undi bagi membantu menyelaras urusan pembuangan undi pengundi positif COVID-19.
Kerjasama semua di pusat mengundi amat kami harapkan agar urusan penyelarasan ini berjalan lancar, selamat dan teratur.

Dikongsikan Carta Alir Pengundi Positif COVID-19 di pusat mengundi. Sekali lagi dingatkan agar pengundi Positif COVID-19 mengemaskini status kesihatan dalam Aplikasi MySejahtera sebelum ke Pusat Mengundi.

Kita jaga kita. Selamat Mengundi!

#PRU15KitaJagaKita