CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Fakta menurut CPRC Kebangsaan : Peningkatan kes Chicken Pox yang dilaporkan.

Jumlah wabak Tahun 2022 sehingga 24 Ogos 2022 adalah 51 wabak berbanding hanya 10 wabak pada tahun 2021 pada tempoh yang sama iaitu peningkatan 410%.

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan wabak tertinggi pada tahun 2022 iaitu masing-masing 26 dan 15 wabak.

Daerah Petaling Jaya dan Hulu Langat mencatatkan wabak tertinggi iaitu masing-masing 10 dan 9 wabak.

Putrajaya mencatat 9 wabak berbanding daerah lain di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Wabak yang dilaporkan di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terjadi di:
(22 kes) 43%- Taska
(20 kes) 39% - Tadika
(2 kes) 4%- sekolah menengah
(2 kes) 4%- Rumah persendirian
(1kes) 2% - pra sekolah
(1kes) 2% - pusat jagaan
(1kes) 2% - pusat tahanan
(1kes) 2% - Rumah pengasuh
(1kes) 2% - sekolah rendah

#ANMS
#KekalSihat
#chickenpox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama