CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
𝙋𝙚𝙣𝙜𝙚𝙢𝙗𝙖𝙧𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠𝙞 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙨𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙧𝙖-𝙥𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙖𝙥𝙡𝙞𝙠𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙮𝙎𝙚𝙟𝙖𝙝𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖 1 𝙊𝙜𝙤𝙨 2022.

📣Pemansuhan ini juga bermaksud tiada lagi keperluan untuk menjalani ujian saringan pra-perlepasan, saringan COVID-19 sewaktu ketibaan dan perintah kuarantin tanpa mengira status vaksinasi anda.

🔸 Kelonggaran ini dibuat sejajar dengan sistem kesihatan kini berada pada tahap yang baik dan terkawal, serta bertujuan memudahkan prosedur kemasukan pengembara ke Malaysia.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
𝘽𝙚𝙜𝙞𝙣𝙣𝙞𝙣𝙜 1 𝘼𝙪𝙜𝙪𝙨𝙩 2022, 𝙩𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡𝙡𝙚𝙧𝙨 𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙖𝙧𝙚 𝙣𝙤 𝙡𝙤𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙧𝙚𝙦𝙪𝙞𝙧𝙚𝙙 𝙩𝙤 𝙛𝙞𝙡𝙡 𝙞𝙣 𝙖𝙣𝙙 𝙘𝙤𝙢𝙥𝙡𝙚𝙩𝙚 𝙩𝙝𝙚 𝙋𝙧𝙚-𝙙𝙚𝙥𝙖𝙧𝙩𝙪𝙧𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙢 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙈𝙮𝙎𝙚𝙟𝙖𝙝𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙖𝙥𝙥𝙡𝙞𝙘𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣.

Additionally, travellers are no longer required to undergo pre-departure screening, on-arrival test (OAT), and quarantine orders regardless of vaccination status.

This relaxation is in line with the country's health system is now at a good and controlled level, apart from aiming to facilitate the entry procedures of travelers to this country.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 13 Ogos 2022 (ME 32/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
Kumulatif kes baharu: 4,732,502;
Kumulatif kes sembuh: 4,651,820 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,080 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,051 kluster (kluster aktif: 26 kluster).
Perbandingan antara ME 31/2022 dan ME 32/2022:
Bilangan kes sembuh pada ME 32/2022 meningkat sebanyak 1.1 peratus (28,604 kes kepada 28,905 kes) Rajah 6;
Bilangan kes baharu pada ME 32/2022 menurun sebanyak 6.6 peratus (28,554 kes kepada 26,678 kes) Rajah 7;
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 6.5 peratus (28,499 kes kepada 26,656 kes); dan
Bilangan kes import menurunsebanyak 60.0 peratus (55 kes kepada 22 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 32/2022 statik sebanyak 60 kes.
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 32/2022 adalah 44,706 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.7 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/08/15/kenyataan-media-kpk-15-ogos-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-32-7-julai-13-ogos-2022/
Kertas Putih sepatutnya jadi kenyataan kolektif pembaharuan sistem kesihatan negara - Khairy

KUALA LUMPUR: Kertas Putih Kesihatan yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada November, sepatutnya merupakan pernyataan mengenai aspirasi kolektif rakyat tentang cara untuk menjadikan sistem kesihatan negara menjadi lebih mampan dan berdaya tahan, menerusi pemikiran "menyeluruh kerajaan" dan "menyeluruh masyarakat".

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pandemik COVID-19 telah mencetus keperluan untuk pembaharuan dalam penjagaan kesihatan, yang sebelum ini tidak pernah berlaku yang memperlihatkan antara kebergantungan kesihatan, kewangan dan fabrik sosial yang berlaku begitu ketara.

Perkembangan ini menjurus kepada usaha untuk pembaharuan penjagaan kesihatan negara demi keperluan kesihatan dan sosial rakyat.

"Hala tuju dan prinsip kami untuk pembaharuan penjagaan kesihatan dalam Kertas Putih Kesihatan harus mencerminkan keperluan ini. Kita tidak seharusnya membiarkan peluang pengajaran daripada pandemik COVID-19 berlalu begitu sahaja," katanya dalam ucaptama bertajuk "Keperluan Untuk Pembaharuan Penjagaan Kesihatan' yang disampaikan pada Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di sini hari ini.

Khairy berkata untuk memastikan pelan pembaharuan itu sendiri adalah kebal masa depan dan secara kritikal akan tetap bertahan daripada menteri yang mengambil alih, maka sokongan bipartisan untuk pembaharuan yang dicadangkan dalam Kertas Putih Kesihatan juga penting.

Ini kerana masih terdapat banyak butiran dan pelan tindakan yang perlu diusahakan pada tahun-tahun yang akan datang, katanya.
"Saya harap kita semua akan memainkan peranan untuk menyokong pembentangannya di Parlimen pada hujung tahun ini. Persetujuan anda dan persetujuan Ahli Parlimen (MPs) adalah penting untuk memastikan prinsip dan hala tuju reformasi struktur yang luas untuk sistem kesihatan Malaysia.

"Ini bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan moral dan politik untuk 15 tahun akan datang mengenai pembaharuan yang dicadangkan itu, tetapi dalam erti kata yang lebih besar, ia juga akan melambangkan perpaduan kita demi sistem penjagaan kesihatan yang teguh pada masa hadapan, tidak kira siapa Menteri Kesihatan atau parti mana yang sedang berkuasa," tambahnya.

Untuk memastikan jaminan pembaharuan itu, Khairy berkata Kertas Putih Kesihatan juga akan mencadangkan Suruhanjaya Pembaharuan Penjagaan Kesihatan untuk memantau, menasihati dan melaporkan secara bebas status pelaksanaan kepada kerajaan, Parlimen, dan rakyat.

"Saya juga akan melantik Majlis Penasihat Kertas Putih Kesihatan, yang terdiri daripada 13 pakar pelbagai bidang untuk menghulurkan bantuan mereka dalam mencabar dan memperhalusi keutamaan dasar kita.
"Terdapat beberapa input yang baik daripada banyak pihak dan saluran, dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk memberikan pandangan mereka," kata Khairy.
Beliau seterusnya berkata adalah penting untuk memastikan Kertas Putih Kesihatan memfokuskan pada pembaharuan paling asas untuk menangani cabaran sistemik dan struktur utama yang dihadapi oleh sistem penjagaan kesihatan dan bukannya penyakit tertentu atau kumpulan demografi individu tertentu.

Berikutan perkembangan dalam penyediaan Kertas Putih Kesihatan itu, Khairy berkata kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan belanjawan penjagaan kesihatan secara beransur-ansur sehingga tahap yang disasarkan untuk beberapa tahun akan datang, selain menyusun struktur pembiayaan untuk menjadikan sistem itu lebih mampan dan progresif.

"Sebagai Menteri Kesihatan yang komited menjadikan penjagaan kesihatan demi kebaikan awam, saya mahu meningkatkan peruntukan belanjawan tahunan bagi penjagaan kesihatan awam kepada lima peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam beberapa tahun akan datang.

"Kenaikan perbelanjaan itu juga mesti diperuntukkan khusus dalam setiap belanjawan berikutnya," katanya.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kertas-putih-sepatutnya-jadi-kenyataan-kolektif-pembaharuan-sistem-kesihatan-negara-khairy-376196
KKM mohon peruntukan kesihatan awam ditingkatkan lima peratus daripada KDNK - Khairy

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memohon peruntukan perbelanjaan kesihatan awam ditingkatkan kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi memastikan Malaysia mempunyai sistem kesihatan awam bertaraf dunia di masa hadapan.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata di negara yang berpendapatan sederhana tinggi, penanda aras peruntukan bagi perbelanjaan kesihatan awam adalah antara empat hingga lima peratus daripada KDNK.

Namun Malaysia, katanya hanya memperuntukkan 2.59 peratus daripada KDNK untuk perbelanjaan kesihatan awam, sekali gus menyebabkan ramai mengeluh dan mengadu berhubung tempoh yang lama diperlukan bagi mendapatkan perkhidmatan seperti pengimejan resonans magnetik (MRI) atau imbasan tomografi berkomputer (CT) di hospital kerajaan.

"Saya tahu semua kementerian minta duit (peruntukan) daripada Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) dan semua sama penting, tetapi ada juga kementerian yang lebih penting daripada kementerian lain. Kementerian ini (KKM) adalah lebih penting daripada yang lain sebab tugas teras kita (KKM) adalah nyawa tentang hidup dan mati.

"Satu angka sahaja saya nak Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) ingat iaitu lima. Bukan RM5 bilion, bukan RM5 juta tetapi lima peratus daripada KDNK negara kita," katanya ketika berucap pada Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di sini hari ini.

Persidangan bertemakan "Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan" itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Sementara itu, Khairy berkata segala dasar dan program yang memberi manfaat jangka masa panjang kepada rakyat tidak pernah terjejas atau terganggu meskipun kerajaan di bawah kepimpinan Ismail Sabri berdepan berbagai spekulasi mengenai pilihan raya umum (PRU).

Ini kerana dalam tempoh setahun mentadbir, beliau berkata banyak pencapaian telah diraih oleh pentadbiran Perdana Menteri termasuk kejayaan mengawal pandemik COVID-19 serta penggubalan beberapa undang-undang yang dilihat penting untuk generasi masa sekarang dan akan datang.

Penggubalan undang-undang itu antaranya berhubung Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS 2021) yang baru diluluskan selepas lebih 10 tahun dirangka, serta Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang dilihat bakal membawa kestabilan dan integriti dalam politik.

"Dalam bidang kesihatan pula, Perdana Menteri telah beri sokongan kepada saya untuk membawakan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 serta kini turut memberi restu kepada KKM untuk membawakan satu Kertas Putih Kesihatan bagi mentransformasikan sistem kesihatan negara.

"Ini bermakna walaupun kita adalah kerajaan yang masanya tidak lama tetapi sebenarnya telah berjaya membawa pembaharuan jauh ke depan," katanya.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-mohon-peruntukan-kesihatan-awam-ditingkatkan-lima-peratus-daripada-kdnk-khairy-376217
Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata pendapat dan idea pelbagai pihak berkepentingan telah diminta secara konsisten selain kerjasama sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan pihak kerajaan adalah kritikal dalam memastikan kejayaan pembaharuan sistem kesihatan.

"Marilah kita bekerjasama, memahami keperluan perubahan itu adalah satu peluang keemasan. Marilah kita membentuk sistem kesihatan kita dengan model yang inovatif, saksama, lestari dan berdaya tahan. Jadilah suara untuk mengukuhkan sistem kesihatan kita melalui cadangan Kertas Putih Kesihatan," katanya dalam perutusan pada Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022: Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham tidak dapat menghadiri majlis itu secara fizikal. Bagaimanapun, ucapan beliau telah dirakamkan terlebih dahulu dan disiarkan semasa sesi panel.

Beliau berkata tujuan Kertas Putih Kesihatan ialah mencadangkan perubahan signifikan yang diperlukan bagi memastikan sistem kesihatan Malaysia boleh menjangka dan memenuhi keperluan kesihatan negara yang semakin berkembang.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kertas-putih-kesihatan-kritikal-titik-mula-pembaharuan-sistem-kesihatan-di-malaysia-376273
Tujuan pembangunan Kertas Putih Kesihatan (HWP) adalah untuk mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh, agar ia sejajar dengan keperluan kesihatan rakyat ketika ini dan sentiasa bersedia dalam menghadapi keperluan di tahun-tahun yang akan datang.
Dikongsikan apakah 5 tonggak reformasi dalam HWP.
Faktor risiko seperti obesiti, tidak aktif secara fizikal dan tabiat merokok menyumbang kepada epidemik penyakit diabetes dan penyakit kardivaskular.
Malaysia kini menanggung beban yang tinggi kesan daripada gaya hidup tidak sihat rakyat Malaysia ini.
Sehingga 2017, Malaysia membelanjakan RM 22.53 billion perbelanjaan kesihatan akibat penyakit kronik!
Dikongsikan kepentingan pembangunan Kertas Putih Kesihatan di persidangan Health Policy Summit 2022: The Future of Our Healthcare - Health White Paper Development.

Perancangan reformasi yang komprehensif serta relevan untuk satu tempoh masa yang panjang ini PENTING bagi memastikan sistem kesihatan negara sentiasa bersedia dalam menghadapi apa-apa cabaran mendatang.
Pada masa kini, sistem penjagaan kesihatan awam mengunakan penggunaan dana yang tinggi akibat daripada peningkatan kelaziman penyakit kronik, populasi yang semakin menua dan kemunculan penyakit berjangkit baharu.
Sistem kesihatan harus menumpukan perhatian untuk memastikan rakyat Malaysia sihat sepanjang hayat.

Oleh itu, penambah baik dan pengekalkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia perlu melangkaui penjagaan kesihatan.
Dikongsikan faedah ekonomi daripada pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan (HWP).
Diunjurkan menjelang 2040, orang yang berumur 65 tahun ke atas akan meningkat kepada 14.5% daripada jumlah penduduk Malaysia.

Dengan trajektori semasa sistem kesihatan kini, Malaysia tidak bersedia menghadapi kerumitan menyediakan penjagaan yang mencukupi yang melangkaui penjagaan kesihatan kepada penjagaan sosial.

Oleh itu, HWP penting bagi mengemukakan cadangan penyelesaian untuk sistem kesihatan yang lebih berkualiti, mampan dan kukuh.
KETAHUI SKALA KESIHATAN ANDA BERSAMA KAMI

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM), Negeri Selangor

📌19 Ogos - 21 Ogos 2022 (Jumaat - Ahad)
9:00 pagi - 9:00 malam

📌Tapak Karnival
Perkarangan Stadium Shah Alam

Pelbagai aktiviti perkhidmatan kesihatan menerusi pertanyaan di Khemah Sihat Malaysia disediakan untuk anda
Antara yang menarik adalah:

•Perkhidmatan berhenti merokok
•Demonstrasi CPR
•Saringan Kesihatan
•Pameran Keselamatan dan Kualiti Makanan
•Promosi Wellness Hub

Jom! kami nantikan anda di sana

#Aspirasikeluargamalaysia
JOM SARING --> KETAHUI STATUS ANDA
Obesiti dan paras kolesterol dalam darah yang tinggi adalah antara faktor risiko mendapat Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).

50% dari kes-kes NCD dalam kalangan dewasa di Malaysia, tidak disedari. Ini menyebabkan kelewatan mendapatkan rawatan dan berisiko tinggi mendapat komplikasi kerosakan organ-organ penting seperti jantung, buah pinggang, sistem saraf dan mata.

Malahan NCD juga penyebab utama kematian di Malaysia.

Saringan kesihatan membolehkan anda mengetahui status kesihatan anda dan membantu anda mengurus kehidupan yang lebih sihat.

JOM KETAHUI BACAAN INDEKS JISIM TUBUH, TEKANAN DARAH, PARAS GLUKOS DAN KOLESTEROL ANDA.
𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧

📌Anda boleh ke mana-mana klinik kesihatan KKM, klinik Panel HSP Perkeso, Klinik PekaB40 atau klinik Nur Sejahtera di bawah LPPKN

⚠️Anda juga boleh membuat saringan kesihatan di mana-mana klinik swasta atau di farmasi yang menyediakan perkhidmatan saringan.

✔️Jom semak kelayakan anda.
✔️Jom Saring

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
Cacar vs Cacar Monyet

Cacar telah berjaya dibanteras pada tahun 1980 berikutan program vaksinasi cacar.

Cacar monyet kurang berjangkit dan menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding dengan cacar.

#ANMS
#KekalSihat
#Monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adakah anda atau ahli keluarga anda berusia 40 tahun dan ke atas?

Saringan kesihatan membolehkan anda mengetahui status kesihatan anda agar pencegahan/ rawatan awal diambil untuk elakkan komplikasi.

- Meningkatkan status kesihatan
- Mengurangkan perbelanjaan kos kesihatan kelak
- Kekal sihat mencari nafkah hidup
- Penuaan yang sihat

JOM SARING!

Ketahui senarai perkhidmatan saringan kesihatan di http://www.moh.gov.my/anms
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri atas keprihatinan dan kesudian menyempurnakan perasmian Hospital Bera, Pahang pada pagi ini. Setelah melalui proses pembangunan, Alhamdulillah sesi penyerahan hospital berjaya diadakan antara pihak kontraktor dengan Jabatan Kerja Raya dan KKM pada 27 Mei lalu.

Selaras dengan itu, Hospital Bera telah mula beroperasi secara berperingkat pada 1 Julai 2022 dengan pembukaan 24 jam Unit Kecemasan & dan Trauma serta Patient Assessment Centre. Pada 2 Ogos 2022, Dewan Bersalin dan Unit Pesakit Dalam melibatkan Wad Bersalin dan Wad Kanak-Kanak pula telah dibuka. Wad Dewasa, Klinik Pakar dan perkhidmatan lain pula akan mula beroperasi mulai 1 Oktober 2022.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0roVuMYzrTSsxB1X1t2wsT29WirY4gGK2roPUTKdQxapnjduAmjkDr9GaCxXByaGSl&id=100044314485023

Sumber: KPK KKM
KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebelum ini pernah bertitah bahawa usaha untuk memerangi pandemik COVID-19 merupakan tanggungjawab bersama dari seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik. Justeru, rakyat perlu bersatu untuk memastikan wabak berkenaan dapat dibendung dari terus menular.

Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu pun kita dapat tengok ramai orang saling bantu membantu terutamanya bila jiran tetangga atau kenalan terdekat disahkan positif COVID-19. Ada antara jiran-jiran atau kawan-kawan yang akan datang rumah hantar bekalan makanan atau apa saja barangan keperluan disebabkan proses kuarantin.

Haa, dari situ kita kita dah boleh tengok nilai empati tetap subur biarpun negara kita dilanda pandemik COVID-19. Walaupun kita tak boleh keluar rumah, nilai silaturrahim masih tetap terjalin.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/104314/berita/nasional/usaha-perangi-covid-19-tanggungjawab-bersama-tunku-azizah