CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-375 yang bersidang pada hari ini, telah bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Spikevax, keluaran Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. Spikevax sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Sehingga kini, PBKD telah memberi kelulusan kepada vaksin Comirnaty (keluaran Pfizer-BioNTech) dan CoronoVac (keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd, China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia) untuk digunakan dalam kalangan individu yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut terus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.

Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
4 OGOS 2022

https://kpkesihatan.com/2022/08/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-ogos-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-375-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KEPUTUSAN MESYUARAT PIHAK BERKUASA KAWALAN DADAH
KALI KE-375 BERKENAAN PENDAFTARAN VAKSIN COVID-19
Merujuk kepada kenyataan media YB Menteri Kesihatan pada 30 Julai 2022, pemansuhan keperluan untuk mengisi dan melengkapkan ciri-ciri (feature) Kad Pengembara (Traveller’s Card) dalam aplikasi MySejahtera adalah terpakai kepada semua pengembara warganegara dan bukan warganegara yang akan memasuki Malaysia tanpa mengira status vaksinasi berkuatkuasa pada 1 Ogos 2022. Keperluan vaksinasi bagaimanapun masih tertakluk kepada ketetapan syarikat penerbangan.

Pemansuhan ini juga bermaksud tiada lagi keperluan untuk menjalani ujian saringan pra-perlepasan, ujian saringan COVID-19 sewaktu ketibaan dan perintah kuarantin. Walau bagaimanapun, aktiviti pemantauan gejala dalam kalangan pengembara di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia masih akan diteruskan dan dipertingkatkan.

Semasa ketibaan di PMA, sekiranya pengembara dikesan mengalami demam melalui pengimbas suhu (thermal scanner) ataupun didapati tidak sihat melalui rujukan kendiri oleh pengembara, mereka akan dirujuk untuk pemeriksaan semula oleh pihak kesihatan. Selepas penilaian kesihatan dibuat dan sekiranya disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti COVID-19, monkeypox, MERS-CoV atau lain-lain penyakit berkaitan, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sehubungan itu, semua pengembara yang baru tiba dari luar negara hendaklah mengamalkan pemantauan status kesihatan kendiri, mematuhi SOP ditetapkan dan dinasihatkan untuk pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan sekiranya didapati tidak sihat.

Jika terdapat sebarang permasalahan, sila rujuk laman sesawang MySejahtera https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/ atau hubungi meja bantuan interaktif kami.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pelakon Zulkifli Ismail pernah menjadi perokok tegar dan kini telah hampir 12 tahun bebas rokok.

Beliau tidak mahu generasi muda mengalami kesan buruk merokok yang pernah dialaminya. Oleh itu beliau menyokong penuh GEG untuk melindungi serta menyelamatkan generasi masa depan.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan jika anda mengalami simptom Demam Denggi.

👉 Demam dan sakit kepala
👉 Sakit otot dan sendi
👉 Ruam merah di kulit
👉 Loya dan muntah
👉 Sakit perut dan cirit-birit

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📢PERLANJUTAN WAKTU OPERASI KLINIK KESIHATAN TERPILIH

🔺Susulan daripada pengumuman YB Timbalan Menteri Kesihatan bagi pengoperasian klinik kesihatan disekitar Lembah Klang yang dilanjutkan tempoh perkhidmatan sehingga 9:00 malam - 10:00 malam, khususnya bagi rawatan kes harian seperti influenza telah mengesa KKM untuk mengambil tindakan wajar dengan melanjutkan beberapa waktu operasi klinik kesihatan terpilih sebagai tindakan kesiapsiagaan sejak 3 Julai 2022.

📢Walaubagaimanapun berdasarkan kepada analisa situasi semasa, antaranya:

1) jenis penularan influenza dalam kalangan komuniti dan
2) Tren jangkitan COVID-19 atau 'Flu' biasa

Justeru, penerangan lanjut mengenai waktu operasi ini telah dirangkumkan seperti yang dikongsikan kepada anda menerusi Slot Selamat Pagi Malaysia, TV 1 yang telah bersiaran pada 4 Ogos 2022 untuk perhatian anda

Pastikan anda terus mengamalkan pemakaian pelitup muka sekiranya berada di kawasan yang sesak atau sempit kerana ia masih relaven sehingga kini.

Ikuti siaran penuh di link ini

https://m.youtube.com/watch?v=jONCy3hw7vM
🩺Kesihatan paru-paru adalah merupakan salah satu penyumbang kepada kefungsian respiratori badan kita yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan manusia.

🔺Masa kini, antara gaya hidup individu yang menjadi faktor utama kemerosotan kesihatan paru- paru selain daripada faktor penuaan ialah yang dikaitankan dengan aktiviti sosial lain - "merokok".

📌Ikuti penerangan lanjut mengenai KESIHATAN PARU-PARU yang telah siarkan dalam slot Selamat Pagi Malaysia, TV1 pada 4 Ogos 2022 yang lalu untuk pengetahuan kita semua.

Jangan racuni diri anda dengan aktiviti merokok
♥️Sayangi diri anda dan keluarga


Ikuti makluman penuh di pautan ini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02zaJtq9dgBHS23CShLGVT5RzPa6XCw27BsU5KHuobAE5kAxqHwgAmWDAMQSz22VwYl&id=100064560379224
5,950,291 rakyat Malaysia layak menerima manfaat di bawah program PeKa B40 dan daripada jumlah itu lebih 640,000 individu sudah disaring sejak 2019.

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) menyasarkan menyaring sekurang-kurangnya 200,000 penerima di bawah skim ini untuk tahun 2022.

Sasaran bagi seluruh ini adalah dua kali ganda pencapaian PeKa B40 pada tahun 2021 iaitu sebanyak 101,673 saringan kesihatan percuma.

PEKA B40 mempunyai manfaat alat bantuan perubatan hingga RM20,000 untuk setiap individu selain insentif selesai rawatan kanser RM1,000 dan insentif pengangkutan maksimum RM500 bagi Semenanjung Malaysia dan RM1,000 (Sabah, Sarawak dan Labuan).

Pemeriksaan kesihatan adalah amat penting untuk pengesanan awal penyakit tidak berjangkit yang jika tidak diurus boleh menyebabkan peningkatan penyakit yang akan mengakibatkan kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi bukan sahaja untuk individu itu sendiri tetapi juga kerajaan.

Masih ramai tidak memanfaatkan program PeKA B40 yang disediakan secara percuma kepada penerima bantuan sara hidup kerajaan terutama mereka yang berusia 40 tahun ke atas membabitkan ketua keluarga dan pasangan.

Jalankan tanggungjawab anda untuk menyebarkan maklumat ini kepada semua. Saringan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Nak semak kelayakan - https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Nak cari Klinik Swasta/ Kesihatan yang penerima manfaat boleh check untuk saringan kesihatan PeKa B40 - https://bms.pekab40.com.my/provider

Ini laman web untuk PeKa B40 - https://protecthealth.com.my/ms/peka-b40/

CEO ProtectHealth - Dato' Dr. @Anas Alam Faizli - https://www.facebook.com/aafaizli



https://www.facebook.com/1284211405/posts/pfbid028JWWCbF7KYM2Nht1nBWVaXFHLPnj6BB6jihCfuS4XAtNHp9qDsFDr8dnvSCQniy7l/
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 6 Ogos 2022 (ME 31/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,705,824;
- Kumulatif kes sembuh: 4,622,915 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,020 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,047 kluster (kluster aktif: 24 kluster).
Perbandingan antara ME 30/2022 dan ME 31/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 31/2022 menurun sebanyak 7.2 peratus (30,837 kes kepada 28,604 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 31/2022 meningkat sebanyak 0.8 peratus (28,339 kes kepada 28,554 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 0.8 peratus (28,286 kes kepada 28,499 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 3.8 peratus (53 kes kepada 55 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 31/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 22.4 peratus (49 kes kepada 60 kes) berbanding ME 30/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 31/2022 adalah 45,941 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.6 peratus berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/08/08/kenyataan-media-kpk-8-ogos-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-30-31-julai-6-ogos-2022/
KKM ingin terus mengingatkan semua individu perlu mengamalkan kaedah TRIIS sebagai kebiasaan baharu semasa fasa ‘peralihan ke endemik’ ini.

Lakukan ujian kendiri:
✔️ Sekiranya bergejala
✔️ Sekiranya mengesyaki telah dijangkiti virus COVID-19
✔️ Sebagai saringan untuk langkah berjaga-jaga.
Monkeypox

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Nur Syafinaz Muhammad dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#monkeypox
#sihatmilikku
Tahukah anda kini vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak boleh diperoleh di klinik atau hospital swasta yang mendapat kelulusan kerajaan untuk menawarkan 𝘱𝘳𝘪𝘷𝘢𝘵𝘦-𝘱𝘶𝘳𝘤𝘩𝘢𝘴𝘦 𝘷𝘢𝘤𝘤𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯.

Pastikan harga jualan vaksin tidak melebihi harga maksimum yang telah diwartakan.😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
MaklumanProsedur pengurusan kontak rapat kepada kes COVID-19.

-------------------

AttentionProcedure for close contacts to COVID-19 cases.
MaklumanProsedur ujian dan pelepasan untuk kes positif COVID-19 mulai 1 Mei 2022

----------------------

AttentionTest and release procedure for COVID-19 cases from 1 May 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF). Notifikasi tersebut menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanilla dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan. Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Sejak isu tersebut dilaporkan dan notifikasi diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Julai 2022, tindakan yang sewajarnya telah diambil di mana pihak syarikat yang mengimport telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela. Pemantauan yang berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini.

Ethylene Oxide (ETO) merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. Ianya juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna masih merasa ragu-ragu akan produk berjenama terlibat yang dijual, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan pertanyaan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Ogos 2022

https://kpkesihatan.com/2022/08/11/kenyataan-media-kpk-11-ogos-2022-isu-penarikan-semula-produk-aiskrim-berjenama-haagen-dazs-dari-pasaran-eropah-yang-mengandungi-bahan-ethylene-oxide-eto/
LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE INSEKTARIUM JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR

YB Khairy Jamaluddin bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia melawat insektarium JKN Johor bagi mendengar taklimat mengenai projek wolbachia di Malaysia. Johor telah mula melaksanakan projek wolbachia di PPR Kempas bermula 18 Mei 2022 dalam usaha mengurangkan kes denggi di lokaliti.

#ANMS
#JelajahANMS
#KekalSihat
#sihatmiliķku
Jelajah ANMS Johor mendapat sambutan hangat dari warga Johor.

Anda boleh menjadi wira di dalam komuniti dengan mendaftar sebagai ejen MyChampion di booth MyChampion.

Pelbagai cabaran disediakan di zon aktif. Jom cabar diri anda.

Lawati juga zon istimewa di mana pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak istimewa.

Yuk ke Tebing @ Bandar Dato' Onn, Johor Bahru. Kami akan berada di sini dari 7.30 pagi hingga 7.00 petang, 12 Ogos - 13 Ogos 2022 (Jumaat & Sabtu)

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02YZFJiZpgggpuNWHVoURDjkSvTuYMujpBQUkLcMXs7GgUMWpkx4rqEugPcXmo2J3tl

#ANMS
#JelajahANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku