CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐤𝐮𝐬 𝐃𝐀𝐆𝐈𝐍𝐆𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐥𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐡!

2 hari lagi Aidiladha menjelang tiba, mesti ramai yang sedang membuat persiapan untuk aktiviti Korban. Adakah persiapan tu termasuk membeli plastik sampah untuk pembungkusan daging korban nanti?

Tahukah anda, plastik sampah digunakan khas untuk membungkus sampah dan bukan untuk membungkus makanan. Plastik sampah diperbuat daripada bahan plastik yang dikitar semula dan mengandungi bahan kimia serta bahan pewarna yang berbahaya kepada tubuh kita. Maka ianya adalah toksik untuk manusia dan sudah tentu tidak selamat digunakan.

Oleh itu, gunakanlah plastik 𝑓𝑜𝑜𝑑 𝑔𝑟𝑎𝑑𝑒 atau bekas makanan untuk menyimpan daging korban agar ianya selamat untuk diagihkan.
Sama-sama beringat. Utamakan kebersihan dan keselamatan makanan.

Selamat Hari Arafah dan Selamat menyambut Ibadah Korban.

#SaferFoodBetterHealth #DagingKorban #Aidiladha

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan