CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
🛣️ Sepanjang musim perayaan dan percutian ini, pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang ketika pemanduan.

Patuhi had laju dan tidak tergesa-gesa supaya emosi anda tidak mudah terganggu dengan sekeliling yang mungkin boleh menyebabkan anda hilang sabar.

Lakukan "Teknik Pernafasan Dalam" untuk mendapatkan relaksasi dengan menarik nafas dan hembus secara dalam, praktikkan selama beberapa minit sekiranya anda merasa tertekan.

🚗Pastikan juga anda rancang perjalanan sebelum memulakan pemanduan dan berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat jika perlu untuk menghirup udara segar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.

Semoga anda semua selamat tiba ke kampung halaman masing-masing.

🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri

#SihatSejahteraSyawal
🚗 BALIK KAMPUNG, OOOO BALIK KAMPUNG.

• Pastinya anda tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman berjumpa yang tersayang di hari raya ini.

Ikuti langkah keselamatan seperti yang dikongsikan sebelum meninggalkan rumah.
Bila semua dah selamat, bolehlah beraya dengan tenang.

🌙Selamat hari raya Aidilfitri.

#SihatSejahteraSyawal
SUDAH BERSEDIA UNTUK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN?

Pastikan anda berada dalam keadaan yang terbaik ketika memandu di Aidilfitri ini.

'Microsleep' yang terjadi terutamanya sewaktu memandu sangat merbahaya .

Nyawa tiada ganti.

#SihatSejahteraSyawal
AWAS dan ambil tindakan berjaga-jaga bagi mengurangi risiko jangkitan HFMD kepada anak kecil.

Ibu-bapa perlu memberikan penekanan terhadap kepentingan pelaksanaan lima (5) amalan ini bagi mencegah dan mengawal jangkitan HFMD:

1. Penjagaan kebersihan diri.

2. Amalan cuci tangan yang betul.

3. Penjagaan kebersihan.

4. Pemeriksaan/ saringan di pintu masuk taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah dan sekolah.

5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan yang tercemar.

Semoga bermanfaat.

#SihatSejahteraSyawal
KKM telah mengaktifkan ciri terbaru pengesanan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) dalam aplikasi MySejahtera bagi kes penyakit berjangkit di kawasan sekitar:
✔️ Penyakit COVID-19
✔️ Anjing Gila (Rabies)
✔️ Demam Campak (Measles)
✔️ Denggi
✔️ Kaki, Tangan & Mulut (HFMD)

Ciri ini boleh membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko dalam radius berbeza mengikut penyakit.
Semoga masyarakat dapat menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya supaya kes penyakit berjangkit di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik.

#SihatSejahteraSyawal
Kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan.

KKM ingin menasihatkan masyarakat agar memastikan persekitaran bersih dan bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.

Dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala denggi seperti:

👉 Demam
👉 Ruam merah di kulit
👉 Sakit kepala
👉 Sakit pada bahagian belakang mata
👉 Sakit sendi
👉 Sakit otot
👉 Pendarahan di bawah kulit, hidung, dan gusi

#SihatSejahteraSyawal
👨‍👨‍👧‍👧Sepanjang musim perayaan dan percutian ini, pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang ketika pemanduan. Patuhi had laju dan tidak tergesa-gesa supaya emosi anda tidak mudah terganggu dengan sekeliling yang mungkin boleh menyebabkan anda hilang sabar.

🚗Pastikan anda rancang perjalanan sebelum memulakan pemanduan dan berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat jika perlu .Semoga anda semua selamat tiba ke kampung halaman masing-masing.

🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri

#SihatSejahteraSyawal
#MalaysiaMADANI