CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Puasa Ramadhan dan bazar jualan juadah berbuka sudah sangat sebati dalam masyarakat kita kan? Ramai teruja untuk memilih makanan kegemaran masing-masing.

Tak salah pun. Cuma kami ingin berpesan supaya mematuhi 6 tip pemilihan juadah ini. Pembeli haruslah memilih peniaga yang :

1. Memakai penutup kepala dan apron yang bersih
2. Tidak menggunakan tangan secara langsung untuk menyentuh makanan
3. Tidak memakai aksesori seperti gelang, jam dan cincin di tangan
4. Kuku pendek dan bersih
5. Tidak bersin atau batuk ke arah makanan
6. Membalut luka dengan pembalut kalis air di tangan sebaik-baiknya.

Belajar sesuatu hari ini? Jom kongsikan !

Sumber: BKKM
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 1 APRIL 2022
Perubahan sebenar, didorong oleh anda. Jom Daftar Sekarang!

Klik pauntan https://confirmsubscription.com/h/y/166548C751A8C316 untuk mendaftar

#ChampionAgainstCOVID19

———-

Real change, driven by you. Sign Up Now!

Click here https://confirmsubscription.com/h/y/166548C751A8C316 to register

#ChampionAgainstCOVID19
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KESELAMATAN MAKANAN DI BAZAR RAMADAN
BAGI TAHUN 2022
😷 Amalan pemakaian pelitup muka masih perlu diteruskan oleh setiap individu dalam fasa peralihan ke endemik.

🛡️ Ini adalah bagi memberi perlindungan yang berterusan kepada golongan berisiko tinggi.

😷 Pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung dan mulut sepenuhnya.

Namun masih terdapat di kalangan kita yang memakai pelitup muka dengan cara yang salah.

Oleh itu, KKM ingin menyeru orang ramai supaya tidak leka dan terus memakai pelitup muka dengan betul kerana virus SARS-CoV-2 ini amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan.

✔️ Saling menegur secara berhemah sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul. Lakukan amalan solidariti ini bagi kebaikan bersama.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
3 mesej penting berkaitan kecergasan diri sempena #WorldPhysicalActivityDay. Make an effort to get physically active. Every step counts.

- Khairy Jamaluddin -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 6 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.86. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jangan lupa untuk menjaga golongan tua dalam keluarga dan masyarakat semasa kita meneruskan perjuangan dalam menentang virus COVID-19.

Kongsi maklumat dan bantu mereka untuk mengenal pasti gejala COVID-19. Pastikan mereka mendapatkan rawatan segera jika gejala timbul.

Kepada warga emas yang ingin keluar, pastikan patuh kepada SOP dan amalkan norma baharu seperti memakai pelitup muka dengan betul, jaga jarak dan gunakan pensanitasi tangan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)