CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 6 April 2022:

Kes sembuh: 21,029 kes [4,083,183 kes kumulatif (95.4%)];
Kes baharu: 12,105 kes (4,280,591 kes kumulatif);
Kes import: 43 kes [41 warganegara (95.3%); 2 bukan warganegara (4.7%)];
Kes tempatan: 12,062 kes [11,555 warganegara (95.8%); 507 bukan warganegara (4.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 221 kes (106 kes disahkan COVID-19; 115 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 122 kes (53 kes disahkan COVID-19; 69 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 12,105 kes harian yang dilaporkan pada 6 April 2022:

Kategori 1: 6,623 kes (54.71%);
Kategori 2: 5,387 kes (44.51%);
Kategori 3: 40 kes (0.33%);
Kategori 4: 17 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 38 kes (0.31%).

Daripada 95 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 6 April 2022:

28 kes (29.47%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
30 kes (31.58%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
37 kes (38.95%) telah menerima dos penggalak (booster);
51 kes (53.68%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
57 kes (60.00%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡

Kepada abang/kakak 'rider', terima kasih kerana menjadi salah satu rantaian penting dalam industri makanan negara.
Tugas dan tanggungjawab anda adalah penting bagi memastikan makanan yang akan sampai kepada pelanggan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk dimakan.

Sumber: BKKM Kelantan
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?

Ok, ni min nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?

Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain. (Agak-agak bersih ke?)

Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.

Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.

Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada pembeli, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.

So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni min tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.

Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma, rendam dulu dalam air garam dalam 5 - 10 minit. Lepastu bilas dengan air bersih. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.

Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan
When going to the mosque stay safe by bringing your own mat and always wear a mask.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Golongan warga emas dan yang mempunyai komorbid perlu segera mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.

Fakta menunjukkan warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti COVID-19 boleh mendapat penyakit COVID-19 yang lebih teruk dan berkemungkinan berakhir dengan kematian.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-371 yang telah bersidang pada hari ini, 7 April 2022 dan bersetuju untuk memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan sebagai dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19 COVILO (Sinopharm). COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated keluaran Beijing Institute of Biological Products Co., Ltd. (BIBP), China, boleh diberikan sebagai dos penggalakkepada golongan berumur 18 tahun hingga 59 tahun sekurang-kurangnya selepas tiga (3) hingga enam (6) bulan daripada penerimaan dos kedua vaksin. Vaksin COVILO sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu yang juga berumur 18 tahun hingga 59 tahun pada 16 Julai 2021.

KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif. KKM juga sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada produk vaksin bagi tujuan pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
7 APRIL 2022

https://kpkesihatan.com/2022/04/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-april-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-371-berkenaan-pendaftaran-produk-vaksin-covid-19/
Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.83. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Bantu semak tarikh vaksinasi dos penggalak ibu bapa anda melalui MySejahtera dan ingatkan mereka tentang tarikh janji temu tersebut.

Bawa Ibu dan Bapa anda untuk dapatkan vaksinasi dos penggalak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sesetengah individu tidak boleh divaksin atas sebab perubatan. Jika anda tergolong dalam kategori ini, ini perkara yang perlu anda lakukan.

Dapatkan slip penilaian daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat penyakit anda dan serahkan slip tersebut kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk memohon sijil pengecualian pemvaksinan.

Jika semua keperluan dan syarat dipenuhi, anda akan menerima sijil dalam tempoh 7 hari di dalam aplikasi MySejahtera.

Pastikan sentiasa patuh dengan SOP dan mengamalkan langkah-langkah perlindungan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
𝗜𝗦𝗨 𝗩𝗜𝗥𝗔𝗟 𝗔𝗬𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗭𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡

Belum cukup seminggu berpuasa namun pelbagai isu viral 'tidak enak' kita dengar mengenai juadah berbuka yang dijual di bazar ramadan terutamanya tentang AYAM.

🤮 Sup kaki ayam berkuku panjang
🤮 Rangka ayam penuh dengan isi perut
🤮 Ayam goreng ada najis dan darah

Ayam mentah perlu DICUCI BERSIH sebelum dimasak bagi memastikan tiada kotoran seperti darah, najis dan lendiran sebelum ayam tersebut dimasak.

Pencemaran bakteria boleh berlaku jika ayam mentah ini tidak dicuci dengan bersih dan berisiko tinggi untuk menyebabkan KERACUNAN MAKANAN jika dimakan nanti.

Keracunan makanan bukan sahaja akan membuat kita sakit perut, cirit birit, loya, muntah atau sakit kepala tetapi juga boleh membawa MAUT terutamanya kepada golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak.

Jadi kepada semua peniaga bazar ramadan di luar sana, tolong bertanggungjawab dalam memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual supaya tiada lagi isu-isu viral yang tidak enak berlaku.

Dan kepada pengguna pula, sentiasa amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan bagi memastikan makanan yang hendak dimakan betul-betul selamat dan tidak tercemar.

KESELAMATAN MAKANAN, TANGGUNGJAWAB BERSAMA!

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jangkitan TB Laten (LTBI) merupakan keadaan tindak balas sistem imun badan yang berterusan terhadap rangsangan antigen Mycobacterium Tuberculosis tanpa ada bukti klinikal TB aktif.

Antara ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan LTBI adalah ujian X-ray dada, ujian kulit tuberkulin (TST) atau ujian serologi IGRA.

Penghidap TB Laten tidak mempunyai gejala TB, sentiasa berasa sihat, tidak menjangkiti orang lain namun boleh menjadi TB jika tidak dirawat.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 7 April 2022:

Kes sembuh: 16,603 kes [4,099,786 kes kumulatif (95.5%)];
Kes baharu: 11,994 kes (4,292,585 kes kumulatif);
Kes import: 25 kes [20 warganegara (80.0%); 5 bukan warganegara (20.0%)];
Kes tempatan: 11,969 kes [11,494 warganegara (96.0%); 475 bukan warganegara (4.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 197 kes (91 kes disahkan COVID-19; 106 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 108 kes (50 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 11,994 kes harian yang dilaporkan pada 7 April 2022:

Kategori 1: 6,509 kes (54.27%);
Kategori 2: 5,395 kes (44.98%);
Kategori 3: 40 kes (0.34%);
Kategori 4: 22 kes (0.18%); dan
Kategori 5: 28 kes (0.23%).

Daripada 90 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 7 April 2022:

24 kes (26.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
30 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
36 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
53 kes (58.89%) berumur 60 tahun dan ke atas;
58 kes (64.44%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (1.11%) ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
If you have plans to see friends and family during Ramadan, do self-test before gathering to make sure you are negative for COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
KKM dengan kerjasama JAKIM, JAWI dan PEMADAM telah mulakan fasa pertama Program Promosi Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid hari ini di beberapa buah masjid di WPKL dan Putrajaya.

Program ini bertujuan memberi taklimat berkenaan panduan berhenti merokok melalui perkhidmatan kaunter pendaftaran dan khidmat nasihat oleh Rakan Nasihat Komuniti (RNK) PEMADAM.

Berhenti merokok, tingkatkan kualiti kehidupan dan bersama realisasikan Tobacco Generational End Game. Antara masjid yang dikenalpasti pada fasa permulaan adalah:
1. Masjid Negara
2. Masjid Besi
3. Masjid Putra
4. Masjid Wilayah

- KPK KKM -
Kengkawan tau tak nyamuk Aedes aktif pada waktu petang dan awal pagi...jadi jika nak ke bazar Ramadan tu lindungi diri dengan pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang...lagi bagus sapu repelan..bukan apa nanti tak pasal-pasal kena demam denggi plak...jadi buatlah pilihan terbaik....

#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minit
#HapusAedesSangatMudah
#CariDanMusnah