CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan menyambut kedatangan Menteri Kesihatan Republik Singapura, Tuan Ong Ye Kung bersama delegasi dari Singapura sempena lawatan kerja ke Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Kedua-dua Menteri mengadakan perbincangan mengenai situasi COVID-19 di negara masing-masing.

Pada permulaan wabak pada awal 2020, Kumpulan Kerjasama Singapura – Malaysia telah ditubuhkan bagi mengukuhkan kerjasama dua hala yang telah lama terjalin dan meningkatkan komunikasi bagi perkongsian maklumat mengawal penularan COVID-19.

Antara isu yang dibincangkan termasuk berkongsi pengalaman dan pengurusan berkaitan langkah kesihatan awam.
Ikuti Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 5.00 petang hari ini secara langsung di FB KKM.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 23 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.90. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Cegah Tibi dengan mendapatkan imunisasi BCG.

Imunisasi BCG diberi kepada bayi lahir seawal hari pertama kelahiran.

Suntikan imunisasi BCG boleh didapati di klinik kesihatan / hospital kerjaan dan ia percuma kepada semua warganegara Malaysia.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 23 Mac 2022:

- Kes sembuh: 26,234 kes [3,771,463 kes kumulatif (93.0%)];
- Kes baharu: 22,491 kes (4,054,926 kes kumulatif);
- Kes import: 382 kes [364 warganegara (95.3%); 18 bukan warganegara (4.7%)];
- Kes tempatan: 22,109 kes [21,243 warganegara (96.1%); 866 bukan warganegara (3.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 332 kes (141 kes disahkan COVID-19; 191 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 189 kes (84 kes disahkan COVID-19; 105 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 22,491 kes harian yang dilaporkan pada 23 Mac 2022:

Kategori 1: 10,601 kes (47.14%);
Kategori 2: 11,725 kes (52.13%);
Kategori 3: 71 kes (0.31%);
Kategori 4: 44 kes (0.20%); dan
Kategori 5: 50 kes (0.22%).

Daripada 165 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 23 Mac 2022:

- 43 kes (26.06%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 71 kes (43.03%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 51 kes (30.91%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 99 kes (60.00%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 98 kes (59.39%) mempunyai komorbid dan;
- 2 kes (1.21%) ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

HARI TIBI SEDUNIA 2022
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 6b– Kenali tanda amaran COVID-19

Semasa menjalani isolasi di rumah, pastikan anda peka kepada tanda-tanda amaran COVID-19.

👉 Dikongsikan tanda-tanda tanda-tanda amaran COVID-19.

Adalah digalakkan untuk mempunyai oxymeter di rumah untuk mengukur paras oksigen di dalam darah. Paras kandungan oksigen normal adalah 95% dan ke atas.

🏥 Sekiranya terdapat tanda-tanda amaran ini, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau hospital yang berhampiran. Hubungi 999 atau boleh hantar pesakit menggunakan kenderaan sendiri sekiranya kecemasan.
Prosedur masuk ke Malaysia bermula 1 April 2022.

Procedure for travellers entering Malaysia from 1 April 2022.
Definisi status vaksinasi bermula 1 April 2022.

Definition of vaccination status from 1 April 2022.
Bermula 1 April 2022, perkara di bawah akan dimansuhkan kepada pengembara yang akan memasuki Malaysia.

From 1 April 2022, the following will be discontinued for travellers entering Malaysia.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMBUKAAN SEMULA SEMPADAN NEGARA MALAYSIA