CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kanak-kanak juga merupakan golongan rentan terhadap jangkitan COVID-19. Mereka boleh mendapat gejala teruk dan komplikasi seperti MIS-C dan Long Covid.

Lindungi mereka dengan mendaftarkan mereka untuk PICkids.

Sumber: JKJAV
Children are also vulnerable to COVID-19 infection. They can get severe symptoms and complications such as MIS-C and Long Covid.

Protect them by registering them for PICkids.

Sumber: JKJAV
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 22 Mac 2022:

- Kes sembuh: 32,561 kes [3,745,229 kes kumulatif (92.9%)];
- Kes baharu: 21,483 kes (4,032,435 kes kumulatif);
- Kes import: 394 kes [364 warganegara (92.4%); 30 bukan warganegara (7.6%)];
- Kes tempatan: 21,089 kes [20,300 warganegara (96.3%); 789 bukan warganegara (3.7%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 339 kes (150 kes disahkan COVID-19; 189 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 209 kes (86 kes disahkan COVID-19; 123 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 21,483 kes harian yang dilaporkan pada 22 Mac 2022:

Kategori 1: 10,455 kes (48.67%);
Kategori 2: 10,862 kes (50.56%);
Kategori 3: 57 kes (0.27%);
Kategori 4: 46 kes (0.21%); dan
Kategori 5: 63 kes (0.29%).

Daripada 166 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 22 Mac 2022:

- 51 kes (30.72%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 64 kes (38.55%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 51 kes (30.72%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 91 kes (54.82%) berumur 60 tahun dan ke atas;
96 kes (57.83%) mempunyai komorbid; dan
- 2 kes (1.20%) ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
COVID-19, Tuberculosis & Pneumonia

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku
TB bukan penyakit keturunan dan boleh merebak melalui udara.

Pesakit perlu sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Majikan / tempat pengajian tidak perlu panik sekiranya terdapat pekerja/pelajar yang dijangkiti TB.

Ahli keluarga dan masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan dalam menghentikan stigma terhadap pesakit TB.

Badan Bukan Kerajaan boleh memberi bantuan dan sokongan kepada pesakit TB sepanjang tempoh rawatan TB.

Hentikan TB, Hentikan Stigma

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#investtoENDTB
#savelives
#sihatmilikku
COVID-19, Tuberculosis dan Pneumonia.

Saksikan di TikTok Live sekarang : https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Majlis Pelancaran MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan 2022 akan diadakan pada 26 Mac 2022 (Sabtu) di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA Sepang.

Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

)
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PAUTAN JANJI TEMU MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi pematuhan SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021 bagi tahun 2022 yang turut melibatkan lain-lain agensi.

Dari ME 1/2022 hingga ME 11/2022, sebanyak 2,338 tawaran kompaun individu dan 506 kompaun bagi pertubuhan telah dikeluarkan oleh KKM. Kesalahan utama yang dikeluarkan kompaun adalah gagal menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis.

Meskipun majoriti masyarakat patuh kepada SOP yang ditetapkan masih terdapat segelintir yang culas. Oleh itu, data ini menunjukkan bahawa tahap kepatuhan masyarakat, pemilik premis, dan juga pertubuhan perbadanan masih boleh dipertingkatkan lagi.

KKM juga ingin menyeru agar seluruh masyarakat terus patuh kepada arahan yang ditetapkan oleh kerajaan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memerangi COVID-19 di Malaysia.
Sambutan Hari TB Sedunia : Kenali Penyakit Tibi

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Nor Azlina Siddik, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Jinjang.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kesan Awal Serangan Penyakit Tibi

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 24 Mac 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Zamzurina Abu Bakar
Pakar Respiratori
Institut Perubatan Respiratori

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 6a– Penjagaan Diri Semasa Isolasi COVID-19

Kes kategori 1 (tidak bergejala) dan 2a (bergejala ringan) boleh menjalani isolasi di rumah. Patuhi tatacara isolasi untuk mengelakkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain. Pemantauan akan di buat secara maya oleh pihak kesihatan susulan laporan ujian anda ke dalam MySejahtera.

📱Anda diperlukan melaporkan status kesihatan ke dalam MySejahtera dua (2) kali sehari.

⚠️ INGAT, DAPATKAN PEMERIKSAAN DAN RAWATAN SEGERA SEKIRANYA GEJALA BERTAMBAH TERUK.