CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Sehingga jam 3.00 petang, 5 Mac 2022, terdapat satu (1) negeri yang masih dilanda banjir iaitu negeri Kelantan manakala banjir di negeri Terengganu telah dilaporkan pulih. Daerah yang dilanda banjir berkurang daripada tiga (3) kepada dua (2) manakala jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang dari 23 pada hari sebelumnya kepada lapan (8). Kesemua PPS di negeri Terengganu telah ditutup pada hari ini. Jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,977 orang pada hari ini berbanding semalam (5,575 orang).

Sebanyak dua (2) kes COVID-19 telah dikenalpasti dalam kalangan mangsa banjir di negeri Kelantan dengan jumlah kumulatif di kedua-dua Kelantan dan Terengganu adalah sebanyak 208 kes. Kedua-dua kes telah dikesan melalui saringan kemasukkan ke PPS. Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS dilaporkan. Kedua-dua kes telah diasingkan dari mangsa banjir yang lain iaitu di PPS Khas.

Daripada 103 orang mangsa banjir yang telah diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS, seramai 95 (92.2%) orang diberi rawatan pesakit luar. Terdapat 16 kes acute respiratory infection (ARI) dan 11 kes skin infection yang dilaporkan. Tiada kes conjunctivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Daripada 30 fasiliti kesihatan terjejas banjir, sebanyak 29 fasiliti kesihatan dilaporkan beroperasi. Satu (1) fasiliti kesihatan yang masih tidak beroperasi ialah Klinik Desa (KD) Padang Setar di negeri Terengganu.
Terkini PAXLOLVID adalah senjata baru, antiviral untuk merawat jangkitan Covid-19

PAXLOVID (PF-07321332/Nirmatrelvir 150mg Film-Coated Tablets & Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) disyorkan utk rawatan COVID-19 pd org dewasa berumur 18 tahun & ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen & berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk (severe).

Anti-viral Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kpd vaksinasi COVID-19 dan pengganti kpd tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP utk elakkan dijangkiti Covid-19.

Paxlovid mengandungi nirmatrelvir yg merencat protein SARS-CoV-2 & menghalang virus dr membiak. Ritonavir pula melewatkan process pemecahan nirmatrelvir & bantu mengekalkan kesan & kepekatan antiviral dlm tempoh lebih lama. Paxlovid TIDAK diberikan berterusan utk lebih 5 hari.

Paxlovid diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 & dlm tempoh masa 5 hari gejala bermula utk keberkesanan optima. Paxlovid diberikan secara oral 3 biji ubat (2 biji nirmatrelvir & 1 biji ritonavir) utk dua kali sehari selama 5 hari; Jumlah keseluruhan 30 biji ubat).

- KPK KKM -
Mengapa perlu ambil dos penggalak vaksin COVID-19?

Adakah anda masih ragu dengan dos penggalak COVID-19?

Dapatkan jawapan kepada persoalan anda di https://bit.ly/3CcbOqA

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 5 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.05. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 5 Mac 2022:

Kes sembuh: 27,143 kes [3,250,793 kes kumulatif (90.4%)];
Kes baharu: 33,406 kes (3,595,172 kes kumulatif);
Kes import: 342 kes [282 warganegara (82.5%); 60 bukan warganegara (17.5%)];
Kes tempatan: 33,064 kes [32,074 warganegara (97.0%); 990 bukan warganegara (3.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 371 kes (131 kes disahkan COVID-19; 240 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 226 kes (74 kes disahkan COVID-19; 152 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 33,406 kes harian yang dilaporkan pada 5 Mac 2022:

Kategori 1: 13,157 kes (39.39%);
Kategori 2: 20,035 kes (59.97%);
Kategori 3: 92 kes (0.28%);
Kategori 4: 69 kes (0.20%); dan
Kategori 5: 53 kes (0.16%).

Daripada 214 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 5 Mac 2022:

60 kes (28.04%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
101 kes (47.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
53 kes (24.77%) telah menerima dos penggalak (booster);
96 kes (44.86%) berumur 60 tahun dan ke atas
70 kes (32.71%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (0.47%) kes adalah kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERIAN VAKSIN SINOVAC KEPADA KANAK-KANAK 5 HINGGA 11 TAHUN DIBAWAH PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (KANAK-KANAK)
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang ke-370 telah memberi kelulusan bersyarat penggunaan CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia, untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun.

Pemberian vaksinasi Sinovac untuk kanak-kanak ini akan bermula pada 7hb Mac 2022. Anda boleh rujuk senarai PPV yang terpilih di laman sesawang berikut:

https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/makluman/2022/03/senarai-ppv-walk-in-pickids-dan-dos-penggalak-vaksin-covid-19

https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

Terdapat juga beberapa klinik swasta yang menawarkan vaksin Sinovac kepada kanak-kanak dengan bayaran.

Sumber: JKJAV
Berikut adalah beberapa peringatan penting untuk mereka yang hendak ke PPV.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
[Siri Video Tutorial MySJ #1 - Terlupa kata laluan]

Terlupa kata laluan akaun MySejahtera anda? Jangan risau, kalau anda takut nak log keluar sebab terlupa kata laluan sekalipun, ikut saja langkah mudah ni.

Nantikan lebih banyak tutorial video untuk bantu anda selesaikan isu dengan hanya menggunakan aplikasi MySejahtera anda!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera
__________________________

[MySJ Video Tutorial Series #1 - Forgot password]

Forgot your MySejahtera account password? Don't worry, just follow these simple steps to reset a new password.

Stay tuned for more tutorial videos to help you resolve issues with your MySejahtera app!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

Sumber: MySejahtera
Sehingga jam 3.00 petang, 6 Mac 2022, terdapat satu (1) negeri yang masih dilanda banjir iaitu negeri Kelantan di daerah Pasir Mas. Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang dari lapan (8) pada hari sebelumnya kepada tiga (3). Jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,337 orang pada hari ini berbanding semalam (1,977 orang).

Sebanyak empat (4) kes COVID-19 telah dikenalpasti dalam kalangan mangsa banjir di negeri Kelantan dengan jumlah kumulatif di kedua-dua Kelantan dan Terengganu adalah sebanyak 212 kes. Keempat-empat kes telah dikesan melalui saringan kemasukkan ke PPS. Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS dilaporkan. Keempat-empat kes telah diasingkan dari mangsa banjir yang lain iaitu di PPS Khas.

Daripada 105 orang mangsa banjir yang telah diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS, seramai 66 (62.8%) orang diberi rawatan pesakit luar. Terdapat 15 kes acute respiratory infection (ARI) dan 10 kes skin infection yang dilaporkan. Tiada kes conjunctivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Fasiliti kesihatan yang masih tidak beroperasi ialah Klinik Desa (KD) Padang Setar di negeri Terengganu.
Bilakah ujian pantas RTK-Ag dan RT-PCR anda akan menunjukkan keputusan positif sekiranya anda dijangkiti virus COVID-19?

Ujian RTK-Ag biasanya boleh mengesan jangkitan pada hari ke-3 hingga hari ke-7 selepas seseorang terdedah kepada pesakit COVID-19, manakala ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari ke-2 hingga hari ke-14 selepas dijangkiti.
Justeru itu, ketepatan ujian RTK-Ag dan RT-PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil.

Penggunaan ujian RTK-Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala. KKM telah meluluskan penggunaan RTK-Ag sebagai suatu kaedah alternatif pengujian COVID-19 selain RT-PCR.
Namun, ujian RT-PCR masih merupakan gold standard bagi mengesan jangkitan COVID-19.