CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pulse Oximeter adalah alat yang digunakan untuk memantau kadar denyutan jantung dan paras oksigen dalam darah.

Paras oksigen normal adalah di antara 95% - 99% dan kadar denyutan jantung normal adalah di antara 50 - 90 seminit.

Ikut langkah berikut untuk menggunakan Pulse Oximeter.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kenyataan Akhbar KPK 3 Mac 2022 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali ke-370 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang telah bersidang pada hari ini, 3 Mac 2022, bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia kepada golongan yang berumur 5 tahun hingga 11 tahun. CoronaVac sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas.

Ini merupakan vaksin COVID-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan kanak-kanak, di mana sebelum ini pada 6 Januari 2022 kelulusan telah diberikan kepada vaksin Comirnaty untuk vaksinasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

https://kpkesihatan.com/2022/03/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-mac-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-370-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 3 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.01. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesakit COVID-19 boleh memantau kadar degupan jantung dan paras oksigen dalam darah dengan menggunakan pulse oximeter. Paras oksigen normal : 95% dan ke atas Kadar degupan jantung normal : 50 - 90 seminit

#ANMS
#sihatsepanjanghayat #MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Antara kelonggaran yang telah diputuskan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA bermula bulan ini termasuk:

a) Kontak Rapat yang tidak bergejala dan telah menerima dos penggalak tidak lagi perlu jalani kuarantin kendiri.

b) Status risiko Kontak Kasual yang dikesan melalui MySejahtera Trace dan Check-in tidak akan bertukar ke warna kuning namun akan terima notifikasi di MySejahtera.

c) Pengembara luar negara yang tiba di Malaysia melalui Vaccinated Travel Lane, Langkawi International Travel Bubble, One Stop Centre dan pengembara dari UK tidak lagi perlu jalani ujian selama 5 atau 6 hari. Tetapi ujian PCR sebelum berlepas dan semasa tiba masih lagi perlu dibuat.

Selain itu 31 Mac ini adalah tarikh akhir untuk kesemua penerima vaksin Sinovac usia 18 tahun ke atas serta kesemua warga emas 60 tahun ke atas, tanpa mengira jenis vaksin primer, untuk mendapatkan dos penggalak mereka. Bermula 1 April, status vaksin lengkap golongan ini yang tidak mendapat dos penggalak akan bertukar kepada status vaksinasi tidak lengkap.

Untuk vaksinasi kanak-kanak, ibu bapa kini boleh bawa anak-anak mereka walk-in di PPV Mega seperti IDCC, Axiata Arena atau WTC.

- YB Khairy Jamaludddin -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 3 Mac 2022:

Kes sembuh: 27,629 kes [3,197,298 kes kumulatif (90.6%)];
Kes baharu: 32,467 kes (3,528,557 kes kumulatif);
Kes import: 413 kes [355 warganegara (86.0%); 58 bukan warganegara (14.0%)];
Kes tempatan: 32,054 kes [31,106 warganegara (97.0%); 948 bukan warganegara (3.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 335 kes (145 kes disahkan COVID-19; 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 208 kes (82 kes disahkan COVID-19; 126 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 32,467 kes harian yang dilaporkan pada 3 Mac 2022:

231 kes (0.71 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
32,236 kes (99.29 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 10,828 kes (33.35%);
Kategori 2: 21,408 kes (65.94%);
Kategori 3: 100 kes (0.31%);
Kategori 4: 63 kes (0.19%); dan
Kategori 5: 68 kes (0.21%).

Daripada 231 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 3 Mac 2022:

60 kes (25.98%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
115 kes (49.78%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
56 kes (24.24%) telah menerima dos penggalak (booster);
127 kes (54.98%) berumur 60 tahun dan ke atas
74 kes (32.03%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (0.43%) kes adalah kes ibu mengandung

https://kpkesihatan.com/2022/03/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Anak - anak dan penjaga, pantau status kesihatan warga emas dan segera dapatkan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala seperti

➡️ Demam berpanjangan
➡️ Kurang selera makan dan minum
➡️ Kesukaran bernafas
➡️ Bacaan pulse oximeter kurang dari 95%

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Bantu semak tarikh vaksinasi dos penggalak ibu bapa anda melalui MySejahtera dan ingatkan mereka tentang tarikh janji temu tersebut.

Layari www.covid-19.moh.gov.my untuk maklumat vaksinasi.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Sehingga jam 3.00 petang, 4 Mac 2022, terdapat dua (2) negeri masih dilanda banjir iaitu Kelantan dan Terengganu. Daerah yang dilanda banjir berkurang dari tujuh (7) kepada tiga (3) manakala jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang dari 49 pada hari sebelumnya kepada 23. Jumlah mangsa banjir menurun kepada 5,575 orang pada hari ini berbanding semalam (13,078 orang).

Sebanyak 78 kes COVID-19 telah dikenalpasti dalam kalangan mangsa banjir di negeri Kelantan (13 kes) dan Terengganu (65 kes) dengan jumlah kumulatif di kedua-dua negeri ini adalah sebanyak 206 kes. Dari 78 kes yang dilaporkan, sebanyak 13 kes telah dikesan melalui saringan kemasukkan ke PPS, manakala 65 kes adalah kes COVID-19 yang telah diketahui (known case). Tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir di PPS dilaporkan. Kesemua kes telah diasingkan dari mangsa banjir yang lain iaitu di PPS Khas (63 kes) dan rumah (15 kes).
Daripada 525 orang mangsa banjir yang telah diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS, seramai 479 (91.2%) orang diberi rawatan pesakit luar. Terdapat 139 kes acute respiratory infection (ARI), 81 kes skin infection dan satu (1) kes AGE dilaporkan. Tiada kes conjunctivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

Daripada 30 fasiliti kesihatan terjejas banjir, sebanyak 27 fasiliti kesihatan dilaporkan beroperasi. Tiga (3) fasiliti kesihatan yang masih tidak beroperasi melibatkan negeri Terengganu.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 4 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.02. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Anda dah daftarkan anak anda untuk vaksinasi COVID-19?

Rara sudah.. jom sama-sama kita lindungi keluarga kita daripada COVID-19.

Untuk maklumat lanjut mengenai vaksin kanak-kanak boleh layari https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 4 Mac 2022:

Kes sembuh: 26,352 kes [3,223,650 kes kumulatif (90.5%)];
Kes baharu: 33,209 kes (3,561,766 kes kumulatif);
Kes import: 441 kes [405 warganegara (91.8%); 36 bukan warganegara (8.2%)];
Kes tempatan: 32,768 kes [31,631 warganegara (96.5%); 1,137 bukan warganegara (3.5%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 348 kes (138 kes disahkan COVID-19; 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 211 kes (80 kes disahkan COVID-19; 131 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 33,209 kes harian yang dilaporkan pada 4 Mac 2022:

Kategori 1: 12,935 kes (38.95%);
Kategori 2: 20,071 kes (60.44%);
Kategori 3: 98 kes (0.30%);
Kategori 4: 52 kes (0.15%); dan
Kategori 5: 53 kes (0.16%).

Daripada 203 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 4 Mac 2022:

43 kes (21.18%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
117 kes (57.64%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
43 kes (21.18%) telah menerima dos penggalak (booster);
119 kes (58.62%) berumur 60 tahun dan ke atas
67 kes (33.00%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (0.49%) kes adalah kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Makluman Penting!

Semua PPV Mega akan ditutup bermula 16hb Mac 2022. Sehingga tarikh tersebut, vaksinasi COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) dibuka seperti butiran di atas.

Sumber: JKJAV