CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 27 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.05. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 27 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Enam) 6 negeri iaitu Kelantan (94%) Johor (69%), WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (62%), Perak (58%), dan Melaka (58%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Kelantan (108%), Selangor (101%), WP Putrajaya (95%), WP Kuala Lumpur (94%), Perak (87%), Perlis (74%), Johor (70%), Pahang (66%), Sabah (60%), Pulau Pinang (60%), Terengganu (57%), dan Sarawak (56%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (55%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 193 pesakit (7% penggunaan ventilator). Peratusan penggunaan keseluruhan ventilator adalah 35% iaitu jika termasuk untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 27 Februari 2022:

Kes sembuh: 22,380 kes [3,085,940 kes kumulatif (90.2%)];
Kes baharu: 24,466 kes (3,419,636 kes kumulatif);
Kes import: 246 kes [208 warganegara (84.6%); 38 bukan warganegara (15.4%)];
Kes tempatan: 24,220 kes [23,272 warganegara (96.1%); 948 bukan warganegara (3.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 353 kes (146 kes disahkan COVID-19; 207 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 193 kes (86 kes disahkan COVID-19; 107 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 24,466 kes harian yang dilaporkan pada 27 Februari 2022:

105 kes (0.43 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
24,361 kes (99.57 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 8,704 kes (35.58%);
Kategori 2: 15,657 kes (63.99%);
Kategori 3: 51 kes (0.21%);
Kategori 4: 34 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 20 kes (0.08%).

https://kpkesihatan.com/2022/02/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Bermula 1 Mac 2022, berikut adalah prosedur pengurusan kes positif dan kontak rapat kes COVID-19 mengikut status vaksinasi COVID-19.

Effective 1 March 2022, this is the management procedure for positive cases and close contacts to COVID-19 cases according to COVID-19 vaccination status.
Penyakit Jarang Jumpa: Apa yang Perlu Anda Tahu?

Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan orang yang hidup bersama penyakit jarang jumpa dan keluarga mereka.

Malaysia mendefinasikan penyakit jarang jumpa di mana mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan yang kronik.

Kami kongsikan 5️⃣ fakta mengenai penyakit jarang jumpa ini.

Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai penyakit jarang jumpa ini.

#RareDiseaseDay
Penyakit Jarang Jumpa adalah sebarang penyakit yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah dan ianya serius, boleh mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan yang kronik.

Kenal pasti dan dapatkan bantuan dari fasiliti kesihatan KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Hai Ibu & Bakal Ibu! Pendapat anda penting! Kami ingin dengar pandangan anda mengenai imunisasi kanak-kanak & ibu hamil. Jom sertai soal selidik kami dengan melayari pautan ini https://bit.ly/3F1StsP atau klik butang “Ketahui Lebih Lanjut” di bawah. Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam soal selidik ini! Penyertaan anda amatlah kami hargai.

https://fb.watch/bs7reRoYTj/
Kanser boleh dirawat melalui pembedahan, rawatan kimo dan radioterapi. Jenis rawatan kanser bergantung kepada jenis kanser dan tahap kanser ketika dikesan. Sekiranya anda dikesan menghidap kanser, dapatkan rawatan di hospital. Patuhi arahan rawatan yang diberi. Jangan bertangguh!
Alkohol meningkatkan risiko mendapat kanser usus besar, kanser payudara, kanser esofagus, kanser larinks, kanser hati, kanser mulut dan kanser tekak. Kurangkan pengambilan alkohol.

Cegah sebelum terlambat!

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
Dengan peningkatan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), langkah-langkah pencegahan COVID-19 di PPS perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh semua penghuni dan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan kebajikan mangsa di PPS.

Berikut merupakan carta alir proses kemasukan ke PPS.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm/ANNEX_41_GARIS_PANDUAN_PUSAT_PEMINDAHAN_SEMENTARA_MANGSA_BENCANA_BAGI_MENCEGAH_COVID-19_28112021.pdf
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KEMASKINI PROSEDUR PENGURUSAN PENGEMBARA YANG TIBA DARI LUAR NEGARA MELALUI VTL, LITB DAN OSC
Vaksin COVID-19 : PICKids

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Nur Syakirah Awai, Ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga,KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 28 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.03. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 28 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Lapan) 8 negeri iaitu Kelantan (70%), WP Putrajaya (67%), WP Kuala Lumpur (65%), Johor (63%), Melaka (61%), Perak (58%), Perlis (55%), dan Sabah (53%)menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (106%), WP Kuala Lumpur (91%), Perak (91%), Kelantan (87%), WP Putrajaya (84%), Perlis (78%), Pahang (69%), Johor (68%), Terengganu (60%), Sabah (60%), Pulau Pinang (57%), dan Sarawak (55%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (57%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% dan;
Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 193 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 35% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 28 Februari 2022:

Kes sembuh: 30,624 kes [3,116,564 kes kumulatif (90.5%)], di mana kes sembuh melebihi kes baharu;
Kes baharu: 23,100 kes (3,442,736 kes kumulatif);
Kes import: 298 kes [262 warganegara (87.9%); 36 bukan warganegara (12.1%)];
Kes tempatan: 22,802 kes [22,150 warganegara (97.1%); 652 bukan warganegara (2.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 361 kes (133 kes disahkan COVID-19; 228 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 193 kes (76 kes disahkan COVID-19; 117 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

https://kpkesihatan.com/2022/03/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
9️⃣ Langkah Elakkan Penyakit Berkaitan Banjir

Amatlah penting untuk kita:

Elak dari bermain atau meredah air banjir
Jangan guna air banjir untuk membersihkan diri, peralatan atau makanan

Air banjir tercemar dengan limpahan najis dari tangki septik, najis haiwan dan bangkai haiwan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Jika anda penerima vaksin lengkap Sinovac atau warga emas 60 tahun ke atas (penerima mana-mana jenis vaksin primer), pastikan anda mendapatkan dos penggalak sebelum 1 April 2022 untuk mengekalkan status lengkap vaksinasi.

If you are a Sinovac vaccine recipient or senior citizen aged 60 and above (any type of primary vaccine), please get your booster dose before 1 April 2022 to keep your fully vaccinated status.

Sumber: JKJAV