CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Berikut adalah perubahan terkini pengurusan kes di dalam komuniti oleh CAC dan CAC Maya.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video panduan ke Kiosk Bantuan MySejahtera di World Trade Centre, Kuala Lumpur (WTCKL). Jangan lupa bawa dokumen yang diperlukan sewaktu melawat ke Kiosk Bantuan ini ya!

#MySejahtera
#Reopeningsafely
#staysafe

Sumber: MySejahtera
Semua majikan diseru agar menerima sijil digital Home Surveillance Order (HSO) dan Release Order (RO). Hal ini kerana untuk mengelakkan kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Sijil digital HSO dan RO adalah sah laku di bawah akta 342.
Sempena Sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia 2022, Boleh Space membawakan kepada anda *Program Bual Bicara 'Jarang Jumpa' pada 26 Februari 2022, jam 2 petang.*

Daftar di link ini https://talk.bolehspace.com/xol3y

Ahli-ahli Panel:

*Prof. Dr. Thong Meow Keong*
- Profesor Pediatrik & Perunding Genetik Klinikal,
Pusat Perubatan Universiti Malaya
- Pemegang Amanah (Trustee) Rare Diseases Alliance Foundation Malaysia (RDAFM)"

*Siti Safura Jaafar*
- Exco Perubatan dan Penyelidikan
& Pengasas Bersama, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Malaysia

*Azfar Firdaus*
- Aktivis Albinisme
& Freelance Model

#TeguhBersama
*Sabtu 26 Februari,*
*2 - 4 pm*

Daftar di link ini https://talk.bolehspace.com/xol3y
Warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) boleh terus ke Kiosk Bantuan ini tanpa perlu beratur panjang.

Sila temui petugas kami di pintu masuk untuk perkhidmatan Kiosk Bantuan MySejahtera.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.11. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 25 Februari 2022:

Kes sembuh: 22,678 kes [3,040,850 kes kumulatif (90.3%)];
Kes baharu: 30,644 kes (3,367,871 kes kumulatif);
Kes import: 257 kes [230 warganegara (89.5%); 27 bukan warganegara (10.5%)];
Kes tempatan: 30,387 kes [29,356 warganegara (96.6%); 1,031 bukan warganegara (3.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 332 kes (144 kes disahkan COVID-19; 188 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 196 kes (84 kes disahkan COVID-19; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 30,644 kes harian yang dilaporkan pada 25 Februari 2022:

156 kes (0.51 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
30,488 kes (99.49 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 9,557 kes (31.19%);
Kategori 2: 20,931 kes (68.30%);
Kategori 3: 91 kes (0.30%);
Kategori 4: 39 kes (0.13%); dan
Kategori 5: 26 kes (0.08%).

https://kpkesihatan.com/2022/02/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Sekiranya majikan anda memerlukan surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) ataupun Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order), anda hanya perlu screenshot daripada MySejahtera untuk diberikan kepada majikan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Walaupun kes harian COVID-19 kini tinggi kerana gelombang Omicron, Alhamdulillah, kadar kematian harian yang dicatatkan sekarang adalah rendah, tidak sebanyak 20-30 kes seperti sewaktu penularan varian Delta tahun lepas.

Semasa penularan Delta tersebut, masih ramai lagi penduduk Malaysia yang sama ada belum divaksin lengkap, atau belum mendapatkan dos penggalak mereka.

Namun kita tidak boleh ambil mudah kerana COVID-19 bukanlah demam atau selesema biasa seperti dakwaan sesetengah pihak.

Dapatkan vaksinasi anda dan dapatkan dos penggalak bagi memperolehi perlindungan optimum dari COVID-19. Daftarkan anak-anak anda yang layak untuk vaksinasi kanak-kanak dan remaja. Ayuh kita lindungi golongan yang berisiko tinggi.

Saksikan video ini bagi mendengar penjelasan Dr Tan Ran Zhi 法医 陈然致, Pakar Forensik Hospital Sungai Buloh tentang kadar kematian akibat pandemik ini.

https://fb.watch/bpBxiEm4kV/

- YB Khairy Jamaluddin -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan demi melindungi diri dan orang tersayang.
Untuk mempercepatkan urusan di kaunter Kiosk Bantuan MySejahtera, pengunjung dimohon agar membuka laman Vaksinasi COVID-19 seperti di infografik ini dan tunjukkan kepada petugas di meja saringan.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Kiosk Bantuan MySejahtera di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Pengguna yang mempunyai pertanyaan dan isu dengan aplikasi ini, boleh melawat Kiosk Bantuan ini.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 26 Februari 2022:

Kes sembuh: 22,710 kes [3,063,560 kes kumulatif (90.2%)];
Kes baharu: 27,299 kes (3,395,170 kes kumulatif);
Kes import: 256 kes [215 warganegara (84.0%); 41 bukan warganegara (16.0%)];
Kes tempatan: 27,043 kes [26,305 warganegara (97.3%); 738 bukan warganegara (2.7%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 348 kes (153 kes disahkan COVID-19; 195 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 203 kes (91 kes disahkan COVID-19; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

https://kpkesihatan.com/2022/02/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.08. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Data survelan genom SARS-CoV-2 sejak tahun 2020 menunjukkan sejak Jun 2021, varian yang dominan adalah VOC Delta. VOC Omicron mulai dikesan di Malaysia sejak November 2021. Sejak itu peratusan VOC Omicron yang dikesan di Malaysia semakin meningkat, menggantikan VOC Delta. Ciri Omicron yang mudah merebak menyebabkan peningkatan kes terutama apabila terdapat perhimpunan ramai seperti di sekolah dan tempat sesak yang menyebabkan penularan mudah berlaku.

Oleh itu masyarakat dinasihatkan untuk meningkatkan kawalan kendiri, amalkan TRIIS dan dapatkan vaksinasi serta dos penggalak bagi mereka yang layak. Lindungi diri, Lindungi Semua.

- KPK KKM -
A negative #COVID19 test result doesn’t make us invincible!

No test is perfectly accurate 100% of the time.
Tests can miss infections that are still incubating.
You may be infected after taking the test.

#StaySafe

- WHO -