CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pejagaan kesihatan bagi mencegah penyakit kanser.

Larian virtual Hari Kanser Sedunia juga sudah bermula. Daftar sekarang di https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

Sertai kami melalui FBLive untuk Majlis Perasmian dan Simposium Hari Kanser Sedunia pada 17 Februari 2022 ini.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
#mywcd2022virtualrun
Kanser adalah penyebab keempat kematian tertinggi yang dilaporkan di hospital kerajaan dan penyebab utama kematian di hospital swasta.

Menurut laporan The Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2012-2016, tiga kanser tertinggi di Malaysia tanpa mengira jantina adalah kanser payudara (19%), kanser kolorektal / usus besar (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%).

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
Selamat menyambut Hari Kanser Sedunia 2022.
Tema: Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di seluruh dunia.

Mari berganding bahu dan bersama-sama memainkan peranan untuk mencegah dan mengawal beban yang dihadapi akibat kanser serta mengurangkan jurang penjagaan yang wujud.

#SupportWorldCancerDay2022
#ClosetheCareGap
Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan saringan kanser kolorektal, payudara, serviks (pangkal rahim) dan mulut secara percuma di fasiliti kerajaan.

Ayuh, mari lakukan saringan 🎗️

Pengesanan awal menyelamatkan nyawa 💜

#supportworldcancerday2022 #closethecaregap #mywcd2022virtualrun
Alkohol meningkatkan risiko mendapat kanser usus besar, kanser payudara, kanser esofagus, kanser larinks, kanser hati, kanser mulut dan kanser tekak. Kurangkan pengambilan alkohol.

Cegah sebelum terlambat!

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap