CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Vaksinasi lengkap telah terbukti berkesan mengurangkan kes kritikal dan kematian dalam kalangan mereka yang dijangkiti COVID-19.

Peratusan tinggi penerima vaksinasi lengkap membolehkan kerajaan memberi lebih banyak kelonggaran kepada mereka yang lengkap vaksinasi termasuk rentas negeri.

Pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial ini perlu dibuat dengan berhati-hati dan selamat atau #reopeningsafely

Kita masih dalam fasa menyesuaikan diri hidup bersama COVID-19 atau living with the virus.

Dalam fasa ini, setiap orang perlu mempunyai kesedaran tinggi untuk memastikan diri tidak dijangkiti virus itu dan tidak menularkan kepada orang lain.

Test - lakukan ujian saringan jika bergejala atau kontak rapat

Report - laporkan keputusan ujian kepada KKM menggunakan MySejahtera

Isolate - asingkan diri di rumah untuk mengelak jangkitan kepada orang lain

Inform - maklumkan kesihatan untuk dipantau oleh KKM menggunakan Home Assessment Tools (HAT) di MySejahtera

Seek - dapatkan bantuan segera jika gejala semakin teruk

#triss
#rentasNegeri
#COVID19
KENYATAAN MEDIA
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PEMBATALAN KEPERLUAN UJIAN PENGESANAN COVID-19 BAGI PELANCONG KE LANGKAWI

Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi telah dilaksanakan mulai 16 September 2021. Bagi memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bukan kes positif COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif, kerajaan telah mewajibkan setiap pelancong menjalani ujian pengesanan COVID-19 sama ada dengan melakukan ujian pengesanan RT-PCR atau RTK-Antigen di mana-mana fasiliti dan makmal kesihatan swasta atau melakukan ujian kendiri saliva di tempat saringan di lapangan terbang ataupun terminal feri.

Sehingga 10 Oktober 2021 seramai 54,341 pelancong telah menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan hanya 216 (0.4%) pelancong dikesan positif. Hanya seorang pelancong yang mengalami gejala semasa di Langkawi dan didapati positif COVID-19 melalui ujian RT-PCR. Siasatan mendapati punca jangkitan bukan di Langkawi. Tiada kluster COVID-19 yang berpunca dari gelembung pelancongan di Langkawi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada
pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada 10 Oktober 2021 mengenai kebenaran merentas negeri bagi Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksin lengkap, tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pergerakan rentas negeri yang bermula pada 11 Oktober 2021 ini adalah termasuk perjalan pulang ke kampung dan juga pelancongan.

Sehubungan itu, KKM telah menyemak semula keperluan pengujian status jangkitan COVID-19 sebelum melancong ke Langkawi. Mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif semasa saringan yang sangat rendah, KKM memutuskan untuk memberhentikan keperluan ujian pengesanan COVID-19. Pemberhentian keperluan menjalani ujian oleh pengembara ke Langkawi ini berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2021.

Bagaimanapun sebagai langkah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri, para pelancong digalakkan untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan ke Langkawi bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain.

SYARAT WAJIB VAKSINASI COVID-19 LENGKAP bagi semua
pelancong dewasa masih KEKAL dan mesti dipatuhi.

Bagi individu yang disahkan positif dan sedang dalam tempoh
pengasingan dan pemantauan atau individu yang dikenal pasti
sebagai kontak rapat kepada kes positif yang sedang menjalani
perintah kuarantin dan pengawasan, mereka TIDAK DIBENARKAN melancong. Bagi mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema, dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan.

Keluarga Malaysia mesti bertanggungjawab dalam usaha mencegah penularan jangkitan COVID-19. Kerajaan dan seluruh petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan telah lakukan yang terbaik untuk merawat dan mengawal penularan jangkitan COVID-19 di dalam negara. Oleh itu, setiap individu yang akan melakukan perjalanan rentas negeri
adalah disarankan untuk menjalani ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan bagi melindungi diri dan seluruh Keluarga Malaysia daripada jangkitan COVID-19. Pastikan langkah-langkah pencegahan COVID-19 sentiasa diamalkan.

Sekian, terima kasih.

KHAIRY JAMALUDDIN
Menteri Kesihatan Malaysia
12 Oktober 2021
Terus patuhi SOP walaupun telah lengkap divaksinasi.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Golongan warga emas... Lindungi diri anda daripada COVID-19

✔️ Pakai pelitup muka dengan betul sekiranya keluar daripada rumah
✔️ Sentiasa bawa dan gunakan hand sanitizer

Sekiranya ingin berjumpa rakan, pilih tempat terbuka dan mempunyai pengudaraan yang baik, amalkan 3W, elakkan 3S dan jangan berkongsi makanan serta peralatan makanan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku
Sehingga 13 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah: 7,950 kes (2,361,529 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bagaimana saya nak pindahkan sijil digital vaksinasi ibu bapa saya dan anak saya ke dalam akaun MySejahtera mereka?

Berikut merupakan cara-cara memadam akaun tanggungan dari akaun MySejahtera anda dan memastikan sijil vaksinasi digital tanggungan dikemaskini ke dalam akaun MySejahtera persendirian mereka.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Apabila kerajaan telah mengumumkan kebenaran rentas negeri, admin percaya ramai yang ingin pulang ke kampung untuk bertemu ibu bapa dan keluarga yang telah lama terpisah disebabkan PKP.

Ingat ya! Terus amalkan norma baharu setiap masa.

Jangan bawa pulang virus COVID-19 ke kampung.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 10,832 kes (2,227,889 kes kumulatif, 94.3%);
Kes baharu : 7,950 kes (2,361,529 kes kumulatif);
Kes import : 29 kes (21 warganegara; 8 bukan warganegara);
Kes tempatan : 7,921 kes [7,275 warganegara (91.8%); 646 bukan warganegara (8.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 725 kes (710 kes COVID-19; 15 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 380 kes (304 kes COVID-19; 76 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,624 kluster;
Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,862 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 762 kluster.

Daripada 7,950 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
133 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
7,817 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kenyataan Media Pasukan Petugas Khas Imunisasi #COVID19 Remaja berkenaan Pembukaan PPV PICK Remaja secara Walk-In dan Pemberian Dos 2 bagi Murid Sekolah Asrama
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.88. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Amalkan kebersihan persekitaran untuk kesejahteraan kesihatan.

Lakukan gotong royong keluarga dan komuniti untuk kebersihatan persekitaran.

Persekitaran yang bersih bebas daripada penyakit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms

#anms
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Sehingga 14 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,084 kes (2,369,613 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Sebelum rentas negeri, selain putuskan rantaian COVID-19, putuskan juga rantaian nyamuk Aedes.

Jangan lupa,

Buang bekas-bekas yang boleh menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes
Buang sampah dengan betul
Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#denggi
#sihatmilikku
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 12,456 kes (2,240,345 kes kumulatif, 94.5%);
Kes baharu : 8,084 kes (2,369,613 kes kumulatif);
Kes import : 21 kes (15 warganegara; 6 bukan warganegara);
Kes tempatan : 8,063 kes [7,594 warganegara (94.2%); 469 bukan warganegara (5.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 702 kes (683 kes COVID-19; 19 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 367 kes (286 kes COVID-19; 81 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,641 kluster;
Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,897 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 744 kluster.

Daripada 8,084 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
133 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
7,951 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/