CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
#COVID-19 Statistik terbaru WHO dikemaskini 11am, 12 Mac 2020.

China hanya rekod 15 kes positif pada Rabu termasuk 6 kes import.

Wabak di Eropah semakin serius dan kematian terus meningkat di Itali, Perancis dan Sepanyol.

AS umum sekatan perjalanan ke Eropah kecuali UK.

KKM menggesa agar :
1. semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19
2. menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
3. tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19
4. tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
#COVID-19 : Sehingga 12 tengah malam 19 Mac 2020, 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir majlis perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling telah diperiksa, 4,986 sampel diambil dan 513 positif. Seorang jemaah tabligh berunur 34 tahun telah meninggal dunia kelmarin. KKM menyeru ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk diperiksa untuk tampil untuk diperiksa oleh KKM.

- KPK, KKM
#JUSTSTAYATHOME
#HANYADUDUKDIRUMAH

RAYUAN BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
MELAYU CINA INDIA DAN SELAINNYA.

TOLONG JANGAN PENTING DIRI. 14 HARI UNTUK KITA KEMBALI NORMAL DENGAN IKUTI SEGALA ARAHAN.

JANGAN JADIKAN 14 HARI INI MENJADI BUBUR UNTUK SELAMANYA.

BAHASA MELAYU

1. Kekal berada di rumah
2. Jaga Jarak anda
3. Patuhi Arahan semasa
4. Elakkan berita palsu

#melayu

BAHASA CINA

1. Kekal dirumah
待在家里
2. JagaJarak
保持人与人距离
3. Patuh arahan
遵守规则
4. Elakkan berita palsu
别传不实讯息

#Cina

BAHASA INDIA
1.Kekal dirumah
அமைதியாக வீட்டில் உட்கார்ந்து கொள்ளுங்கள்
2. Jaga jarak
எல்லோரிடமும் தூரத்தை பராமரிக்கவும்
3. Patuh arahan
விதிகளைப் பின்பற்றவும்
4. Elakkan berita palsu
வதந்தி செய்திகளைத் தவிர்க்கவும்

#India

LOGHAT

TERENGGANU
#COVID-19
1. Dok diang2 dumoh deh
2. Dok jauh skek dari orang, 1 meter deh
3. Dok soh beng kumpul ramai2 ah
4. Dengor hok kherajaang royat tu
5. Tohok berite hok belebong

#ganukite

KELANTAN
#COVID-19

1. Dok dumah .. Jange tubit
2. Tulung sengoti
3. Mapuh kalu degil

#gomokelategomo

JAWA
#COVID-19

1. Nang ngumah wae usah metu
2. Usah cerek kare wong
3. Ojo rame rame
4. Diru’ngoe kerajaan ngomong
5. Seng ngapusi jar ke

PERAK
#COVID-19

1. Duduk diam dalam rumah, usah keluor-keluor
2. Usah ngenden dekat orang, jarak 1 meter
3. Usah le kumpui ramai-ramai mengkome oii
4. Ate dengor je le arahan kerajaan tu
5. Jangan seborkan berita palesu

NEGERI SEMBILAN
#COVID-19

1. Dok ontok2 kek ghumah
2. Jaghak 1 meter
3. Jangan kumpul ghamai2
4. Dongar apo yg PM kobaan
5. Padam beghito palsu

#hobenjanghoben

SARAWAK
#COVID-19

1. Diam ajak dalam umah
2. Jarak 1 meter
3. Iboh begumpol rami rami
4. Dengar arahan perentah
5. Hapuskan berita sik benar

#bujangsenang

SIAM
#COVID-19

1. อยู่แต่ในบ้าน
2. ระยะห่าง 1 เมตร
3. อย่ารวมตัวกันหรืออยู่ที่คนเยอะๆ
3. ทำตามคำสั่งของรัฐบาล
4. หยุดข่าวลือ

#sawadeekap

ADA LAGI BAHASA YANG ANDA TIDAK FAHAM UNTUK DI IKUTI?
ATAU ANDA SEMEMANGNYA PENTINGKAN DIRI.

SEBAR UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.
KITA BERSAMA BEBASKAN MALAYSIA DARI VIRUS INI.

RAKYAT MALAYSIA SATU HATI

#MALAYSIABEBASCOVID19
#JOMCAKNA
#JANGANPENTINGDIRI

Sumber: MKN
#COVID-19 TERKINI 21 Mac 2020 6:30PM

Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM. Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak lapan (8) sehingga kini. Pertambahan kes tersebut adalah seperti berikut:

- Kes kematian kelima adalah melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari. Pada hari kedua, beliau mengalami kesukaran bernafas namun keluarga tidak mempersetujui beliau diberi bantuan alat pernafasan. Beliau dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.

- Kes kematian keenam pula melibatkan anak perempuan kes kematian kelima. Kes ini melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020. Beliau disahkan positif COVID pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.

- Kes kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu. Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.

- Kes kematian kelapan pula adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac2020 pada jam 4.00 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

- KPK KKM
#COVID-19

DEMI RAKYAT DAN NEGARA, SELURUH JIWA RAGA MEREKA PERTARUHKAN

Inilah wajah-wajah mereka yang sedang berjuang di barisan hadapan.

Seperti kalian, mereka juga mempunyai anak, ibu, bapa, suami atau isteri yang setia menunggu kepulangan di rumah.

Namun dalam keadaan genting ini, rakyat dan negara menjadi keutamaan. Meskipun paling berisiko dijangkiti virus, tidak sedikitpun mereka mengeluh, apatah lagi mempersoalkan tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Langkah pencegahan telah diambil dan selebihnya diserahkan kepada Sang Pencipta untuk berlindung. Misi mereka hanya satu - pecahkan rantaian dan hapuskan COVID-19 agar masyarakat dan negara dapat kembali aman dan sejahtera seperti biasa.

Apa pula yang kalian perlu lakukan?

Duduklah di dalam rumah dan amalkan kebersihan diri serta ahli keluarga. Itu sahaja pengorbanan anda yang mereka harapkan. Hanya itu sahaja!

Bantu dan berikanlah sepenuh kerjasama kepada para petugas barisan hadapan demi kesejahteraan kita semua. Bantulah mereka wahai rakyat...

- Sumber MKN
9,020 kes positif baharu dilaporkan hari ini, jumlah kes harian tertinggi pernah dilaporkan.

#COVID-19
98 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, jumlah kematian harian tertinggi pernah dilaporkan.

#COVID-19
Seramai 73,776 lagi individu telah menerima vaksin pada 28 Mei 2021, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menerima vaksin di negara ini adalah sebanyak 2,786,152 orang.

Layari Facebook JKJAV untuk mendapatkan maklumat terkini.

#COVID-19
Ikuti rancangan Selamat Pagi Malaysia: Teguh Kita, Menang Bersama yang menjemput Dr Ravindran Thayan, Ketua Unit Virology, Institut Penyelidikan Perubatan, Institut Kesihatan Negara, KKM untuk membicarakan topik Varian Baharu Cabaran Buat Masyarakat pada Isnin, 31 Mei 2021 jam 8.00 pagi.

#COVID-19
98 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 adalah; 2,650.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#COVID-19
Jumlah kes positif baharu hari ini (6,999).

#COVID-19
17 kluster baharu dilaporkan hari ini dan perincian setiap kluster adalah seperti dalam lampiran.

#COVID-19
17 kluster baharu dilaporkan hari ini dan perincian setiap kluster adalah seperti dalam lampiran.

#COVID-19
Seramai 65,396 lagi individu telah menerima vaksin pada 29 Mei 2021, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menerima vaksin di negara ini adalah sebanyak 2,851,548 orang.

Layari Facebook JKJAV untuk mendapatkan maklumat terkini.

#COVID-19
25 kluster baharu dilaporkan hari ini. Rujuk infografik bagi mendapatkan perincian bagi setiap kluster.

#COVID-19
Seramai 90,277 individu telah menerima vaksin pada 4 Jun 2021 dimana 85,361 daripadanya menerima dos pertama.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang telah menerima vaksin di negara ini melebihi 3.4 juta orang.

Layari Facebook JKJAV untuk mendapatkan maklumat terkini.
#COVID-19
Pecahan kes baharu #COVID-19 mengikut negeri, 19 Ogos 2021.
Seramai lebih daripada 72 juta individu bagi populasi di Malaysia telah menerima suntikan vaksin COVID-19 sama ada yang lengkap vaksinasi atau yang belum.

Bagi individu yang belum lengkapkan vaksinasi COVID-19 anda, jom! Kes telah naik lagi, dapatkan dos vaksinasi anda untuk perlindungan yang optimum.

#PICK
#ProtectHealth
#COVID-19

Sumber: Protect Health