CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
BERITA TERKINI

Kadar kesembuhan bagi statistik COVID-19 dunia hari ini ialah 35.52% atau 1,540,464 kes, kenaikan sebanyak 0.66% berbanding semalam iaitu 34.86%.

Bagi kadar kematian dunia pada hari ini ialah 6.83% atau 296,252 kes, penurunan sebanyak 0.02% berbanding semalam 6.85%.

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 13 Mei 2020

Zon dan Daerah yang mencatatkan kes melebihi 41 kes termasuklah:

1) Rembau dan Seremban (Negeri Sembilan)
2) Petaling (Selangor)
3) Batu, Ibu Kota, Kampung Bharu dan Sri Petaling (K.L)
4) Kuching (Sarawak)

Hanya Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Labuan dan Kelantan yang bebas dari sebarang kes aktif.

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #covid19malaysia yang dijangka bersiaran kira-kira jam 4.45 petang.

- CPRC KKM
Graf dan garis biru menunjukkan pencapaian baik negara menurunkan kes #COVID19 dalam PKP 1 hingga 4 dan 10 hari PKPB.

Namun, jika kita leka dan tidak mematuhi SOP, graf dan garis merah menunjukkan ramalan yanh bakal berlaku. Nilai R akan naik semula ke 1.6.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 14 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 40 (Tiada kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,819

Kes sembuh: 70

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,351

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 16 (Seramai 4 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 112


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Elakkan keluar dari rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Elakkan amalan kunjung-mengunjung, termasuk pada musim perayaan

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Klang Lama, 14 Mei 2020 - Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba telah mengadakan lawatan di Klinik Kesihatan, Petaling Bahagia, Kuala Lumpur dan menyampaikan sumbangan makanan untuk berbuka puasa kepada petugas-petugas perubatan dan kesihatan pada hari ini.

Berita penuh di pautan di bawah
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157043892626237

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Cheras, 14 Mei 2020 - YB Dato' Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia 1 telah menyantuni petugas barisan hadapan di Lobi Blok Pendidikan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (dulu dikenali Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) pada hari ini.

Berita penuh di pautan di bawah
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157043902671237

- CPRC KKM