CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
BERITA TERKINI

Dengan jumlah peratusan 71.87% dari jumlah bilangan kes seluruh dunia adalah dari 10 negara yang mempunyai bilangan kes positif COVID-19 100,000 ke atas.

Kadar kesembuhan bagi seluruh negara di dunia hari ini adalah 34.86% berbanding semalam 34.85% iaitu kenaikan sebanyak 0.01%.

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 12 Mei 2020

Limbang (Sarawak) dan Kinabatangan (Sabah) adalah dua lagi daerah yang kini telah bebas dan diletakkan di dalam zon hijau bersama 121 daerah lain.

#covid19malaysia
#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
PENGUMUMAN

Nantikan perkembangan terkini #covid19malaysia, 13 Mei yang dijangka bersiaran kira-kira jam 4.30 petang ini.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 13 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 37 (Termasuk 4 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,779

Kes sembuh: 58

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,281

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 16 (Seramai 4 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 111


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Elakkan keluar dari rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
- Elakkan amalan kunjung-mengunjung, termasuk pada musim perayaan

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

PEMODELAN DAN RAMALAN OLEH INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH), KKM

Keberkesanan pendekatan oleh Kerajaan dapat dibuktikan apabila dikaji dengan menggunakan kaedah pemodelan dan ramalan yang telah dijalankan oleh Institut Kesihatan Negara (National Health Institute), Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana PKP 1 sehingga PKP 4 telah berhasil dalam menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 di dalam negara.

Garisan hitam pada graf ini menunjukkan kes harian sebenar yang telah dilaporkan KKM, dan ianya didapati bertepatan dengan unjuran seperti di palang biru yang merupakan jangkaan kes harian oleh NIH KKM.

Berita lebih lanjut boleh didapati di pautan di bawah
https://kpkesihatan.com/2020/05/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-may-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

- CPRC KKM
PENGETAHUAN AM

Apakah itu nilai R dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak?

R0 (R naught) adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat. Ia merujuk kepada keberjangkitan, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut.

Misalnya, jika nilai R adalah 4, ini bermakna bahawa setiap seorang kes positif jangkitan virus boleh menyebarkan penyakit ini kepada 4 orang yang lain.

Apabila wabak merebak, nilai R pada sela masa t1, t2, t3 (dan seterusnya) boleh menurun sekiranya langkah-langkah pencegahan yang tepat dijalankan secara berterusan di dalam masyarakat. Begitu juga, nilai ini boleh menaik semula sekiranya masyarakat alpa dan langkah pencegahan tidak diendahkan.

Menurunkan nilai R ke kurang daripada 1 secara berterusan, akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan kepentingan untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh kerajaan.

“Samada kita akan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan, itu terpulang kepada rakyat Malaysia.”

Oleh itu, KKM menyeru sekali lagi kepada rakyat Malaysia sekalian, tolong patuhi PKPB yang sedang dijalankan ini. Tunjukkan kepada dunia, kita semua mampu bersatu ketika dalam tempoh sukar ini.

Usah keluar jika tiada keperluan. Lindungi 3 golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu warga emas, kanak-kanak dan pesakit yang menghidap penyakit kronik.

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
13 Mei 2020 - Mulai hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung sehingga 9 Jun 2020.

Jangan sesekali alpa kerana kita masih berjuang.

Dalam tempoh PKPB ini, kekalkan disiplin yang tinggi. Praktikkan kawalan kendiri. Sentiasa patuhi arahan dan SOP pihak berkuasa.

Ingatlah, duduk di rumah jika tiada keperluan di luar.

Kita Mesti Menang!

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/2912872328760885/