CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Selain daripada kluster perayaan dan kluster rentas negeri, negara juga berdepan dengan kluster tempat kerja iaitu sejak gelombang dua dan awal gelombang ketiga lagi.

Sehingga 26 Mei 2021:
- jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif adalah 593 kluster;
- jumlah kluster tempat kerja yang masih aktif adalah 233 kluster (39 peratus daripada kluster yang masih aktif) melibatkan 16,785 kes aktif;

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa pada 12 Mei 2021, beberapa sekatan dan penutupan sektor telah dibuat termasuk arahan bekerja dari rumah. Arahan bekerja dari rumah telah dinaikkan semasa PKP 3.0 diperketatkan mulai 25 Mei 2021. Setakat ini, sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi.

Jika dibandingkan dengan sebelum pelaksanaan PKP 3.0, terdapat pengurangan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster:
- Pentadbiran awam
- Pembinaan
- Perkhidmatan

Namun begitu dapat diperhatikan terdapat pula peningkatan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster Pembuatan (14 kluster dalam seminggu sebelum PKP 3.0, berbanding 21-25 dalam seminggu selepas PKP 3.0).

Oleh itu, KKM menyeru semua pekerja untuk mematuhi SOP di tempat kerja untuk mengurangkan risiko jangkitan di tempat kerja. Majikan juga perlu memainkan peranan penting mereka bagi memastikan segala SOP dipatuhi di tempat kerja.

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara
Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini?

Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan.

Membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung penularan jangkitan virus COVID-19.

Duduklah di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting.

Bantulah selamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes COVID-19 tidak terkawal.

Sekiranya kami rebah, anda dan ahli keluarga anda mungkin tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya. Jika lebih malang, tiada lagi katil untuk anda di hospital. Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal tetapi katil ICU sudah penuh semuanya.

Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda.

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara
E-BOOK KIT PENGURUSAN PESAKIT COVID-19 DI RUMAH

http://online.anyflip.com/jwuxz/qucf/mobile/index.html

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

#jknpenang
#COVID19
#BantuSistemKesihatanNegara