CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kita boleh mengelak penularan jangkitan #COVID19 dengan memberi maklumat secara JUJUR sekiranya ada sejarah kontak rapat dengan pesakit #COVID19 ATAU sejarah perjalanan ke luar negara (risiko kes import). #HonestyisPriceless

#BreakTheChain
#StayHomeSaveLives

- CPRC KKM
Amalkan langkah-langkah pencegahan ini untuk memastikan anda dan keluarga tersayang bebas daripada dijangkiti #COVID19.

#BreakTheChain
#StayAtHome
Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia

Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.57% diikuti dengan sepanyol, 8.25% dan Itali, 7.44%.

Manakala negara Belgium pula mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia iaitu 14.76%, diikuti dengan Algeria, 14.26% dan United Kingdom iaitu 13.28%

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia

Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.73% diikuti dengan Sepanyol, 8.10% dan Itali, 7.33%.

Manakala negara Belgium pula kekal mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia iaitu 14.58%, diikuti dengan Algeria, 14.13% dan Itali iaitu 13.31%

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang

- CPRC KKM
12 daerah masih kekal zon merah manakala zon hijau terus bertambah dari 85 kepada 88 daerah setakat 29 april,

3 negeri menunjukan TIADA kes aktif semasa iaitu Perlis, Kedah dan Kelantan.

Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan hanya mencatatkan 2 kes aktif. Pulau pinang pula dengan 4 kes aktif.

PKP Fasa 4 adalah penting untuk memulihkan negara kita daripada penularan COVID-19.

- CPRC KKM

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaJagaKita
#KitaTeguhKitaMenang
ELAKKAN 3CA, AMALKAN 3W

Perang Covid-19 belum tamat lagi. Kita semua dengan mudah boleh dijangkiti jika tidak berhati-hati.

Oleh itu, dalam mengawal penularan Covid-19 di tempat kerja, anda diminta untuk menjalani kehidupan mengikut norma baharu seperti yang disarankan oleh KKM.

ELAKKAN 3C iaitu Crowded places, Confined spaces dan Close conversation.

AMALKAN 3W iaitu Wash, Wear dan Warn.

Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan juga tahap kebersihan diri yang tinggi.

#covid19malaysia
#kitamestimenang
#kitateguhkitamenang
#breakthechain

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #covid19malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang ini

Perjuangan kita belum selesai. Jangan mudah terleka dan alpa dengan situasi sekarang. Patuhi saranan yang diberikan oleh KKM.

Admin mohon untuk anda semua terus mengamalkan penjarakan sosial apabila mempunyai urusan di luar rumah dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

#kitamestimenang
#breakthechain
#dudukdirumah

- CPRC KKM
Kes Positif Mengikut Negeri (setakat 2 Mei 2020)

Daripada 105 kes baharu dilaporkan pada hari ini, 63 adalah dari Selangor manakala 14 pula dari Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor dan Sarawak adalah negeri lain yang turut melaporkan kes baharu.

Pihak KKM ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pandemik COVID-19 ini belum berakhir. Orang ramai diminta untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu yang disarankan. Amalan seperti penjarakan sosial dan juga penjagaan kebersihan diri perlu diteruskan.

#kitamestimenang
#covid19malaysia
#breakthechain

- CPRC KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
13 Mei 2020 - Mulai hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung sehingga 9 Jun 2020.

Jangan sesekali alpa kerana kita masih berjuang.

Dalam tempoh PKPB ini, kekalkan disiplin yang tinggi. Praktikkan kawalan kendiri. Sentiasa patuhi arahan dan SOP pihak berkuasa.

Ingatlah, duduk di rumah jika tiada keperluan di luar.

Kita Mesti Menang!

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/2912872328760885/
Bersama YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini meninjau persiapan yang dilaksanakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang bagi penghantaran keperluan barang-barang kritikal ke Sabah dalam menangani pandemik COVID-19.

Turut hadir ialah YB Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad.

Terima kasih kepada semua frontliners yang terlibat.

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian
#PerkasakanKomuniti

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/3396621267052653/