Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
39 kes kematian termasuk 2 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,761. Ini merupakan rekod tertinggi kes kematian baharu harian iaitu lonjakan 77.3% berbanding semalam. Kes kematian tertinggi adalah dari Johor (10), diikuti Kuala Lumpur (8) dan Selangor (5) manakala terdapat 3 kes kematian ‘brought in death’ (BID) yang dilaporkan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.13. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
1. SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI PROTEIN SPIKE COVID-19 DI MALAYSIA

Merujuk kepada Sidang Media 12 Mei 2021, survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas 33 sampel COVID-19 dari 3 Mei 2021 sehingga 10 Mei 2021 telah mengenalpasti dan mengesahkan:
• 14 kes tempatan COVID-19 baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351. Kes-kes ini telah dikesan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan; serta
• Satu (1) kes import bukan warganegara yang dijangkiti varian Indian B.1.617.2. Beliau telah meninggal dunia.
Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 adalah sebanyak 62 kes dan varian Indian B.1.617 sebanyak dua (2) kes [masing-masing satu (1) kes sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2].

i. Varian South African B.1.351
Sila rujuk jadual dilampirkan untuk maklumat mengenai kluster-kluster yang terlibat.

ii. Varian Indian VOI B.1.617.2

Satu (1) kes melibatkan bukan warganegara dengan varian Indian VOI B.1.617.2 telah dikesan di Malaysia. Kes ini tiba di Malaysia pada 7 April 2021 dan telah menjalani ujian COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Kedua-dua ujian saringan COVID-19 yang dijalankan pada 7 April 2021 dan 12 April 2021 adalah negatif. Walau bagaimanapun, beliau dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 apabila beliau dibawa ke Unit Kecemasan dan Trauma setelah mengalami gejala COVID-19 yang serius. Keadaan kesihatan beliau terus merosot dan dilaporkan meninggal dunia pada 1 Mei 2021.

PEMATUHAN 100 PERATUS TERHADAP PROSEDUR OPERASI STANDARD (S.O.P) DI HARI RAYA

Seperti yang sering ditekankan oleh KKM dan MKN dalam sidang media, keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti di negara kita adalah semakin meruncing. Kini, lebih banyak kes VOC dilaporkan. Di samping itu, peningkatan kluster-kluster terutamanya kluster rentas negeri, kenaikan sehingga 70 peratus kes jangkitan sporadik dalam komuniti dan kenaikan sehingga 80 peratus kes tidak bergelaja adalah semakin membimbangkan. Oleh itu, masyarakat seharusnya mengambil iktibar dan berusaha untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus COVID-19 yang merbahaya ini.

Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam di seluruh negara pada hari esok 13 Mei 2021, KKM ingin mengingatkan rakyat supaya sentiasa patuh pada SOP Hari Raya seperti yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Rakyat dinasihatkan untuk mengelakkan dari menghadiri sebarang perhimpunan besar-besaran termasuk solat Hari Raya beramai-ramai melebihi had dibenarkan, dan menangguhkan aktiviti ziarah-menziarahi termasuk menziarahi kubur. Ingin diingatkan bahawa, pada tahun ini sahaja, terdapat peningkatan kluster yang begitu ketara. Sehingga kini, jumlah kluster komuniti adalah sebanyak 435 kluster di mana 129 kluster lagi yang masih lagi aktif. Kluster-kluster komuniti ini berpunca daripada jangkitan kontak keluarga dan kontak rapat, aktiviti keraian, pengebumian, perkahwinan, perayaan, dan lain-lain aktiviti sosial.

Seperti yang dilaporkan, majoriti mereka yang dijangkiti tidak mempunyai gejala (78.4 peratus) dan ini menjadikan risiko jangkitan serta penularan adalah amat tinggi sekiranya aktiviti kunjung mengunjung di hari raya tetap dilaksanakan. Oleh itu, sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan khas di musim perayaan ini iaitu:
• Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri);
• Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah; dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri;
• Tiada majlis sosial seperti aktiviti ziarah dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
KKM berharap masyarakat memahami situasi ini dan akur kepada nasihat yang dikeluarkan bagi kebaikan kita bersama. Jangkitan COVID-19 tidak mengenal mangsa, tempat, waktu, dan ketika. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti sekiranya alpa dan mengambil sikap tidak endah. Marilah kita bersama-sama membantu diri kita, keluarga kita, kaum, dan masyarakat kita agar dihindari bahaya COVID-19.

- KPK KKM -
Pada 7 Mei 2021, saya ada melaporkan jumlah kes COVID-19 yang dirawat di ICU termasuk yang disahkan (confirmed), dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan (suspected and probable) telah mencecah lebih 500 kes, yakni jumlah tertinggi semenjak pandemik ini bermula.

Kes-kes “suspected” dan “probable” COVID-19 juga perlu dirawat dengan menggunakan tatacara pencegahan dan kawalan infeksi yang sama seperti kes-kes positif COVID-19 di ICU / katil kritikal.

Pada hari ini, jumlah kes dirawat di ICU telah pun mencecah 641 kes. Ini termasuk 469 kes disahkan COVID-19 di mana 244 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes-kes ICU ini bukanlah angka statistik semata-mata. Setiap satu daripadanya adalah seorang ayah, ibu, abang, kakak, adik atau sahabat karib seseorang.

Banyak wad ICU kita telah penuh dengan pesakit COVID-19 dan hospital telah menukar fungsi (repurpose) lain-lain kawasan di dalam hospital seperti wad biasa menjadi ICU.

Di musim perayaan ini, saya menyeru kita terus istiqamah mematuhi semua SOP dan beraya dengan cara sederhana dalam keluarga kecil kita sahaja. Aktiviti ziarah juga tidak dibenarkan. Lindungilah ahli keluarga kita yang tersayang, terutamanya warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung daripada risiko jangkitan virus ini.

Menyelamatkan nyawa itu lebih penting dalam situasi seperti ini. Semoga kita dipanjangkan umur dan bersua kembali dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan, Insya Allah.

- KPK KKM -
Selamat Hari Raya!

Atas meja dah penuh dengan juadah lebaran. Ketupat, lemang, rendang... sedapnya...

Oppss.. nanti dulu. Kawal pengambilan makanan ya.

Makanlah berpada-pada. Makan dengan saiz hidangan yang kecil.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Makan sihat semasa lebaran.

Hadkan hanya satu jenis masakan berunsurkan santan ketika hari raya.

#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Vaksin terkini yang digunakan adalah berkesan dan selamat dan berkualiti untuk mencegah penyakit yang berbahaya, mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dan kadar kematian.

Pengambilan suntikan vaksin COVID-19 adalah secara sukarela. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu yang berusia 18 tahun dan ke atas untuk mendaftar dan menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk melindungi diri dan orang lain serta membantu kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Makan sihat semasa lebaran.

Awasi berat badan anda.

Ambil makanan dalam kuantiti yang sederhana.

Amalkan suku-suku separuh.

#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Salam Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya, selaku Ketua Pengarah Kesihatan, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga kerja dan pesakit di Hospital KKM.

Selamat Hari Jururawat juga saya ucapkan kepada jururawat-jururawat yang sangat saya hormati dan sayangi.

Buat semua wira & wirawati petugas barisan hadapan negara, teruskan berjuang menentang wabak COVID-19. Kita adalah benteng pertahanan negara melawan jangkitan Covid-19. Tambahan pula terkini dengan varian2 baru virus ini semakin mengganas menjangkiti lebih ramai orang dengan cepat dan mengakibatkan kes kematian semakin tinggi. Walaupun kita kelesuan mental dan fiskal marilah kita bersama Beristiqamahlah dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam negara kita. Bertawakkal kepada Allah SWT atas segala dugaan dan cabaran ini.

Pada hari penuh mulia ini, saya ingin menghadiahkan kepada semua dua rangkap pantun:

Memikat selera ketupat dan rendang,
Hidangan Raya menjamu tetangga;
Disambut gembira Syawal bertandang,
Raikan bersama Keluarga tercinta.

Berwarna biru cantik menawan,
Serasi busana dipakai keluarga;
Norma baharu menjadi panduan,
SOP dijaga selamat bersama.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

- KPK KKM -
Sehingga 13 Mei 2021; Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,855 (458,077 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,783 (149,612)
Sabah - 76 (59,149)
Johor - 467 (49,427)
WP KL - 521 (48,762)
Sarawak - 395 (37,121)
Pulau Pinang - 395 (22,987)
Negeri Sembilan - 100 (20,248)
Kelantan - 339 (18,387)
Perak - 302 (16,337)
Kedah - 193 (12,015)
Melaka - 67 (8,345)
Pahang - 56 (6,070)
Terengganu - 148 (5,242)
WP Labuan - 4 (2,501)
WP Putrajaya - 9 (1,492)
Perlis - 0 (382)

- KPK KKM -
Kes positif mengikut negeri (setakat 13/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 13/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 13th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)