Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
7 kes kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini menjadikan kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia; 1,407.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Laporan situasi #COVID19: Perbandingan antara minggu 14 dan 15.

1. Kes baharu meningkat 44.6%
2. Kes kematian harian meningkat 40.0%
3. Kes ICU meningkat 10.8%
4. Pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan menurun -1.2%
5. Ujian COVID-19 yang dijalankan meningkat 11.4%
6. Kadar positif meningkat 0.8%

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157877404796237/
Rata-rata warga emas yang ditemui pemberita menasihati seluruh rakyat terutama golongan muda supaya mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin ini sebagai usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Seorang penerima suntikan vaksin, Wan Muhammad Wan Adam, 71, berkata golongan yang merasakan bahawa mengambil suntikan vaksin itu berbahaya, perlu berhenti berfikiran sedemikian.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1954778#.YIFBlV3eTwM.facebook
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 22 hb April 2021 untuk seluruh negara adalah 1.16. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pastikan anda minum air kosong secukupnya sepanjang Ramadan supaya kekal hidrat.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
PEMAKANAN SIHAT: KUNCI MEMERANGI ANCAMAN PENYAKIT

9 Tip Amalan Pemakanan Sihat untuk diamalkan dalam mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.

Jom sama-sama amalkan!

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM
Hubungi quitline berhenti merokok di talian 03 8883 4400 untuk dapatkan bantuan berhenti merokok.

#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Isteri boleh menasihatkan suami dan mendorong mereka untuk berhenti merokok.

Hubungi quitline berhenti merokok di talian 03 8883 4400 untuk dapatkan bantuan berhenti merokok.

#speakout
#PengalamanPeribadiBerhentiMerokok
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sila patuh SOP setiap masa ketika di bazar Ramadan.

Anda bijak dengan tidak bersesak-sesak di bazar.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
📣📣📣PENGUMUMAN PERTANDINGAN POSTER INFOGRAFIK 📸🤳

Anda mempunyai idea kreatif menghasilkan poster infografik? Inilah peluang anda mengetengahkan bakat!

Program Kesihatan Pergigian, KKM menjemput anda yang berminat menyertai pertandingan poster infografik bertemakan “INGAT HARI JADI, INGAT DOKTOR GIGI” sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2021

Syarat- syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh diimbas melalui kod QR seperti tertera di poster.

Jangan lepaskan peluang yang datang sekali setahun...Mungkinkah karya anda yang bertuah kali ini?😉

SELAMAT BERJAYA!

#periksagigi #ingatdoktorgigi #mpkp2021

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
📣📣📣PENGUMUMAN PERTANDINGAN IGTV📸🤳

Anda mempunyai idea kreatif dan berbakat menghasilkan video? Jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan IGTV ini!

Sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2021, Program Kesihatan Pergigian, KKM menjemput anda yang berminat menyertai pertandingan IGTV yang bertemakan “INGAT HARI JADI, INGAT DOKTOR GIGI”

Syarat- syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh diimbas melalui kod QR seperti tertera di poster.

SELAMAT BERJAYA!

#periksagigi #ingatdoktorgigi #mpkp2021

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Sehingga 23 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 2,847 (387,535 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 748 (126,492)
Sabah - 82 (57,406)
Johor - 130 (44,002)
WP KL - 302 (41,514)
Sarawak - 717 (26,749)
Pulau Pinang - 89 (18,811)
Negeri Sembilan - 105 (18,207)
Perak - 45 (14,270)
Kelantan - 476 (10,675)
Kedah - 44 (9,363)
Melaka - 42 (7,095)
Pahang - 39 (4,893)
Terengganu - 11 (3,952)
WP Labuan - 3 (2,442)
WP Putrajaya - 14 (1,310)
Perlis - 0 (354)

- KPK KKM -
KEPUTUSAN MESYUARAT PIHAK BERKUASA KAWALAN DADAH KALI KE-356 BERKENAAN PENDAFTARAN VAKSIN COVID-19

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-356 telah bersidang pada hari ini, 23 April 2021.

Mesyuarat telah bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk vaksin CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated yang dihasilkan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) menerusi pengilangan secara fill and finish (pengilangan produk pukal kepada produk siap), yang pertama kali dilaksanakan di negara ini. Produk ini merupakan sumber kedua kepada produk CoronaVac yang telah berdaftar dari pengilang Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China.

Pengilangan fill and finish produk CoronaVac oleh PLS merupakan pencapaian terbaru Malaysia yang selama ini bergantung kepada produk vaksin dan produk plasma yang diimport. Ia merupakan vaksin untuk kegunaan manusia pertama yang dikeluarkan oleh pengilang tempatan. Diharapkan perkembangan ini dapat memacu pertumbuhan industri farmaseutikal tempatan dalam penghasilan produk-produk tersebut.

KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran secara bersyarat ini memerlukan syarikat pemegang pendaftaran produk iaitu Pharmaniaga LifeScience mengemukakan data-data tambahan dan terkini produk vaksin tersebut dari semasa ke semasa, bagi memastikan keberkesanan dan keselamatannya sentiasa dikemaskini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif.

Kementerian Kesihatan akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD. Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan.

Ketua Pengarah Kesihatan
23 April 2021
Kes positif mengikut negeri (setakat 23/04/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 23/04/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 23th. April 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)