Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Forum Perdana Ehwal Islam
“Vaksin: Cegah Sebelum Kalah”
Barisan panel yang akan mengupas topik ini ialah :

i. YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

ii. YBhg Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan

iii. YBhg Datuk Wan Zahidi Wan Teh
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI)

iv. Sohibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah
Mufti Wilayah Persekutuan

v. Sohibus Samahah Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis

vi. Sohibus Samahah Dato’ Dr Anhar Opir
Timbalan Mufti Negeri Selangor

vii. Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia

viii. Dr. Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga

ix. Saudara Firdaus Wong
Pendakwah

https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/videos/1581292625393878/

Sumber: JAKIM
Abah sudah divaksinkan.

Frontliners.. Jangan tunggu lagi.. Jom dapatkan vaksinasi.

Lindung diri, lindung semua.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan dan menerangkan bahawa vaksin Sinovac dari China yang akan dihantar secara pukal pada 27 Februari ini adalah untuk pengilangan secara fill & finish sebagai produk siap oleh Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd (PLSB).

Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd adalah pemegang pendaftaran bagi CoronaVac Suspension for Injection yang dikilang oleh Sinovac Life Sciences Co. Ltd, China dan juga merupakan pengilang sumber kedua iaitu melalui proses fill & finish produk pukal yang diimport daripada Sinovac Life Sciences Co. Ltd, China.

Pada masa ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang menilai kedua-dua produk ini sebelum ia dibentangkan untuk kelulusan pendaftaran oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Pengilangan vaksin tidak berdaftar oleh PLSB telah mendapat kelulusan dibawah peruntukan Peraturan 15(5) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 pada 29 Januari 2021 bertujuan untuk penyediaan data bagi permohonan pendaftaran iaitu untuk menjalankan proses validasi, penjanaan sijil analisa produk siap dan juga penjanaan data stabiliti serta bukan untuk tujuan komersial.

Data-data ini adalah penting untuk memastikan vaksin yang dikilangkan di Malaysia adalah sama dari segi kualiti dan potensi sebagaimana yang dihasilkan oleh pengilang Sinovac di China. Ini membolehkan data ujian-ujian klinikal ke atas manusia yang dijalankan menggunakan produk yang dihasilkan oleh pengilang di China digunakan oleh PLSB untuk menyokong bahawa produk mereka adalah selamat dan berkesan.

PBKD hanya akan mendaftarkan vaksin-vaksin Covid-19 yang mematuhi keperluan regulatori untuk memastikan produk adalah berkualiti, selamat dan berkesan. InshaAllah

- KPK KKM -

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4126161164074407&id=578835322140360
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25hb Februari 2021 untuk seluruh negara adalah 0.94. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
SOP perlu sentiasa dijaga bagi mengelakkan penularan penyakit COVID-19 di sekolah.

Pantau suhu badan, makan makanan yang disediakan di rumah, jaga jarak fizikal, pakai pelitup muka dan kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer.

Amalkan 3W, Elakkan 3S.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jom daftar untuk menerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera sekarang!

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kepada warga Malaysia,

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang melaksanakan satu tinjauan soal selidik secara dalam talian untuk mengenalpasti Kelesuan menerima mesej berkaitan dengan COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.

➡️Penyertaan anda adalah sukarela.

➡️Semua jawapan adalah dirahsiakan.

➡️Pihak kami mengalu-alukan anda menjemput ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan rakan sekerja anda untuk menyertai soal-selidik ini.

*Untuk menyertai soal-selidik ini, sila klik pautan di sini:*
https://forms.gle/tVsLzGUwtyns1cEcA 

🌸Terima kasih kerana berkongsi maklum balas berharga dengan kami🌸

Sekian,terima kasih.
Majlis Pelancaran Vaksin COVID-19 di peringkat negeri Terengganu, Pahang dan Sarawak akan dilancarkan hari ini, 26 Februari 2021.

Lindung diri, lindung semua.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Bual bicara mengenai Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Wabak COVID-19 bersama panelis jemputan Encik Azman Bin Ab. Rashid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan moderator Rem Abrah.

#KitaJagaKita
#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang
#LindungDiriLindungSemua

https://www.facebook.com/KeTSAMalaysia/videos/429879604785634/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
COVID-19 : Vaksin untuk Semua

Temu bual Johara Pagi Era bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM pada 25 Februari 2021.
More than 1,000,000 have registered for the vaccination on MySejahtera. Are you one of them?

Register now on MySejahtera: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/#team

Sumber: FB JKJAV
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berikut adalah proses pendaftaran vaksinasi melalui MySejahtera.

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk pendaftaran vaksinasi: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/#team

Ketahui lebih lanjut mengenai program imunisasi kebangsaan di https://www.vaksincovid.gov.my/

#LindungDiriLindungSemua

Sumber : FB JKJAV
Kes positif mengikut negeri (setakat 26/02/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 26/02/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)