Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan sebarang iklan atau kenyataan terhadap tuntutan pencegahan atau rawatan Covid-19 termasuklah di Internet melainkan sumbernya daripada KKM.

Kepada penjual ubat/produk kesihatan online!
Pastikan 3 perkara sebelum mengiklankan ubat:
1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).
2. Pastikan ubat tersebut bukan ubat terkawal (No. MAL diakhiri dengan abjad A)
3. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!
Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play, Apple Store atau Huawei AppGallery.

#biarbetuliklanni!
Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Kes positif mengikut negeri (setakat 19/01/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 19/01/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 19th. January 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,944 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 125,288 kes (75.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 19 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 3,631 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 165,371 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 39,464 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,624 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,754 kes adalah warganegara Malaysia manakala 870 kes adalah bukan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 238 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 14 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 619 kes (0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2021/01/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-januari-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pecahan kes baharu (3,631)

Selangor
60 kluster sedia ada
217 kluster baharu (Penjara Jalan Sungai Jelok)
607 saringan kontak rapat
313 lain-lain saringan
2 import

Sabah
29 kluster sedia ada
371 saringan kontak rapat
125 lain-lain saringan
1 import

KL
210 kluster sedia ada
6 kluster baharu (Jalan Masjid)
157 saringan kontak rapat
145 lain-lain saringan
3 import

Johor
99 kluster sedia ada
44 kluster baharu (Jalan Taruka, Taman Sayong Pinang & Sri Gading)
118 saringan kontak rapat
106 lain-lain saringan

Sarawak
99 kluster sedia ada
6 kluster baharu (Rakut)
51 lain-lain saringan

N.Sembilan
66 kluster sedia ada
47 saringan kontak rapat
26 lain-lain saringan

Perak
37 kluster sedia ada
54 saringan kontak rapat
44 lain-lain saringan

Kelantan
28 kluster sedia ada
82 saringan kontak rapat
23 lain-lain saringan

P.Pinang
44 kluster sedia ada
45 saringan kontak rapat
35 lain-lain saringan

Melaka
28 kluster sedia ada
85 saringan kontak rapat
9 lain-lain saringan

Kedah
24 kluster sedia ada
6 kluster baharu (Kupang)
51 saringan kontak rapat
33 lain-lain saringan

Terengganu
6 kluster sedia ada
9 kluster baharu (Kebor Air)
10 saringan kontak rapat
8 lain-lain saringan

Pahang
5 kluster sedia ada
1 kluster baharu (Rantau Cempaka)
17 saringan kontak rapat
8 lain-lain saringan

Putrajaya
11 saringan kontak rapat

Perlis
1 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan

Labuan
1 lain-lain saringan
14 kematian dilaporkan termasuk 2 bukan warganegara menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia kini; 619.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Kes-kes hari ini adalah kesan pendedahan kepada COVID-19 dalam tempoh 14 hari sebelum 13 Jan 2021. Kesan PKP sepanjang 2 minggu ini akan dapat dilihat kesannya selepas tarikh 26 Jan 2021.

Pelaksanaan PKP di enam negeri lagi bermula 22 Jan hingga 4 Feb 2021 susulan peningkatan kes berpunca pergerakan rentas daerah.

Kategori pesakit COVID-19 tahap 4 dan 5 (tahap serius) di hospital-hospital KKM telah meningkat menjadi 15% ketika ini berbanding 3%.

-Sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia,
19 Jan 2021,
YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 19 Januari 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku


Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Aktif Sihat Norma Baharu.

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama En. Wan Mohd Hakim Wan Ismail, Penolong Pengarah dari Bahagian Pendidikan Kesihatan,KKM.

#sihatmilikku
Anda positif COVID-19?

Anda mungkin sesuai duduk di rumah sekiranya anda memenuhi kriteria berikut :

▶️ Tidak mengalami sebarang gejala atau bergejala ringan
▶️ Bukan golongan berisiko tinggi
▶️ Mempunyai penjaga yang sesuai
▶️ Kesesuaian rumah untuk pengasingan diri
▶️ Boleh dihubungi sepanjang masa melalui telefon

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Bolly X - Back To School

Sertai FB live kami pada pukul 11.00 pagi bersama Coach Lina.

#bollyfitness
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)