Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
PERKEMBANGAN FASA KE DUA PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN BERISIKO RENDAH (PKRC) MAEPS 2.0
( 28 Disember 2020 )

Merujuk kepada kenyataan yang telah diberikan pada 10 Disember 2020 melalui laman sosial Facebook, pejabat ini ingin memaklumkan perkembangan terkini PKRC MAEPS 2.0. Untuk makluman, terdapat penambahan kapasiti katil PKRC MAEPS 2.0 fasa ke dua sebanyak 3,032, menjadikan jumlah kapasiti katil sekarang adalah 6,132. Usaha ini merupakan salah satu langkah proaktif KKM bagi memastikan kesiapsiagaan hospital sentiasa berada di tahap optimum. Bilangan katil akan terus dipertingkatkan mungkin sehingga 10,000 katil mengikut keperluan semasa. Peningkatan kapasiti katil PKRC MAEPS 2.0 fasa ke dua melalui pembukaan dewan baru ini diperlukan kerana pertambahan kes positif COVID-19 yang berterusan.

Pengoperasian PKRC MAEPS 2.0 diletakkan di bawah kawalan Ketua Komander Wilayah Tengah iaitu Pengarah Kesihatan Negeri Selangor. Pengwujudan PKRC MAEPS 2.0 ini adalah hasil persetujuan sidang Majkis Keselamatan Negara (MKN) dan merupakan satu kolaborasi yang dipengerusikan bersama oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Agensi lain yang terlibat dalam usaha kolaborasi ini termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MAEPS sendiri.

Datuk Dr. Hj. Rohaizat b. Hj. Yon
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia

https://www.facebook.com/ProgramPerubatanKKM/posts/878741016287342
Kes positif mengikut negeri (setakat 28/12/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 28/12/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 28th December 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pecahan kes baharu (1,594)

Selangor
362 kluster sedia ada
231 saringan kontak rapat
104 lain-lain saringan

KL
102 kluster sedia ada
2 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Gadang dan Menara Sri)
56 saringan kontak rapat
33 lain-lain saringan
1 import

Johor
48 kluster sedia ada
2 kluster baharu (Bukit Pasir)
64 saringan kontak rapat
77 lain-lain saringan

N.Sembilan
103 kluster sedia ada
24 saringan kontak rapat
33 lain-lain saringan

Sabah
17 kluster sedia ada
79 saringan kontak rapat
61 lain-lain saringan

P.Pinang
17 kluster sedia ada
47 saringan kontak rapat
5 lain-lain saringan

Perak
26 kluster sedia ada
1 kluster menara Sri
14 saringan kontak rapat
6 lain-lain saringan

Kelantan
6 kluster sedia ada
9 kluster baharu (Pintu Geng)
9 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan

Kedah
5 kluster sedia ada
5 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan

Melaka
12 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan

Pahang
10 kluster sedia ada
1 lain-lain saringan

Putrajaya
7 kluster baharu (Putra 15)
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

Terengganu
3 saringan kontak rapat

Sarawak
2 import
3 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia; 455.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,181 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 85,592 kes (80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 28 Disember 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,594 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 106,690 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 20,643 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,591 kes.

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 455 kes (0.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/12/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-disember-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 28 Disember 2020.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 : Masyarakat dirayu Jujur kepada Petugas Kesihatan.

Saksikan esok dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 10.40 pagi di TV1.

Panel :
Dr. Siti Sara Yaacob
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Sanitasi tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke mana-mana premis.

Kalau bukan kita jaga kita, siapa lagi?

Putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
LAGU RAKYAT SKUAD CAKNA UBAT
Pakat Cakne Ubat Kite - Naquib Mohammad

Sebuah projek video lagu rakyat Skuad Cakna Ubat dengan sokongan Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKN Terengganu dan Program Perkhidmatan Farmasi KKM. Video lagu dengan dialek pekat Terengganu ini sarat dengan mesej kesedaran kenali ubat anda kepada masyarakat seperti penyimpanan ubat, konsep 5B, antibiotik dan pemilihan ubat berdaftar.

Lirik dan lagu: Naquib Mohammad & Skuad Cakna Ubat
Terbitan: Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKN Terengganu
Latar tempat: Kampung Gong Lingai, Kuala Nerus, Terengganu

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
😱Arghh.. kenapa warna gigi dah berubah?

😱Apa nak buat ni?

Jangan panik! Mari ketahui apa yg berlaku kepada gigi anda & bagaimana doktor gigi merawatnya.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Maklumat tentang variasi baharu virus COVID-19 yang dikenali
B.1.1.7 yang dikesan di UK dan beberapa negara lain termasuk di Singapura.

Setakat ini, variasi baharu ini belum dikesan di Malaysia. IMR terus menjalankan ujian bagi mengesan virus ini dari semasa ke semasa.

Sumber: FB KKM