Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 21st. December 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pecahan kes baharu (2,018)

Selangor
733 kluster sedia ada
263 kluster baharu (Pekapuri, Batu Besar dan Tower)
119 saringan kontak rapat
88 lain-lain saringan
1 import

Sabah
21 kluster sedia ada
157 saringan kontak rapat
69 lain-lain saringan

KL
37 kluster sedia ada
26 kluster baharu (Tapak Bina Pelangi, Wawasan, Delima dan Tower)
33 saringan kontak rapat
27 lain-lain saringan
4 import

Johor
246 kluster sedia ada
16 saringan kontak rapat
15 lain-lain saringan
1 import

N.Sembilan
13 kluster sedia ada
14 saringan kontak rapat
31 lain-lain saringan

Labuan
3 kluster sedia ada
20 kluster baharu (J Bandar)
5 saringan kontak rapat
1 import

Perak
9 kluster sedia ada
11 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

P.Pinang
13 kluster sedia ada
1 kluster baharu (May Indah)
4 lain-lain saringan

Pahang
1 kluster baharu (Tower)
11 saringan kontak rapat

Melaka
6 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat

Kelantan
1 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan

Putrajaya
1 kluster baharu (Wawasan)
1 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Kedah
1 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan

Terengganu
1 lain-lain saringan
1 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan bukan warganegara di Hospital Tuaran.

Jumlah kes kematian kini; 438.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,084 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 78,393 kes (82.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pada hari ini, 21 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu ketiga tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda di negara kita iaitu sebanyak 2,018 kes. Sehingga 21 Disember 2020, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 95,327 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 16,496 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,204 kes (59.7 peratus). Daripada jumlah ini sebanyak 1,115 kes (92.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 278 kes (13.8 peratus) dan Sabah yang melaporkan sebanyak 247 kes (12.2 peratus).

Sebanyak 243 kes (12.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Gajah (234 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes), dan Kluster Tembok (3 kes).

https://kpkesihatan.com/2020/12/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-disember-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 21 Disember 2020.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Safe Cube : Selesa Berkongsi dengan Kaunselor

Siri 1 : Berkenalan dengan Perasaan

Ikuti sesi FB Live bersama Pn. Siti Hajar Ahamad Mashat dari Klinik Kesihatan Tanglin dan Puan Nurul Nadia Sadon dari Klinik Kesihatan Petaling Bahagia.

Tarikh: 22 Disember 2020
Masa 11.00 pagi - 12.30 tengah hari
Platform: FB Page Jom Sihat Lembah Pantai
2020 Dunia diselubungi COVID-19.

Jom selak e-majalah edisi Disember 2020 untuk mengetahui titik sejarah COVID-19 di Malaysia sehingga penemuan vaksin COVID-19 yang bakal menjadi harapan menjelang 2021.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3915423175175851&id=170501559668050

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sebelum berlepas, pengembara yang masuk ke Malaysia dari luar negara perlu memuat turun dan mengisi deklarasi kesihatan dalam aplikasi MySejahtera dan menjalani ujian swab RT-PCR COVID-19 dalam tempoh 3 hari sebelum berlepas.

Apabila tiba di Malaysia, pengembara perlu mengimbas kod QR MySejahtera untuk “Pengembara Luar Negara” dan menjalani saringan suhu dan gejala.

⚠️ Pengembara Bergejala :

Pengembara akan diuruskan oleh Pengurusan pengembara bergejala

Pengembara Tidak Bergejala :

➡️ Mempunyai keputusan laporan ujian makmal COVID-19 :

Pengembara perlu melalui proses kuarantin wajib 7 hari dan ujian swab RTK-Ag / RT-PCR pada hari ke-5 kuarantin. Pelepasan kuarantin adalah pada hari ke-7.

➡️Tidak mempunyai keputusan laporan ujian makmal COVID-19 :

Pengembara perlu menjalani ujian swab RT-PCR semasa ketibaan dan menjalani kuarantin wajib 10 hari. Ujian swab RTK-Ag / RT-PCR akan dilakukan pada hari ke-8 kuarantin. Pelepasan kuarantin adalah pada hari ke-10.

‼️ Walaupun tempoh kuarantin telah disingkatkan ke 10 hari, namun pengembara perlu meneruskan penilaian kendiri sehingga hari ke-14.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pengurusan pengembara yang masuk ke Malaysia dari Luar Negara bermula 14 Disember 2020.

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐦𝐚𝐥 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 :

Kuarantin wajib 7 hari
Ujian swab RTK-Ag / RT-PCR pada hari ke-5.
Pelepasan kuarantin pada hari ke-7.
Teruskan penilaian kendiri sehingga hari ke-14.

𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐮𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐦𝐚𝐥 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 :

Ujian swab RT-PCR semasa ketibaan
Kuarantin wajib 10 hari.
Ujian swab RTK-Ag / RT-PCR pada hari ke-8
Pelepasan kuarantin pada hari ke-10.
Teruskan penilaian kendiri sehingga hari ke-14.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kerajaan telah & sedang menjalankan rundingan & tindakan “preemptive” utk mendapatkan vaksin dari pelbagai pihak & cara. NPRA menyusuli & memberi keutamaan dlm menilai keberkesanan & keselamatan vaksin. Tempoh biasa diambil 90-120 hari tetapi sasaran KKM adalah kurang drp 90 hari.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes rabies baharu dalam kalangan manusia yang disahkan pada minggu epid ke-50, menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak meningkat kepada sembilan (9) orang pada tahun 2020.

Kes ini adalah seorang wanita berumur 53 tahun dari daerah Selangau, Sibu yang telah dimasukkan ke wad di Hospital Sibu pada 8 Disember 2020 dengan gejala sesak nafas dan batuk. Beliau juga mengadu sakit tekak, demam dan lemah badan selama tiga (3) hari sebelum dimasukkan ke wad. Beliau telah meninggal dunia pada 15 Disember 2020 dengan diagnosa rabies meningoencephalitis. Diagnosa disahkan dengan ujian makmal positif rabies oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 17 Disember 2020. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.

https://kpkesihatan.com/2020/12/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-disember-2020-situasi-terkini-rabies-di-sarawak/
Adakah Rakyat Malaysia Bersedia Menerima Vaksin COVID-19

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 10.05 pagi di TV1 bersama Dr. Diana Mahat dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Kes positif mengikut negeri (setakat 22/12/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 22/12/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 22nd December 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)