Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada Rakyat Malaysia khususnya penderma darah dan penganjur kempen!

Respon yang amat memberangsangkan.
Stok kumpulan darah A dan B telah meningkat. Teruskan pendermaan secara berkala setiap 3 bulan supaya stok darah kekal diparas selamat.

Segala penat jerih para penderma hanya terbalas dengan kepuasan membantu insan lain yang bergelut dengan nyawa.

Nasihat kami:
1. Pastikan anda sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan mengikut SOP yang ditetapkan.
2. Untuk yang telah menderma, jumpa lagi selepas 3 bulan.
3. Untuk yang belum derma, rancang dulu dalam 1-2 minggu ini. Datang secara berperingkat atau terus ke lokasi kempen derma darah yang berhampiran.

Sila layari http://pdn.gov.my/index.php?option=com_jevents&v untuk maklumat berkenaan lokasi kempen derma darah.

#malaysiaprihatin
#kitajagakita
#jomdermadarah
#datangdermadanteruspulang

Sumber: Pusat Darah Negara
Pendermaan secara berkumpulan di Pusat Pendermaan Darah Statik Pusat Darah Negara.

Sekiranya tuan/puan berminat untuk hadir menderma darah secara berkumpulan di
1. PDN, Jalan Tun Razak atau
2. Suite Derma Darah Puspanitapuri, Presint 10 Putrajaya.

Sila hubungi 03-26132777 atau emelkan butiran lanjut seperti nama organisasi / persatuan, tarikh dan jumlah kehadiran kepada [email protected]

Terima kasih.

#pendermakonsisten
#groupdonation
#malaysiaprihatin
PENGUMUMAN

Berikut merupakan waktu operasi Pusat Pendermaan Darah Statik di Pusat Darah Negara pada Khamis, 20/8/2020 sempena 1 Muharram 1442.

1) Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Waktu operasi: 8.00 pagi - 6.00petang

2) PDN Donation Suite, Midvalley
Waktu operasi: 10.00 pagi - 9.00 malam

3) Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10 Putrajaya.
Waktu operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang

Selamat menyambut Maal Hijrah bagi semua muslimin dan muslimat.
Tahun yang baru, permulaan yang baru, azam yang baru.
Mari kita sama-sama berhijrah untuk menjadi yang lebih baik tahun ini.
Semoga setiap amalan kita diterima-Nya.

#unitpemasaranpdn
#darahtakpernahcuti
#safebloodsaveslives
#pendermategar
#jomdermadarah
#malaysiaprihatin
SAMBUTAN KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN BAGI 2020

Aktiviti:
▪️PERUTUSAN YB MENTERI KESIHATAN DATO' SRI DR ADHAM BIN BABA
📆 : 22 Oktober 2020 (Khamis)
🕝 : 2.30 petang
💻 : Platfom atas talian (Facebook)
LinkKementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealthkm/

▪️DERMA ORGAN: MENANGANI CABARAN COVID-19
📆 : 23 Oktober 2020 (Jumaat)
🕒 : 3.00 petang – 4.00 petang
💻 : Platfom atas talian
LKhalifah Media Networkstworks
▪️SESI PERKONGSIAN DARI KELUARGA PESAKIT & PENERIMA
📆: 24 Oktober 2020 (Sabtu)
🕐 : 1.00 petang
💻 : Platfom atas talian (Facebook)Khalifah Media Networks.Networks

▪️DERMA ORGAN DARI KACAMATA 4 AGAMA
📆 : 25 Oktober 2020 (Ahad)
🕑 : 2.00 petang – 3.00 petang
💻 : Platfom atas talian (Facebook)

Sertai kuiz atas talian (ketika Facebook live) yang di adakan dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

**Admin dengar hadiahnya DRONE & wang tunai. Marilah #Sambutankesedaranpendermaanorgan
#Bersamapenuhiikrar #MalaysiaPrihatin
#Dermaorgan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3736525736371799&id=198935443464197
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perutusan YB Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Dr. Adham Baba

SAMBUTAN KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN 2020

Bersama Penuhi Ikrar-Malaysia Prihatin.

#BersamaPenuhiIkrar
#malaysiaprihatin🇲🇾
#dermaorgan