Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 455 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 13,717 kes (64.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 19 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 865 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 21,363 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,456 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Secara keseluruhan, sebanyak 154 kes (17.8 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Tembok dan termasuk empat (4) kes saringan tahanan Penjara Tapah. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat. Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakub telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai bermula 20 Oktober 2020 sehingga 2 November 2020.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 643 kes (74.3 peratus). Lebih banyak ujian makmal telah dapat dijalankan di Sabah dan yang dihantar ke Semenanjung Malaysia. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ingin dimaklumkan daripada 865 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tujuh (7) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan empat (4) bukan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 190 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/10/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-oktober-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Risiko Jangkitan COVID-19

Anda berisiko rendah apabila

Memakai pelitup muka
Mengamalkan penjarakan fizikal
Tidak bersalaman / bersentuhan

Anda berisiko sederhana apabila

⚠️ Memakai pelitup muka dengan cara yang salah
⚠️ Penjarakan fizikal kurang dari 1 meter
⚠️ Melagakan tangan / bahu

Anda berisiko tinggi apabila

‼️ Tidak memakai pelitup muka
‼️ Tiada penjarakan fizikal
‼️ Bersalaman / bersentuhan

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 19 Oktober 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Masih ramai yang tidak memakai pelitup muka dengan cara yang betul.

Fungsi pelitup muka adalah sebagai 'perisai diri' dan ia tidak berkesan jika pakai di dagu, letak di dahi, kepala atau gantung di telinga.

Melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19 adalah tanggungjawab sendiri. Lindungi diri untuk turut lindungi orang sekeliling daripada jangkitan COVID-19.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Anggaran minimum harga sekotak rokok 20 batang adalah RM 15.00.

Jika RM 15 sehari dibelanjakan untuk membeli rokok setiap hari, bayangkan...perbelanjaan seminggu boleh membayar bil telco untuk sebulan, perbelanjaan sebulan bersamaan dengan komitmen sebulan hutang kereta manakala perbelanjaan setahun pula bersamaan dengan harga pakej minima umrah.

Anda rasa anda sudah berjimat?

Dapatkan bantuan berhenti merokok di talian 03-88834400 atau daftar di http://jomquit.moh.gov.my

#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Adakah anda tahu anda boleh mengesan TANDA AWAL KANSER MULUT melalui pemeriksaan mulut sendiri?

[Minggu Kesedaran Kanser Mulut 7-13 November 2020]

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan agar kita sekali lagi dapat melandaikan lengkung kebolehjangkitan & mengawal situasi gelombang ketiga.

Bersama bendung penularan COVID-19

💪 Patuh
💪 Cegah
💪 Kawal

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Hari Polio Sedunia

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Diana Mahat, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/689811678584454/
Kes positif mengikut negeri (setakat 20/10/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 20/10/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 20th October 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
PECAHAN KES BAHARU (862)

SABAH-673
260 dari kluster-kluster sedia ada
243 saringan kontak rapat
2 kluster Kertang
168 lain-lain saringan COVID-19

SELANGOR-132
84 dari kluster-kluster sedia ada
34 saringan kontak rapat
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
12 lain-lain saringan COVID-19

KEDAH-17
15 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 kes SARI

PERAK-9
8 dari kluster-kluster sedia ada
1 lain-lain saringan COVID-19

P.PINANG-8
8 dari kluster-kluster sedia ada

LABUAN-6
2 dari kluster-kluster sedia ada
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan COVID-19

N.SEMBILAN-6
2 dari kluster-kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan COVID-19

KL-7
4 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan COVID-19
1 import tiba dari Mesir

Putrajaya-1
1 dari kluster sedia ada

JOHOR-1
1 dari kluster sedia ada

KELANTAN-1
1 dari saringan kontak rapat

SARAWAK-1
1 import tiba dari Indonesia
Dukacita dimaklumkan 3 kes kematian dilaporkan hari ini. Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah dan melibatkan warganegara.

Jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia; 193 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 634 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 14,351 kes (64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 20 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 862 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 22,225 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,681 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 673 kes (78.1 peratus). Lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di Sabah serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhan, sebanyak 235 kes (27.3 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

Berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan penduduk yang tinggi, Selangor terus mencatatkan pertambahan kes dan kluster baru setiap hari. Pada hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan daripada jumlah itu, 84 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada termasuk lapan (8) kes dari kluster-kluster yang berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.

Sehingga kini, terdapat 95 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 193 kes (0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/10/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-oktober-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/