Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
𝗞𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗯𝗮𝗿 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 - 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗮𝗶 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗞𝗲 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗶 𝗙𝗮𝗶𝘀𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝟭𝟲 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟬.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 23 Mac 2020 telah menubuhkan satu Akaun Amanah Pembelian Alat Kelengkapan, Keperluan Kelengkapan, Keperluan Perubatan, Kemudahan dan Perkhidmatan di Fasiliti Kesihatan KKM bagi membolehkan syarikat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai yang prihatian untuk menyalurkan sumbangan bagi kegunaan Barisan Hadapan semasa berlakunya wabak COVID-19.

Sehubungan dengan itu, sumbangan tunai di bawah Akaun Amanah ini boleh disalurkan melalui butiran seperti berikut:

Nombor Akaun: 2-66016-0002347-5
Bank: RHB Bank
Atas Nama: Sumbangan Perubatan KKM

Rujuk kenyataan penuh di bahagian lampiran atas 👆

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157440194126237/
Sekiranya anda perlu pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli barang keperluan, sila patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.

👉🏻 Pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka
👉🏻 Gunakan hand sanitizer selepas menyentuh tempat yang kerap disentuh seperti tempat pemegang eskalator
👉🏻 Jaga jarak fizikal anda (sekurang-kurangnya 1 meter)

Kawalan kendiri yang tinggi dapat menghentikan rantaian wabak COVID-19.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 16th October 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kes positif mengikut negeri (setakat 16/10/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 16/10/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
PECAHAN KES BAHARU (629)

SABAH-489
260 saringan kontak rapat
71 dari kluster-kluster sedia ada
158 dari lain-lain saringan

SELANGOR-50
25 saringan kontak rapat
8 kluster Merbok (baharu)
6 dari kluster-kluster sedia ada
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
5 dari lain-lain saringan

P.PINANG-33
32 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan tahanan lokap

LABUAN-19
9 Kluster Bah Bundle
6 saringan pulang pulang dari kawasan berisiko tinggi
3 saringan kontak rapat
1 saringan 𝘴𝘪𝘨𝘯 𝘰𝘧𝘧 kapal

KL-10
3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
4 dari lain-lain saringan
1 import WN pulang dari New Zealand
1 import WN pulang dari Singapura

PERAK-9
5 kluster Buntar (baharu)
4 kluster Lekir (baharu)

KEDAH-7
6 kluster Tembok
1 kes SARI

JOHOR-5
2 kluster Simera
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
1 saringan bergejala

MELAKA-3
2 kluster Utama
1 saringan kontak rapat

PUTRAJAYA-2
1 kluster Buntar (baharu)
1 kluster Selasih

N.Sembilan-1
1 saringan kontak rapat

PAHANG-1
1 𝘴𝘪𝘨𝘯 𝘰𝘯 kapal
Dukacita dimaklumkan terdapat 6 kes kematian dilaporkan hari ini. Daripada jumlah tersebut, terdapat 1 kes kematian BWN iaitu kes ke-176.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 176 kes.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 16 Oktober 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 245 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 12,259 kes (65.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 16 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 629 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,758 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 6,323 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 489 kes (77.7 peratus). Lebih banyak keputusan makmal telah diperolehi. Makmal di Sabah misalnya, telah menjalankan 3,296 ujian semalam dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membantu menghantar 5,340 sampel ke Semenanjung Malaysia untuk diproses segera. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 50 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lapan (8) kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dua (2) kes. Kesemua negeri-negeri ini adalah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Secara keseluruhan, sebanyak 38 kes (6 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara.

Ingin dimaklumkan daripada 629 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 176 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/10/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-oktober-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Ringkasan gejala kes jangkitan #COVID19.

Kriteria klinikal dan kriteria epidemiologi digunakan dalam membantu samada individu itu mendapat jangkitan #COVID19.

Individu yang menepati kriteria dinasihatkan membuat ujian saringan supaya rawatan awal dapat diberikan.

- KPK KKM -
Kenyataan Media Menteri Kesihatan - KKM Gerak Semua Kemudahan Dan Keupayaan Untuk Bendung COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah, sedang dan akan terus mengambil pelbagai tindakan bagi memastikan sistem kesihatan negara mampu mendepani cabaran, terutama wabak COVID-19. KKM telah juga menggerakkan semua kemudahan dan keupayaan kementerian untuk tujuan itu.

Rujuk lampiran di atas berikut bagi mendapatkan kenyataan media penuh.
Apa itu CT value dalam ujian RT PCR?

Cycle Threshold (CT) value ataupun “nilai kitaran ambang” adalah bilangan kitaran yg diperlukan untuk penumpuan fluorescent memberikan isyarat untuk melintasi paras Nilai ambang atau “threshold Level” dan dikesan sebagai positif. Biasanya dalam ujian RT PCR mempunyai kurang lebih 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.

Jika pengesanan CT value adalah rendah, maka kita dapat rumusan;
1. Kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi
2. Jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal
3. Pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan
4. Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain.
5 Salah satu kemungkinan kesan mutasi protein ‘ spike’ atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi.

Jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna;
1. Jangkitan berada di peringkat akhir
2. Kebolehjangkitan adalah di paras rendah
3. Pengesanan kes dan ujian RT PCR dijalankan di peringkat lewat
4. Ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringat pemulihan
5. Pengambilan sampel yang kurang sesuai atau tidak dihantar dalam suhu sesuai ke Makmal.
6. Pengesanan saki baki virus sahaja.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3752891034734757&id=578835322140360

- KPK KKM -
Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/2692005874372870/