Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes positif mengikut negeri (setakat 09/10/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 09/10/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 09th October 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
PECAHAN KES BAHARU (354)

SABAH-274
120 saringan kontak rapat
22 kluster Ramai-Ramai
13 kluster Benteng LD
5 kluster Tujuh Serangkai
4 kluster Laut
2 kluster Tanamera
1 kluster Bangau-Bangau
1 kluster Pulau
1 𝗸𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗔𝘁𝗮𝗽 (kluster baharu)
105 lain-lain saringan COVID-19

SELANGOR-24
17 saringan kontak rapat
3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Benteng PK
1 kluster Jalan Meru
2 lain-lain saringan COVID-19

KEDAH-10
7 kluster Tembok
3 kluster Bah Sintok

SARAWAK-10
7 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan COVID-19

KL-10
5 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Bah Puchong
1 saringan kontak rapat
1 saringan COVID-19 lain
1 import WN pulang dari India
1 import WN pulang dari Oman

P.PINANG-8
7 kluster Penjara Reman
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

JOHOR-5
4 saringan kontak rapat
1saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

TERENGGANU-5
3 𝗸𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗮𝗵 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁 (kluster baharu)
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat

N.SEMBILAN-4
1 kluster Bah Sintok
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
1 saringan COVID-19 lain

PUTRAJAYA-2
2 kluster Selasih

PERAK-1
1 𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗮𝗵 𝗟𝗮𝗱𝗮 (kluster baharu)

LABUAN-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Gelombang ketiga ini lebih mencabar kerana melibatkan virus mutasi D614G dalam kluster-kluster di Kedah dan Sabah yang cepat menjangkiti dan mudah merebak.

Namun, KKM lebih bersedia menghadapi gelombang kali ini dan telah membuat persiapan lengkap lebih awal.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 188 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,707 kes (72.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 9 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 354 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,722 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,863 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, negeri Sabah mencatat 274 kes (77.4 peratus). Ini susulan lebih banyak aktiviti saringan dijalankan di lapangan, terutama di tujuh (7) buah daerah PKPD. Negeri Kedah hanya mencatat 10 kes (2.82 peratus) susulan kejayaan kawalan bagi Kluster Tembok di penjara-penjara. Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 10.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 24 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 10 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 kes.
https://kpkesihatan.com/2020/10/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-oktober-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 9 Oktober 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
PENGUMUMAN TERGEMPAR!

Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak akan MELANJUTKAN WAKTU OPERASI pada

TARIKH : 10.10.2020 sehingga 11.10.2020
MASA : 8.00 pagi sehingga 8.00 malam
(*Pendermaan aferesis sehingga jam 4 petang sahaja)

JOM RAMAI - RAMAI HADIR MENDERMA DARAH.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan ketika menderma darah.

Anda boleh memeriksa lokasi pendermaan darah yang dianjurkan Pusat Darah Negara melalui pautan berikut:

http://pdn.gov.my/index.php?option=com_jevents&v

ATAU

Anda boleh terus ke Pusat Pendermaan Darah Statik seperti berikut:

1. Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall.
Waktu operasi:
Setiap Hari : 10.00 pagi - 9.00 malam

2. Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri, Presint 10 Putrajaya
Waktu operasi:
Setiap Hari : 10.00 pagi - 6.00 petang

Segala kerjasama dan pertolongan dari pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih!

SEBARKAN MAKLUMAT INI.

#jomdermadarah
#kitajagakita
#patuhiSOP
TRAGEDI OKTOBER.

Tahukah anda?

Sepanjang bulan Oktober ini, sebanyak 35 kempen derma darah bergerak Pusat Darah Negara dengan jumlah sasaran hampir 2500 pendermaan telah DITANGGUHKAN.

Bantu kami untuk bantu mereka yang memerlukan darah.

Marilah hadir menderma darah ke Pusat Pendermaan Darah Statik PDN dan Tabung Darah yang berhampiran bagi mengelakkan stok darah MENURUN ke paras kritikal.

KHUSUSNYA kepada penderma darah A & B , stok kumpulan darah anda telah MENURUN.

KAMI PERLUKAN DARAH ANDA!

Sebarkan maklumat ini kepada keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga anda. Jika anda tidak boleh menderma darah. Sekurang-kurangnya anda boleh membantu kami untuk mendapatkan penderma darah yang lain.

#jomdermadarah
#ikutiSOP
10 Oktober setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2020.

Let’s Talk Minda Sihat.

T - Tell someone you trust about your problems
A - Ask for help
L - Listen without judgement
K - Know where to seek help

Kesihatan mental milik semua, bersama cegah bunuh diri !

#letstalkmindasihat
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Mana-mana organisasi tidak dapat mengelak dari menganjurkan mesyuarat bagi memastikan sesuatu perancangan dan keputusan dapat dicapai.

Walau bagaimanapun jangan abaikan amalan norma baharu semasa di dalam bilik mesyuarat. Sentiasa amalkan penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka.

Jangan ambil mudah. Berubahlah..

Bersama hentikan wabak COVID-19.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#JanganLekaDanAlpa
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Salah seorang penduduk di kejiranan anda telah disahkan positif COVID-19 dan anda risau anda turut dijangkiti.

Dalam hal ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengenal pasti siapa kontak rapat kepada pesakit tersebut berdasarkan siasatan lapangan dan penilaian risiko yang dijalankan.

Kontak rapat merupakan individu yang berhubung secara langsung dengan dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan sama ada individu yang bersemuka secara langsung dengan pesakit COVID-19 pada jarak yang kurang daripada 1 meter atau individu yang mempunyai kontak fizikal dengan kes COVID-19.

Individu yang turut dikira sebagai kontak rapat termasuk

👉 Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes positif COVID-19 TANPA memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
👉 Individu yang tinggal serumah dengan kes positif COVID-19
👉 Individu yang duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 misalnya di pejabat atau di dalam kelas
👉 Individu mengembara bersama dan duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes positif COVID-19 sepanjang tempoh perjalanan

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengesan dan menghubungi kontak rapat untuk pengambilan ujian saringan COVID-19.

Home Surveillance Order (HSO) akan diberikan kepada

👨🏻👩🏻 Individu yang mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Patient Under Investigation (PUI)

atau

👨🏻👩🏻 Individu yang tidak mempunyai gejala, namun mempunyai sejarah perkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti COVID-19 iaitu Person Under Surveillance (PUS)

Individu yang pernah berhubung dengan kes positif namun tidak dikenal pasti sebagai kontak rapat tidak akan diberikan HSO atau pemakaian gelang.

Walau bagaimanapun individu ini dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri (self quarantine) dan memantau status kesihatan masing-masing sepanjang tempoh 14 hari serta mengamalkan nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)