Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 04 Oktober 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Psikiatri : Kemurungan.

Dengarkan di Selangor fm 100.9 dalam segmen Perspektif Kesihatan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor pada pukul 3.15 petang, bersama Dr. Salina Akhtar Md Yusof, Pakar Psikiatrik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa pada 5 Oktober 2020, seorang individu yang telah menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Oktober 2020 telah disahkan postif jangkitan C)VID-19. Pada ketika itu, memang beliau tidak mengalami sebarang gejala jangkitan COVID-19. Oleh yang demikian, kini beliau telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada bagi kes disahkan positif COVID-19.

Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan COVID-19. Kontak rapat yang telah dikenal pasti telah diberikan Surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak).

Sehubungan itu semua yang hadir ke mesyuarat tersebut telah menjalani saringan kesihatan hari ini serta sampel telah diambil untuk ujian pengesanan jangkitan COVID-19. Mereka yang dikenalpasti kontak rapat semasa mesyuarat telah diberikan HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan. Manakala ahli mesyuarat yang lain pula yang bukan merupakan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. Mereka telah dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut.

https://kpkesihatan.com/2020/10/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-oktober-2020-pelaporan-khusus-satu-kes-covid-19/amp/
Kes positif mengikut negeri (setakat 05/10/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 05/10/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 05th October 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 5 Oktober 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 57 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,340 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 5 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 432 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,813 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,336 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 432 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara.

https://kpkesihatan.com/2020/10/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-oktober-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
PECAHAN KES BAHARU (432)

SARAWAK-1
1 import WN pulang dari Kuwait

SABAH-130
57 saringan bergejala (3 BWN)
39 kluster Bangau-Bangau (1 BWN)
16 saringan kontak rapat (5 BWN)
6 saringan petugas kesihatan (1 BWN)
3 kluster Benteng LD
3 saringan tempat kerja
2 kes SARI
2 saringan komuniti
1 kes ILI
1 pra pembedahan

KEDAH-241
224 kluster Tembok (9 BWN)
11 kluster Bah Sintok (kluster baharu)
3 kluster Jeram (kluster baharu)
1 kluster Bah Ketil
1 kluster Sungai
1 saringan bergejala

SELANGOR-34
17 saringan pulang dari kawasan berisikot tinggi
9 kluster Jalan Meru
3 Kluster Seri Anggerik
1 kluster Benteng PK
1 kes SARI
1 kes bergejala
1 saringan kontak rapat
1 BWN kes saringan sign off kapal

TERENGGANU-5
3 kluster Bah Tanjung (kluster baharu)
2 saringan kontak rapat

KL-7
2 kluster Seri Setia
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Jalan Meru
1 import WN pulang dari India
1 import BWN tiba dari Myanmar

LABUAN-4
4 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

JOHOR-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kes SARI

PERAK-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

PUTRAJAYA-2
2 kluster Selasih

N.SEMBILAN-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

PAHANG-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

MELAKA-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

KELANTAN-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian di Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Emelkan resume anda ke [email protected] selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2020 (Isnin) jam 5.00 petang.
Dalam menghadapi pandemik COVID-19, kita semua perlu mengamalkan budaya norma baharu.
Apa yang kita boleh lakukan untuk keluarga kita untuk kekal bebas COVID-19?

Ayuh baca dan praktikkan langkah-langkah berikut.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Cara pakai pelitup muka perubatan yang betul.

1️⃣ Berwarna di bahagian luar
2️⃣ Putih di bahagian dalam
3️⃣ Kepingan logam di bahagian atas hidung
4️⃣ Bentukkan kepingan logam mengikut bentuk hidung

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jika anda

Dari zon merah
Kontak rapat kepada kes positif COVID-19

Anda mungkin membawa balik virus COVID-19 tanpa disedari dan mungkin menjangkiti orang lain.

𝐊𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐢.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaMesiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Elak Bersalaman atau bersentuhan bagi mencegah penularan COVID-19.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Perutusan Khas Situasi Covid-19.
𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃𝟏𝟗 - 𝐊𝐏 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐘𝐀
Menjalani kuarantin di rumah jelas tidak menghalang Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan perkembangan semasa situasi COVID-19 kepada rakyat Malaysia dengan beliau dijadualkan memanfaatkan laman sosial untuk berbuat demikian hari ini.
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan (KKM), “Jeneral Perang” mereka dijangka mengadakan sidang media secara langsung melalui laman rasmi Facebook KKM dari kediamannya tanpa kehadiran petugas media pada 5.30 petang ini.
Dr Noor Hisham akan mengadakan sidang media secara maya setiap hari dan tetap akan menjawab soalan daripada media.
Dr Noor Hisham kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya berikutan beliau turut menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lepas yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19.
Susulan pengesahan itu, Dr Noor Hisham membatalkan sidang media yang dijadualkan semalam.
Sejak COVID-19 melanda negara akhir Disember lalu, Dr Noor Hisham dan pasukannya mengadakan sidang media secara rutin bagi memaklumkan mengenai situasi semasa pandemik COVID-19 di KKM, Putrajaya.

Sidang media hari ini boleh diikuti di https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia.