Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pilihan Raya di Sabah dijadualkan berlangsung pada 26 September 2020.

Orang ramai yang hadir ke kempen sempena pilihan raya yang akan diadakan ini dinasihatkan untuk 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝟑𝐖 iaitu

Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash)
Memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear)
(Warn) iaitu amaran berkonsep peringatan seperti elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam

dan

𝐄𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝟑𝐒 iaitu

Elakkan kawasan yang sesak (Crowded place)
Elakkan kawasan yang sempit (Confined space)
Elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Bersama kita menghentikan jangkitan COVID-19.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#JanganLekaDanAlpa
#sihatmilikku
#walkthetalk
Pilihan Raya di Sabah akan berlangsung pada 26 September 2020.

Orang ramai yang hadir untuk mengundi diminta untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sebelum keluar mengundi, pakai pelitup muka dan bawa hand sanitizer.

Semasa di tempat mengundi, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter, jangan sembang dekat dan kekal memakai pelitup muka dan guna hand sanitizer sebelum dan selepas memegang peralatan mengundi.

Selepas mengundi, segera pulang ke rumah dan jangan berhimpun di luar pusat mengundi atau mana-mana kawasan berkaitan.

Jangan jadikan diri anda sebagai penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#JanganLekaDanAlpa
#sihatmilikku
#walkthetalk