Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Salam Ramadan.

Jadikan Ramadan sebagai permulaan BERHENTI MEROKOK.

Sesungguhnya perjuangan berhenti merokok bukanlah mudah.

Dapatkan bantuan berhenti merokok di talian Quitline 03-88834400 atau layari jomquit.moh.gov.my

#speakout
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 6 Mei 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/269070334135255/
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 7th May 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 74 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,776 kes (73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ini bermakna, jumlah kes yang didiscaj pada hari ini adalah hampir dua kali ganda kes baharu disahkan COVID-19.

Sehingga 7 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 39 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,584 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

https://kpkesihatan.com/2020/05/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
BICARA DR bersama tetamu DR Siti Sara Yaacob , Pakar Perubatan Kesihatan Awam , Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Selangor mengupas isu "PKPB: Kawalan Golongan Berisiko Tinggi'

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2635669013364861&id=415121165218337

#RTM
#BeritaRTM
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 7 Mei 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 8th May 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,864 kes (74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 8 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 68 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 57 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,535 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,564 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 68 kes baharu yang dilaporkan hari ini, empat (4) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 64 kes, di mana sebanyak tiga (3) kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 18 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 107 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/05/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penularan wabak COVID-19 telah mengubah amalan kehidupan kita daripada norma lama ke norma baharu.

Norma baharu perlu dimulakan sebagai satu kemestian dalam hidup.

Antara amalan norma baharu :

Memakai penutup mulut dan hidung semasa di tempat awam
Sentiasa membawa hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu
Amalkan 3W dan elakkan 3C
Meletakkan tangan di dada sebagai tanda bersalaman
Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
Mengamalkan penjarakan sosial
Membuat pembayaran secara dalam talian atau pay wave
Tidak menghadiri majlis sosial atau melancong ke luar negara

Sentiasa patuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa. Kita mampu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 8 Mei 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk