Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/512277083011882/
TERKINI #COVID19Malaysia, 10 April 2020.
Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 118 kes
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,830 kes bersamaan dengan 42.11% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua!

#StayatHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 10 April 2020.
Keseluruhan kes positif 4,346 dengan 42.11.% telah sembuh bersamaan 1,830 pesakit dan 1.61% atau 70 kematian.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 10 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 118 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,346 orang.
Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 222 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,830.

Pesakit di ICU adalah sebanyak 69 orang dan 40 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 3 orang.
Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini adalah 70 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 10 April 2020 adalah seramai 3 orang.
Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 70 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 10th April 2020, 12 pm

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Rumusan kes kluster #COVID19: Kluster perhimpunan di Masjid Seri Petaling sehingga 12pm, 10 April 2020.
Tindakan menamatkan PKP terlalu awal boleh mengakibatkan penularan semula #COVID19 di sesebuah negara.

Dikhuatiri, kes penularan #COVID19 mungkin rancak kembali berlaku dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai akan terus dijangkiti, warga emas dan golongan berisiko tinggi akan terkesan dan kapasiti sistem kesihatan akan semakin tipis untuk melawan gelombang yang mungkin lebih besar daripada apa yang yang dilihat kini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#COVID19Malaysia
Warga emas berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan komplikasi yang lebih serius.

Anak atau penjaga yang tinggal berjauhan, pastikan keperluan ibu bapa mencukupi dan jika sakit, segera bawa mereka ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Anak atau penjaga yang tinggal bersama warga emas, pastikan keperluan mereka mencukupi dan amalkan langkah pencegahan seperti kerap cuci tangan dengan air dan sabun dan pastikan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 222 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,830 kes (42.11 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 10 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 118 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,346 kes. Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga kini, seramai 69 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 70 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/04/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 10 April 2020

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/221446005793265/
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 11 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 184 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,530 kes.
Jumlah pesakit discaj adalah seramai 165 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,995 kes.

Pesakit di ICU adalah seramai 72 orang dan 38 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 3 orang.
Keseluruhan kes kematian di negara kita sebanyak 73 kes.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang