Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr
Noorhisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/871442399935732/
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 122 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 767 kes (24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 2 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 208 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes.

Sehingga kini, seramai 105 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan lima (5) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/04/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 02 April 2020.

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 122 kes
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 767 kes

Terima kasih kepada semua!

#KitaMestiMenang
#stayathome
Kes Kematian Baharu #COVID19 di Malaysia setakat 5 Petang, 02 April 2020 adalah seramai 5 orang.

Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 50 orang.
Status COVID-19 di Malaysia sehingga jam 5 petang pada 2 April 2020.
Keseluruhan kes positif 3,116 dengan 24.61% telah sembuh bersamaan 767 pesakit dan 1.6% atau 50 kematian.
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 2nd April 2020, 12 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Senarai terkini makmal yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan ujian COVID19 di seluruh negara.

Setakat ini, terdapat 42 buah makmal yang akan menjalankan ujian COVID19. Ini termasuklah makmal swasta, universiti dan juga Angkatan Tentera Malaysia.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mungkin ramai yang kerap melayari Internet. Mungkin anda menjumpai iklan ubat kuat, ubat kurus, ubat penyakit kronik termasuklah juga yang membuat tuntutan perubatan untuk rawatan Covid-19.

KKM terus berusaha untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengekang pengiklanan dan penjualan ubat dalam talian. Dari Januari 2020 sehingga kini, sebanyak 268 website, blog dan media sosial telah disekat dan sejumlah 1,474 bilangan iklan telah diturunkan oleh pengendali platform e-dagang oleh kerana pelbagai kesalahan yang melanggar undang-undang.

Mainkan peranan anda untuk menyemak dahulu:

1) No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram
2) No. kelulusan iklan KKLIU sebelum membuat sebarang pembelian.

Bagi mengetahui status pendaftaran ubat ;
Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau App Store.

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

#biarbetuliklanni!
#stayathome
#covid19
Sistem Online Appointment bakal dilaksanakan secara berfasa bermula dengan 4 buah klinik kesihatan iaitu KK Presint 9, 11, 14 dan 18 di Wilayah Persekutuan Putrajaya bersama DoctorOnCall. Perkhidmatan ini akan diperluaskan ke Klinik Kesihatan yang terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dengan kolaborasi Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan DoctorOnCall.
https://www.instagram.com/p/B-eCEOzFzFJ/?utm_source=ig_web_copy_link

Comelnya Lara Alana..

Scha Alyahya : "Terima kasih kepada frontliners kita semua atas usaha mereka di saat getir ini. Lets do our part by staying home ❤️ Lets fight this together."

Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Boleh juga follow kami di
👉 Instagram (www.instagram.com/myhealthkkm)
👉 Twitter (www.twitter.com/myheathkkm)
👉 Likes FB MyHEALTH (www.facebook.com/myhealthkkm)
👉 Youtube (www.youtube.com/myhealthkkm)

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Menangani COVID-19.

📌 Menambah sumber tenaga
📌 Menambah peralatan seperti ventilator, kit ujian dan PPE
📌 Meningkatkan kapasiti perkhidmatan
📌 Melaksanakan program penurangan risiko
📌 Saringan berskala besar
📌 Kolaborasi bersama pelbagai agensi

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
PKP buat anda stres? Apa perlu buat?

Ini antara aktiviti yang boleh anda lakukan.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
=========================
EDISI #WorkoutFromHome : Chair Workout
=========================

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3645148422226814&id=117031961705162

Jom kita try set senaman dengan menggunakan KERUSI. Ada 8 jenis pergerakan, setiap pergerakan buat 8 kali dengan 3 set ulangan.

Jangan lupa untuk lakukan pemanasan badan (warming up) terlebih dahulu dan penyejukan badan (cooling down) selepas selesai workout.

Ok pastikan anda sentiasa bergerak cergas dan kekal aktif sepanjang tempoh PKP ini ya.

#DudukDiRumah
#WalkTheTalk
#SihatMilikKu
#UPKPerlis
#KitaMestiMenang
#FightCovid19
Ramai yang tanya berkenaan rapid test kit dalam pengesahan COVID-19. Ini jawapannya.

Rapid Test Kit Antibodi TIDAK BOLEH digunakan untuk pengesahan COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
https://www.instagram.com/p/B-b0RXzDZQk/?utm_source=ig_web_copy_link

Khai Bahar Official : "Thank you kepada semua FRONTLINER yang bertugas demi Malaysia, termasuklah pihak polis, tentera, doktor, jururawat, pembantu perubatan, posman, penghantar barangan & makanan dan semua yang masih bekerja untuk KITA dalam Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni. Saya mohon dan seru semua masyarakat Malaysia untuk just #StayAtHome, supaya kita berjaya memutuskan rantai penularan COVID19 di Malaysia dengan jaya. Kita pasti sepakat dan KITA MESTI MENANG !"
#kitamestimenang #khaibahar

Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Boleh juga follow kami di
👉 Instagram (www.instagram.com/myhealthkkm)
👉 Twitter (www.twitter.com/myheathkkm)
👉 Likes FB MyHEALTH (www.facebook.com/myhealthkkm)
👉 Subscribe Youtube (www.youtube.com/myhealthkkm)

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Terima Kasih Rakyat Malaysia kerana mempercayai Kementerian Kesihatan dalam mencegah COVID-19.

Anda rakyat Malaysia juga barisan hadapan. Duduk rumah.

Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19. Kita mesti menang!

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#kitamestimenang
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 2 April 2020

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk