Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Untuk mendapatkan rujukan & makluman mengenai FAQ berkaitan ‘Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19’ daripada Kementerian/Jabatan/Agensi, sila layari Portal Jabatan Perdana Menteri di pautan http://www.jpm.gov.my/ms/content/web-banner-covid-19.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri
Sekiranya terdapat sebarang soalan berbangkit berkaitan pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sila hubungi hotline Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) seperti di atas 👆
#COVID-19 : Sehingga 12 tengah malam 19 Mac 2020, 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir majlis perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling telah diperiksa, 4,986 sampel diambil dan 513 positif. Seorang jemaah tabligh berunur 34 tahun telah meninggal dunia kelmarin. KKM menyeru ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk diperiksa untuk tampil untuk diperiksa oleh KKM.

- KPK, KKM -
Kematian di Indonesia catat 19 kematian pada 19 Mac 2020 berbanding 5 sebelumnya. Kadar kematian di negara tersebut ialah 8.37%

Kematian di Itali catat 2978 berbanding 2503 (naik 475 dalam tempoh 24 jam)

Bangladesh dan Burkina Faso catat kematian pertama

Terdapat 3 pertambahan negara baru menjadikan 165 negara keseluruhan yang terlibat dengan jangkitan COVID19.

Malaysia kekal dengan 790 kes positif dan mencatatkan 2 kematian.
Pengumuman Khas Perintah Larangan Pergerakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia sekarang di semua saluran RTM.

https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/216192649743138/UzpfSTE3MDUwMTU1OTY2ODA1MDozMTUwNTczMDY4MzI3NTM2/
Setiap hari, Selangor FM akan menghubungi Dr. Muhammad Haikal Ghazali, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mengetahui Status Terkini COVID-19.

Dengarkan setiap hari pada pukul 2.30 petang di Selangor FM (100.9 Mhz)

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Panduan Menderma Darah Semasa Pandemik Covid -19.

Stok Pusat Darah Negara kini berada di paras yang rendah dan semakin menurun.
Pihak Pusat Darah Negara ingin memohon jasa baik anda untuk tampil menderma darah dengan kadar SEGERA.
Pendermaan boleh dilakukan di pusat pendermaan statik

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
2. Mid Valley Donation Suite
3. Suite Derma Darah PuspanitaPuri, Presint 10 Putrajaya
4. Tabung- tabung Darah di setiap Negeri.

Terima kasih.

#jomdermadarah
#darahtakpernahcuti
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hindari Covid-19 dan duduk rumah ya, semua. Jangan pergi jalan-jalan, biarkan Covid-19 forever alone!

Sumber: FB Papa Pipi Zola
Bantu kami. Just stay at home.

Anda mampu mencegah penularan wabak COVID-19!

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggesa rakyat tidak mengambil sikap mudah dan sambil lewa terhadap Perintah Kawalan Pergerakan.

#agongkita
YB Dato' Seri Dr Adham Bin Baba, Menteri Kesihatan akan muncul dalam Bicara Naratif di saluran Berita RTM / MyFreeview di saluran 123. Beliau akan membicarakan mengenai Covid-19 pada Khamis, 19 Mac 2020 pada jam 9.00 malam.
Wabak COVID-19 : Apakah Risiko Yang Mungkin Dihadapi Semasa Rawatan Pergigian?

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Pada hari ini, 15 kes positif telahpun sembuh dan dibenarkan discaj. Dengan ini, jumlah yang telah sembuh dan discaj adalah sebanyak 75 kes.

Dalam perkembangan lain, 110 kes baru dilaporkan, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 900 kes.

Daripada 110 kes terbaru ini, 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Selangor catat kes positif tertinggi sebanyak 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123), Sabah (112) dan Johor (101).

Rujuk lampiran bagi mendapatkan artikel penuh.