Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

🔎 Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
📌 Apakah itu mpox? Clade 1 dan Clade 2?
📌 Bagaimanakah penyakit mpox ini merebak?
📌 Apakah gejala mpox?
📌 Bagaimanakah ujian saringan dilakukan untuk mengesan mpox?

Anda tanya, pakar jawab. Dengarkan ulasan lanjut oleh Dr. Khairil Erwan Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#PerspektifPakar
#AndaTanyaPakarJawab
Pastikan anda memilih bahan mentah yang bersih dan selamat untuk proses penyediaan makanan kepada orang ramai.

Berikut adalah ciri-ciri pemilihan dan penyediaan tempat makan yang bersih dan selamat semasa kenduri.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Kesibukan sehari-hari sering membuat kita lupa akan pentingnya relaksasi. Luangkan waktu untuk meregangkan otot, agar tubuh dan fikiran kembali segar.

Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental - Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

"KESIHATAN MENTAL UNTUK SEMUA"
"HENTIKAN STIGMA"

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#TalianHeal15555
#LetsTalkMindaSihat
Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain 🦠

Ketika ini, amalan membasuh tangan sangat penting untuk mengekang penularan bakteria berbahaya.

Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan cara basuh tangan yang sempurna agar tangan sentiasa kekal bersih dan terhindar daripada kuman dan kotoran.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Tahukah anda

Pemeriksaan mata 👁👁 perlu dilakukan secara berkala bagi mengekalkan penglihatan yang baik. Anda boleh membuat pemeriksaan mata di fasiliti kerajaan atau swasta.

Sayangilah mata anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Oktober 2024.

Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

Peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan TERMASUK rokok elektronik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik. Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai “psoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.

Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada hari ini.

Bagi memantapkan dan mengukuhkan ANMS terutama berkaitan pembudayaan hidup sihat dan kebersihan persekitaran dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, KKM telah memperkenalkan PSS dengan menetapkan visi berikut iaitu penjawat awam kekal sihat sejahtera dan produktif dengan misi untuk menurunkan prevalen faktor risiko kesihatan dalam kalangan penjawat awam. PSS menyenaraikan beberapa objektif untuk dicapai.

Inisiatif PSS dilaksanakan bermula tahun 2024 sehingga 2030 dimulai dengan fasa rintis pada 2024 sehingga 2025. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah merekodkan sejumlah 67,855 penjawat awam yang berkhidmat di Putrajaya melibatkan 26 agensi kerajaan di Putrajaya. Penjawat awam merupakan sumber dan aset penting kerajaan dalam penyediaan dasar, polisi serta pembangunan perancangan strategik untuk menggerakkan perkhidmatan kepada rakyat.

Taraf kesihatan penjawat awam amat penting dalam usaha ke arah merealisasikan Visi “Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia”. Bagi menjayakan usaha tersebut, penjawat awam di pelbagai peringkat wajib memelihara kesihatan fizikal, mental, sosial dan rohani dengan baik, agar dapat memberi khidmat bakti yang lebih cekap serta persekitaran produktif demi pembangunan Negara.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

https://www.facebook.com/share/p/eFbcecswcoCGaUsS/?mibextid=WC7FNe
👵👴 Pelbagai faktor yang mempengaruhi pilihan kehidupan di usia emas dalam menentukan kesejahteraan hidup mereka.

❤️ Berikan sokongan dan dukungan kepada ibu bapa anda agar usia tua mereka dipenuhi dengan kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bahagi daripada insan yang tersayang.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
👴🏻👴🏼Malaysia bakal mengalami peningkatan populasi warga emas disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan kualiti kemudahan penjagaan kesihatan.

‼️Proses penuaan menyebabkan fungsi tubuh seseorang berubah. Fungsi organ warga emas lazimnya merosot berbanding individu yang lebih muda.

💥Orang awam termasuk warga emas hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar kesihatan sentiasa berada paras optimum sehingga ke akhir hayat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] mula berkuat kuasa pada hari ini, 1 Oktober 2024 🚭

Akta 852 ini memberi tumpuan kepada perlindungan kepada golongan orang belum dewasa (OBD) daripada bahaya penggunaan produk merokok terutama rokok elektronik/ vape.

Justeru itu, KKM menyeru agar semua kementerian dan agensi berkaitan, badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga dan pengguna serta seluruh lapisan masyarakat Madani dapat memberikan sokongan dan kerjasama dalam menguatkuasakan Akta 852 ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 ini orang ramai boleh menghubungi talian 03-8892 4552 atau menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke talian 010-860 8949 dari hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bermula 30 September 2024.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Anak-anak ketagih dengan Gajet? Ketagihan gajet boleh terjadi seawal usia 3 tahun.

Elakkan membeli atau memberi gajet kepada anak kecil anda.

Dikongsikan tanda amaran dan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ketagihan gajet pada anak-anak.

Ayuh
Jadi ibu bapa bertanggungjawab dengan memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup dan tabiat yang sihat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Penyakit buah pinggang merupakan penyakit senyap yang berbahaya dan biasanya tidak disedari hingga menjadi semakin teruk. Amalan pemakanan sihat dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan buah pinggang.

Selain itu, dapatkan bacaan berat badan yang normal dan pantau status kesihatan anda secara berkala seperti tekanan darah, bacaan gula dan kolesterol dalam darah.

Jadikan amalan pemakanan sihat sebagai satu gaya hidup yang berterusan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2024 🚭

Bermula 1 Oktober 2024, semua produk merokok perlu didaftarkan kepada KKM bagi mendapatkan kelulusan sebelum boleh diedarkan di pasaran.

KKM menyeru agar semua kementerian dan agensi berkaitan, badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga dan pengguna serta seluruh lapisan masyarakat Madani dapat memberikan sokongan dan kerjasama dalam menguatkuasakan Akta 852 ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 ini orang ramai boleh menghubungi talian 03-8892 4552 atau menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke talian 010-860 8949 dari hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bermula 30 September 2024.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting yang bertanggungjawab untuk memecahkan makanan menjadi komponen untuk kegunaan badan.

Bagi individu bergelar warga emas 👴🏼👵🏼, risiko untuk berdepan kemerosotan dalam fungsi sistem tersebut akan meningkat.

Ia sudah tentu mempunyai kesan daripada diet pemakanan 🍜🍛, amalan gaya hidup 🚶🏼‍♀️🧘🏼‍♀️, penyakit serta ubatan yang diambil.

💡Dikongsikan tip pencegahan sembelit dalam kalangan warga emas.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kanak-kanak yang obes cenderung untuk membesar menjadi dewasa yang obes.

Obesiti boleh menyumbang kepada kematian pramatang (premature death) semasa dewasa disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan obesiti seperti diabetes, hipertensi, hiperkolesterolemia dan penyakit kardiovaskular.

Obesiti kanak-kanak ini boleh diatasi bermula dari keluarga di rumah. Wujudkan persekitaran yang sihat dan berikan pemakanan yang terbaik untuk anak-anak bagi mengelakkan faktor obesogenik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
🤰🏻Seorang ibu hamil memerlukan pemeriksaan, pengawasan dan pengendalian yang teratur dan berterusan sebaik sahaja mendapati dirinya hamil.

Hal ini untuk membolehkan pengesanan awal seterusnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti.

Kandungan maklumat pada Buku Rekod Kehamilan amat penting terutamanya bagi kes rujukan yang memerlukan perhatian terperinci, terutamanya ketika kecemasan.

Buku ini perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi apabila memerlukan pemeriksaan dan rawatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kanser payudara merupakan kanser utama bagi wanita Malaysia.

Sekiranya anda mengesan sebarang perubahan pada payudara anda, seperti ketulan, benjolan atau perubahan kulit segeralah dapatkan pemeriksaan.

9️⃣ dari 🔟 wanita dapat diselamatkan sekiranya mengesan kanser pada peringkat awal.

Berikut adalah cara untuk mencegah risiko kanser payudara.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Menghisap ibu jari adalah tabiat yang biasa di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak akan menghentikan tabiat ini apabila mencapai umur 2 hingga 4 tahun.

Menghisap ibu jari akan menjadi satu masalah jika tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh.

Berikut adalah kesan tabiat menghisap jari.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani