Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Peka terhadap gejala mpox adalah langkah awal untuk mencegah penularan penyakit ini. Apabila anda tahu gejala mpox; maka anda lebih bersedia untuk melindungi diri dan keluarga.

Lindungi Diri Cegah Mpox.
Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mpox boleh merebak melalui beberapa cara termasuk sentuhan kulit, titisan pernafasan dan objek yang tercemar.

Fahami risiko ini dan ambil langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan diri dan mengelakkan kontak rapat dengan individu yang bergejala.

Lindungi Diri Cegah mpox.
Kesihatan kita tanggungjawab kita.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah penyakit Mpox?

Mpox merupakan jangkitan yang disebabkan oleh virus monkeypox. Ia merupakan jangkitan zoonotik iaitu jangkitan daripada haiwan kepada manusia tetapi buat masa ini, jangkitan mpox berlaku daripada manusia kepada manusia.

Pada 14 Ogos 2024, WHO telah mengisytiharkan semula mpox sebagai public health emergency of international concern kerana kes clade 1b yang sedang berleluasa lebih merebak.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apakah gejala penyakit mpox?

Seseorang yang dijangkiti mpox selalunya akan demam, rasa lemah tubuh badan, sakit kepala dan bengkak kelenjar limfa, tetapi selalunya individu yang dijangkiti akan pergi ke fasiliti kesihatan apabila terdapat ruam berisi cecair atau tanda lepuh di kulit.

Gejala boleh mula muncul dalam tempoh 7-10 hari selepas terdedah kepada virus monkeypox namun boleh membawa ke tempoh 21 hari untuk menunjukkan tanda-tanda dan gejala jangkitan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bagaimana Jangkitan Mpox berlaku ?

Penularan jangkitan mpox melalui tiga cara iaitu melalui sentuhan langsung kepada kulit penghidap mpox, persekitaran dan melalui titisan pernafasan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama