Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
‼️ Diabetes boleh dicegah dan dikawal ‼️

Kurangkan risiko diabetes dengan mengamalkan gaya hidup sihat, tingkatkan aktiviti fizikal, kurangkan pengambilan gula dalam makanan & minuman, tingkatkan pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran serta hindari rokok dan alkohol.

'𝐆𝐮𝐥𝐚: 𝟏𝐒𝐮𝐝𝐮 𝐓𝐞𝐡 𝐃𝐚𝐡 𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩, 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐢𝐤,𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤'

JOM AMALKAN 𝙏𝙐𝙅𝙐𝙃 (7) 𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙈𝙐𝘿𝘼𝙃 SEPERTI YANG DIKONGSIKAN.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan.

Jom! Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

🔎 Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
📌 Apakah itu mpox? Clade 1 dan Clade 2?
📌 Bagaimanakah penyakit mpox ini merebak?
📌 Apakah gejala mpox?
📌 Bagaimanakah ujian saringan dilakukan untuk mengesan mpox?

Anda tanya, pakar jawab. Dengarkan ulasan lanjut oleh Dr. Khairil Erwan Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#PerspektifPakar
#AndaTanyaPakarJawab
Pastikan anda memilih bahan mentah yang bersih dan selamat untuk proses penyediaan makanan kepada orang ramai.

Berikut adalah ciri-ciri pemilihan dan penyediaan tempat makan yang bersih dan selamat semasa kenduri.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Kesibukan sehari-hari sering membuat kita lupa akan pentingnya relaksasi. Luangkan waktu untuk meregangkan otot, agar tubuh dan fikiran kembali segar.

Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental - Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

"KESIHATAN MENTAL UNTUK SEMUA"
"HENTIKAN STIGMA"

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#TalianHeal15555
#LetsTalkMindaSihat
Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain 🦠

Ketika ini, amalan membasuh tangan sangat penting untuk mengekang penularan bakteria berbahaya.

Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan cara basuh tangan yang sempurna agar tangan sentiasa kekal bersih dan terhindar daripada kuman dan kotoran.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Tahukah anda

Pemeriksaan mata 👁👁 perlu dilakukan secara berkala bagi mengekalkan penglihatan yang baik. Anda boleh membuat pemeriksaan mata di fasiliti kerajaan atau swasta.

Sayangilah mata anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Oktober 2024.

Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

Peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan TERMASUK rokok elektronik.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI