Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sehingga jam 7.00 petang pada 14 Mac 2020, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling telah berjaya dikenalpasti. Daripada jumlah ini 3,069 telah datang ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan. Seramai 137 orang telah dirujuk ke hospital. Hanya 1,634 mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan telah diambil sampel. Manakala 2,932 peserta telah diarahkan bagi menjalani home surveillance di rumah masing-masing untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling. Penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan masih diteruskan.
Merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 14 Mac 2020 jam 5.00 petang, sebanyak 41 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini, tiga (3) kes pula adalah kontak rapat kepada kluster kes ke-33 yang dilaporkan sebelum ini dan satu (1) kes mempunyai sejarah perjalanan ke Iran. Selain itu, 37 kes pula adalah kes baharu disahkan positif COVID-19 yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan tersebut.
Dengan pertambahan 37 kes baharu ini, jumlah kumulatif kes yang disahkan dijangkiti COVID-19 yang berkaitan dengan perhimpunan itu adalah 77 kes. Kes positif banyak dikesan di Sabah 26 kes; Negeri Sembilan 11 kes; Sarawak 6 kes; masing-masing 5 kes di Johor, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang;  Kelantan 3 kes; masing-masing 2 kes di Perak, WP Labuan, Pahang, Kedah dan WP KL & Putrajaya; dan satu kes di Perlis. 
Kesemua 77 kes ini masih dirawat di hospital. Satu kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan stabil.

https://kpkesihatan.com/2020/03/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-mac-2020-1930pm-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-berkaitan-perhimpunan-tabligh-di-malaysia/
Ringkasan kes positif COVIDー19 di Malaysia 14 Mac 2020.

1. 41 kes baru iaitu:-

a) 37 berkait kes kluster Sri Petaling,
b) 3 kes kontak rapat kpd kes kluster kes-33
c) 1 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Iran.

2. Semua 238 kes termasuk 35 yg telah sembuh.

3. 5 kes di ICU.
Penerangan kluster kes COVID-19 perhimpunan tabligh di Maajid Seri Petaling Kuala Lumpur, 14 March 2020.

Seramai 4,942 peserta yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling telah berjaya dikenalpasti sehingga jam 7 petang tadi.

Jumlah kumulatif kes yang disahkan dijangkiti COVID-19 yang berkaitan perhimpunan tersebut sehingga ke hari ini adalah 77 kes dan mengikut pecahan negeri :-

a)Sabah 26 kes;
b)Negeri Sembilan 11 kes;
c)Sarawak 6 kes;
d)Johor 5 kes;
e)Melaka 5 kes;
f)Selangor 5 kes;
g)Pulau Pinang 5 kes;
h)Kelantan 3 kes;
i)Perak 2 kes;
j)WP Labuan 2 kes;
k)Pahang 2 kes;
l)Kedah 2 kes;
m)WP KL & Putrajaya 2 kes; dan
n)Perlis 1 kes.

Kesemua 77 kes ini masih dirawat di hospital.
Satu kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dalam keadaan stabil.

Tahniah dan terima kasih kepada pasukan petugas KKM di lapangan.
COVID-19 : Apa itu Endemik, Epidemik dan Pandemik.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok bersama Dr. Dalila Roslan pada pukul 8.30 pagi di TV1.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Status terkini global COVID-19, 15 Mac 2020

Negara Itali masih mempunyai kematian yang tertinggi iaitu 1,441 dengan kadar peratusan 6.8%

Sebanyak 10 penambahan negara yang disenaraikan mempunyai wabak COVID-19 menjadikan 146 negara terkesan dengan wabak ini.
TERKINI: 190 kes baru COVIDー19 dilaporkan di Malaysia, 15 Mac 2020.

Ini menjadikan 428 keseluruhan termasuk 42 kes sembuh dan discaj.

Sebahagian besar kes baru ini berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Ikuti penuh Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia
Ringkasan kes COVIDー19 di Malaysia setakat 15 Mac 2020.

428 kes keseluruhan termasuk 42 yang telah sembuh.

7 lagi pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar wad hari ini.

Daripada 386 yang sedang dirawat, 9 di ICU tetapi stabil.
COVID-19 : Kesiapsiagaan Tertinggi Tangani Penularan.

Saksikan sesi perkongsian ini bersama Dr. Badrul Hisham Abd Samad dari Bahagia Kawalan Penyakit, KKM pada pukul 8.10 pagi esok di TV1.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Call Out COVID-19

Dengarkan dalam Program Johara Pagi Era (Radio ERAfm)

Tarikh : 16 Mac 2020 (Isnin)
Masa : 7:05 pagi
Topik : Status Terkini COVID-19

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini 8am, 16 Mac 2020.

Kematian di Itali hampir mencecah 2,000 dan Sepanyol, kematian meningkat ketara menghampiri 300 orang.

Filipina, walaupun jumlah kes 140, kematian agak tinggi (11) dgn kadar kematian 7.9%.
Amalkan 7 langkah mencuci tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

1. Basahkan tangan dan ratakan sabun
2. Gosok kedua-dua tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok dengan kuku di tapak tangan
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya
7. Keringkan tangan dengan tisu

Anda mampu untuk mengubahnya.
Hadapi jangkitan COVID-19 dengan tenang.
Jangan panik. Sentiasa patuhi nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bersama mencegah penularan COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
COVIDー19 Ringkasan situasi terkini di Malaysia, 16 Mac 2020.

KKM telah memasuki tahap pembendungan akhir iaitu membendung penularan jangkitan daripada menjadi lebih serius di Malaysia. - Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato' Sri Dr Adham Baba
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI KEAGAMAAN DI MASJID DAN SURAU SERTA PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH MANGSA COVID-19

Setelah mendapat titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, maka saya mengumumkan bahawa:

Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac 2020 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan berikut:

a. Semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan bermula 17- 26 Mac 2020. Jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan. Tempoh sepuluh (10) hari berkenaan adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

b. Sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia. Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah. Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.

c. Bagi pelaksanaan perihal (a) dan (b), Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.

Dengan titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pelaksanaan perihal (a) dan (b) juga adalah terpakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sekian.

SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
16 MAC 2020