Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
📜𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

Seramai 4737 orang pesakit mengalami kegagalan organ peringkat akhir sedang menunggu untuk mendapatkan organ baharu sehingga Februari 2022.

Ia merupakan angka yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang mendermakan organ.

Terdapat pesakit yang menunggu organ baharu akan mengalami kemerosotan kesihatan yang serius dan ada yang meninggal dunia semasa tempoh menunggu terutama melibatkan organ utama seperti jantung kerana tiada penderma organ dan alternatif rawatan lain seperti dialisis.

Keluarga Malaysia budiman, kitalah harapan mereka.

Ayuh zahirkan niat murni kita untuk memberi harapan baharu kepada mereka yang memerlukan dengan mendaftar sebagai pengikrar penderma organ melalui pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝐈𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku

Sumber: FB Derma Organ
🎉𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2022

🔸Buah pinggang merupakan organ yang boleh didermakan semasa hidup dan selepas kematian.

🔸Manusia masih boleh hidup dengan satu sahaja buah pinggang.

🔸Mereka yang menjalani pemindahan buah pinggang akan mempunyai lebih daripada 2 buah pinggang dalam badan.

🔸Penderma buah pinggang selepas kematian dapat memberi manfaat sehingga 4 nyawa.

🔸Terdapat seramai 4722 orang pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir berada dalam senarai menunggu organ baharu pada Februari 2022.

🔸Pemindahan buah pinggang merupakan rawatan terbaik kepada pesakit mengalami kegagalan akhir buah pinggang.

🔸Kadar daya hidup (survival rate) penerima organ buah pinggang adalah melebihi 85 peratus.

Ayuh semua Keluarga Malaysia kita zahirkan hasrat murni membantu mereka yang memerlukan dengan mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐓𝐄𝐌𝐔𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

📆Tarikh: 15 Mac 2022 (Selasa)
📻Saluran: RTM - Selamat Pagi Malaysia
🔊Tajuk: Senarai Pesakit Menunggu Organ Baharu
👨🏻‍⚕️ Panelis: Dr. Hasdy Haron, Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan, Pusat Sumber Transplan Nasional

https://youtu.be/uY_c95JXtfc

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#sihatmilikku
#OrganDonation
#organdonationawareness
𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 & 𝐓𝐈𝐒𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

🧐Tahukah Kita?
Terdapat 4 organ dan 4 tisu yang boleh didermakan selepas kematian di Malaysia iaitu:
💚Jantung
💚Paru-Paru
💚Hati
💚Buah Pinggang
💜Kornea Mata
💜Injap Jantung
💜Tulang
💜Kulit

Kesemua organ yang boleh didermakan ini merupakan organ utama di dalam badan kita.

Pesakit yang memerlukan transplantasi jantung dan paru-paru segera hanya mempunyai harapan baharu untuk terus hidup apabila terdapat pendermaan organ selepas kematian dilaksanakan kerana organ utama ini hanya boleh didermakan selepas kematian oleh individu budiman yang mempunyai organ yang sesuai dengan penerima.

Seseorang individu yang meninggal dunia turut boleh mendermakan tisu badan mereka bagi manfaat orang lain untuk meningkatkan kualiti hidup.

🔸Pendermaan tisu kornea mata boleh dilaksanakan di luar dewan bedah seperti di rumah dan kornea yang didermakan boleh membantu meningkatkan kualiti penglihatan.

🔸Individu yang meninggal dunia kerana jantung terhenti masih boleh menderma injap jantung mereka bagi membantu mereka yang mengalami masalah injap jantung.

🔸Hanya tulang panjang di bahagian tangan dan kaki sahaja boleh didermakan dan ia akan digantikan dengan tulang palsu yang mempunyai saiz sama sebagai penyokong.

🔸Pendermaan kulit tidak perlu digeruni kerana hanya lapisan kulit sangat nipis di bahagian belakang badan penderma sahaja akan diperolehi. Kulit yang didermakan dapat membantu mereka yang mengalami kebakaran kulit yang teruk bagi mengelakkan dehidrasi dan jangkitan kuman.

Kesemua proses perolehan organ dan tisu yang didermakan selepas kematian ini akan dijalankan dengan pernuh hormat dan beretika.

Malaysia menghadapi peningkatan senarai pesakit menunggu organ baharu dari semasa ke semasa akibat kegagalan organ peringkat akhir.

Mereka ini memerlukan organ baharu yang didermakan untuk ditransplantasi dengan segera bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Ayuh bersama kita zahirkan hasrat murni kita untuk membantu mereka yang memerlukan organ baharu secara berikrar sebagai penderma organ selepas kematian dengan menekan pautan ini:

https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝑺𝒂𝒕𝒖 𝑰𝒌𝒓𝒂𝒓, 𝑺𝒆𝒋𝒖𝒕𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐄𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

https://fb.watch/c50-oZRRRE/

📆Tarikh: 31 Mac 2022 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
💻Secara Langsung Menerusi Facebook Derma Organ & Youtube Derma Organ
📜Topik: Pendermaan Buah Pinggang 'Hadiah Istimewa'
👨🏻‍⚕️Panelis Jemputan: Dr. Mohamad Zaimi Abd Wahab, Pakar Perubatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Berbincang dan maklumkan hasrat murni kita mendaftar sebagai pengikrar penderma organ kepada waris supaya mereka maklum.

Perkara ini amat penting dilakukan kerana bagi memastikan waris kita mengetahui dan dapat memenuhi hasrat murni kita dengan memberi kebenaran jika diperlukan pada masa depan.

Pusat Sumber Transplan Nasional mendapati cabaran utama pendermaan organ di Malaysia adalah kebenaran waris.

Majoriti kes rujukan berpotensi pendermaan organ dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran waris untuk pendermaan organ.

Antara sebab utama waris tidak membenarkan pendermaan organ adalah tidak mengetahui hasrat si mati untuk menjadi penderma organ selepas kematian.

Undang-undang di Malaysia telah menetapkan waris perlu memberi kebenaran bertulis sebelum pendermaan organ selepas kematian dilaksanakan.

Walaupun seseorang telah berikrar sebagai penderma organ selepas kematian tetap perlu mendapatkan kebenaran waris bertulis sebelum perolehan dilaksanakan.

Ayuh semua Keluarga Malaysia kita berbincang dengan waris dan mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

Maklumkan kembali kepada waris setelah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ.

'𝑰𝒌𝒓𝒂𝒓 𝑲𝒊𝒕𝒂, 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏 𝑫𝒖𝒏𝒊𝒂'

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Anda juga boleh mendaftar sebagai pengikrar penderma organ menerusi laman sesawang Derma Organ www.dermaorgan.gov.my atau menekan pautan https://www.dermaorgan.gov.my/jomikrar/

Kad pengikrar anda akan kami hantar menerusi pos ke alamat diberikan dalam tempoh 4-6 minggu setelah borang dilengkapkan.

Pelbagai informasi terkini berkaitan pendermaan organ dan transplantasi di Malaysia juga boleh diperolehi menerusi laman sesawang ini.

Satu Ikrar, Sejuta Harapan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

Masih ramai keliru dengan hukum pendermaan organ dan tisu selepas kematian sehingga menyebabkan proses menyelamatkan nyawa ini mendapat pelbagai pertikaian dan perselisihan faham.

Fatwa Kebangsaan pada tahun 1970 telah menetapkan bahawa Islam mengharuskan pendermaan organ dan tisu setelah meninggal dunia.

Berikut adalah asas keharusan pendermaan organ:

🔹SEGALA URUSAN ITU MENGIKUT TUJUANNYA
Pemindahan organ dilakukan bagi tujuan menyelamatkan nyawa dan tidak dilakukan dengan niat untuk menghina atau menyeksa mayat.

🔹KEMUDARATAN PERLU DIHILANGKAN
Menghilangkan kemudaratan yang menimpa manusia ialah salah satu matlamat syariah.

Pemindahan organ ialah ikhtiar yang diilhamkan oleh Allah kepada manusia sebagai suatu kemudahan bagi mengatasi kesukaran.
"....Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran..." Al-Baqarah (185)

🔹KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
"...maka sesiapa terpaksa (kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula ia melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al-Baqarah (173)

Ayuh semua usah keliru lagi berkaitan pendermaan organ selepas kematian dan bersama kita memberi harapan kepada mereka yang memerlukan dengan mendaftar sebagai pengikrar penderma organ selepas kematian melalui pautan https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙊𝙧𝙜𝙖𝙣, 𝘼𝙣𝙪𝙜𝙚𝙧𝙖𝙝 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

Terdapat 2 jenis kematian iaitu:
🧠Kematian Otak
❤️Kematian Jantung Terhenti

Kematian otak ialah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Pakar perubatan terlatih yang menjalankan ujian pengesahan kematian otak akan memaklumkan situasi berkenaan kepada waris sebelum menjalankan ujian pengesahan kali kedua. Waris juga diberikan peluang untuk memikirkan jika mempunyai hasrat untuk pendermaan organ. Tiada paksaan kepada waris berkaitan pendermaan organ.

Jika waris bersetuju untuk pendermaan organ, mesin pernafasan akan dikekalkan setelah ujian pengesahan kedua menunjukkan positif mati otak sehingga bakal penderma organ berkenaan dimasukkan ke dalam dewan bedah. Kebenaran bertulis daripada waris perlu diperolehi sebelum proses pendermaan organ dilaksanakan.

Berdasarkan rekod hanya kira-kira 1% sahaja kematian otak berbanding keseluruhan kematian yang ada.

Kematian jantung terhenti pula adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.

Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit. Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Ayuh #KeluargaMalaysia bersama-sama kita mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Ayuh serlahkan bakat kreativiti anda dengan menyertai Pertandingan TikTok Kesedaran Pendermaan Organ.

Imbas kod QR disediakan atau layari pautan ini https://bit.ly/pertandingantiktokdermaorgan untuk syarat pertandingan dan borang penyertaan.

Tarikh tutup penyertaan adalah 23 Jun 2022.

🎁Hadiah wang tunai menanti pemenang
🥇RM400
🥈RM300
🥉RM200
🏅RM200

Layari TikTok Derma Organ https://vt.tiktok.com/ZSdstF9By/

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknadermaorgan
#dermaorgandeminyawa
#tiktokdermaorgan
#OrganDonation
#organdonationawareness
#sihatmilikku
𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 & 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐃𝐔𝐑 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Pasti ramai tertanya-tanya apakah prosedur pendermaan organ selepas kematian dilaksanakan di Malaysia.

Ayuh lihat infografik yang disediakan untuk mengetahui secara asas berkaitan prosedur yang dijalankan untuk pendermaan organ selepas kematian.

Pendermaan organ selepas kematian akan dijalankan dengan penuh hormat setelah mendapat kebenaran waris.

Maklumkan hasrat murni kita berikrar sebagai penderma organ selepas kematian supaya mereka mengetahui hasrat kita apabila tiba masanya kelak.

Kepada yang belum mendaftar, ayuh daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

'DERMA ORGAN ANUGERAH KEHIDUPAN'

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknadermaorgan
#OrganDonation
#organdonationawareness
#sihatmilikku
🔊𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Negeri Perak

📆 16 & 17 Julai 2022
7.30 pagi hingga 6.00 petang
📍 Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak

𝑺𝒂𝒕𝒖 𝑰𝒌𝒓𝒂𝒓 𝑺𝒆𝒋𝒖𝒕𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
📋𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍
Terdapat seramai 10,357 orang pesakit menunggu organ dari penderma selepas kematian melibatkan pelbagai organ utama pada Jun 2022.

Mereka ini merupakan pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir yang telah selesai menjalani ujian saringan (work up) bagi pembedahan transplantasi dan bersedia bila-bila masa untuk menerima organ baharu apabila terdapat penderma selepas kematian yang bersesuaian.

Pelbagai ujian saringan awal perlu dilengkapkan oleh bakal penerima supaya pusat transplantasi mempunyai data yang lengkap bagi disuaipadan (matching) dengan maklumat bakal penderma jika ada.

Pesakit akan segera dipanggil ke hospital iaitu pusat transplantasi jika terdapat bakal penderma yang bersesuaian untuk bersedia menjalani pembedahan pemindahan organ.
Walau bagaimanapun, terdapat ramai juga pesakit semakin menderita dengan tahap kesihatan yang merosot dan ada yang menghembuskan nafas akhir semasa berada dalam senarai menunggu transplantasi.
Ia berlaku kerana Malaysia masih tidak mencukupi penderma selepas kematian.

Berdasarkan statistik Pusat Sumber Transplan Nasional menunjukkan hanya terdapat 19 orang penderma sebenar selepas kematian dari Januari hingga Jun 2022.
Ayuh #KeluargaMalaysia kita cakna mengenai kepentingan pendermaan organ dalam menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup seseorang.

Bersama kita mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

DERMA ORGAN: CAKNA DEMI KEHIDUPAN

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknademikehidupan
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐
📆 Bermula 13 Ogos 2022
📋 Derma Organ: Cakna Demi Kehidupan

Terdapat pelbagai aktiviti menarik:
🎤Majlis Pelancaran
💻Webicara Derma Organ Istimewa
🏃🏻‍♂️Cabaran Aktif Bookdoc
🎨Pertandingan Melukis Poster
🎬Pertandingan Video Pendek
🤳🏼Cabaran Selfie
🎲Kuiz Interaktif
💡Pertandingan Inovasi Pameran

Penyertaan adalah PERCUMA
🎁Pelbagai hadiah menarik menanti

Maklumat lanjut hubungi Hotline Derma Organ 1 800-88-9080

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknademikehidupan
#OrganDonation
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
🟢𝟗 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈🟢
𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

Kematian jantung terhenti adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.
Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit.
Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Pendermaan tisu dari individu yang meninggal dunia kerana jantung terhenti perlu diperolehi dalam tempoh 24 jam selepas disahkan kematian.

Pendermaan tisu selepas kematian mampu meningkatkan kualiti kehidupan kepada pesakit yang memerlukannya.

𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙊𝙧𝙜𝙖𝙣: 𝘾𝙖𝙠𝙣𝙖 𝘿𝙚𝙢𝙞 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣

#dermaorgan
#caknademikehidupan
#mkpo2022
#sayanakikrar
#OrganDonation
#sihatmilikku
𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀- 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆

Ayuh kenali fungsi organ utama badan kita iaitu jantung.

Jantung mengepam darah ke organ dan tisu badan manusia.

Seseorang yang meninggal dunia kerana jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja kerana organ memerlukan oksigen melalui pengaliran darah yang dipam oleh jantung.

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknademikehidupan
#sihatmilikku
𝐀𝐙𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟑

Apakah azam tahun baharu 2023 anda?

Ayuh semua sempena permulaan tahun ini kita mendaftar sebagai pengikrar penderma organ.

Kita akan lebih menjaga kesihatan apabila telah berikrar sebagai penderma organ supaya dapat membantu orang yang memerlukan kelak.

Daftar sebagai pengikrar penderma organ dengan mudah dan cepat sekarang menerusi aplikasi MySejahtera.

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#sayanakikrar
#sihatmilikku
🔊 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧?

Jika belum...jom daftar sekarang dengan mudah dan cepat menerusi aplikasi MySejahtera.

Hanya 1 MINIT sahaja masa diperlukan untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan.

Anda akan terus menerima kad ikrar digital di ruangan profil MySejahtera.

Tiada sebarang bayaran dan pemeriksaan kesihatan diperlukan untuk pendaftaran.

🔹CEPAT
🔹MUDAH
🔹SELAMAT

Satu Ikrar, Sejuta Harapan

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#sayanakikrar
#sihatmilikku
📞𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆
Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pendermaan organ dan transplantasi di Malaysia?

Ayuh hubungi talian 1800-88-9080 bagi mendapatkan pencerahan segala persoalan yang ada daripada pegawai kami yang berpengalaman.

Derma Organ: Anugerah Kehidupan

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#sayanakikrar
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐫𝐚𝐭 𝐦𝐮𝐫𝐧𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭.

Ia amat penting supaya waris mengetahuinya dan dapat menunaikan hasrat berkenaan jika anda layak apabila tiba masanya.

Berdasarkan laporan National Transplant Procurement Management (NTPM) mendapati alasan tidak tahu hajat si mati merupakan alasan kedua tertinggi diterima daripada waris untuk sebab penolakkan (refusal) menjadi penderma organ kardaverik bagi kes rujukan berpotensi menjadi penderma bagi tempoh 2001 hingga 24 Mei 2023.

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ menerusi aplikasi MySejahtera.

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#sayanakikrar