Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Terkini #COVID19 di Malaysia, 3 Mac 2020.

Terdapat tujuh (7) kes baru positif menjadikan 36 kes setakat ini.

Ini menjadikan 14 kes sedang dirawat di Hospital Sg Buloh dan HKL manakala 22 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Kesemua mereka dalam keadaan stabil.

Kenyataan penuh KKM menyusul.
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

YAB Perdana Menteri telah mengadakan perbincangan bersama Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen mengenai status terkini wabak novel coronavirus.

Terdapat tujuh (7) kes baru direkodkan pada 3 Mac 2020, menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 36.

Dua misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia bersama pasangan/anak dari Wuhan, China telah dilaksanakan. Misi pertama membabitkan 107 penumpang pesawat dibawa pulang pada 4 Februari 2020. Kesemua 107 kes didapati negatif.

Misi kedua membabitkan 68 warganegara Malaysia bersama pasangan/anak dibawa balik dari Wuhan pada 26 Februari 2020 dan mereka kini ditempatkan di AKEPT bagi menjalani saringan kesihatan sehingga 11 Mac 2020.

Jawatankuasa Kerja Mengenai COVID19 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bermesyuarat secara berkala bagi meneliti status situasi terkini dan mengambil tindakan bagi mengekang penularan COVID19.
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 3rd March 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#COVID19 Siapakah yang dimaksudkan kontak rapat?

Mereka yg berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF seperti:

1⃣ Anggota kesihatan yg merawat kes itu tanpa memakai PPE.

2⃣ Mereka yg tinggal serumah dgn kes positif itu.

Mereka ini akan disaring dan diambil sampel untuk ujian pengesanan.

Bagaimana pula individu yang berhubung rapat dengan kes yang disyaki (PUI) dan belum disahkan ujian makmal?

Mereka TIDAK dikira kontak rapat dan tidak perlu diambil sampel untuk ujian pengesanan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kenyataan akhbar YAB Perdana Menteri pada hari ini mengenai pertambahan tujuh (7) kes baharu. Didapati kesemua tujuh kes baharu ini merupakan kontak rapat bagi Kes ke-26. Maklumat kes berkaitan adalah seperti yang berikut:

KES BAHARU KE-30

Kes ke-30 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 38 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 12 Februari 2020 dan telah pulang pada 16 Februari 2020. Kes tidak mempunyai sebarang gejala sebelum ini. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan kes telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

KES BAHARU KE-31

Kes ke-31 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 50 tahun. Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Kes telah dilaporkan mempunyai gejala pada 26 Februari 2020. Seterusnya kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

KES BAHARU KE-32

Kes ke-32 merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 43 tahun. Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Kes telah dilaporkan mempunyai gejala pada 27 Februari 2020. Seterusnya kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

KES BAHARU KE-33

Kes ke-33 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 58 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching, Sarawak bagi menghadiri mesyuarat pada 16 Februari 2020. Seterusnya kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

KES BAHARU KE-34

Kes ke-34 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 40 tahun. Kes merupakan seorang paramedik di sebuah hospital dan telah memberi rawatan kepada kes ke-26. Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

KES BAHARU KE-35

Kes ke-35 merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia yang berusia 50 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Australia pada 31 Januari 2020, dan telah pulang ke Malaysia pada 16 Februari 2020. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

KES BAHARU KE-36

Kes ke-36 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 49 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir pada 23 Januari 2020 dan telah pulang ke Malaysia pada 1 Februari 2020. Kes tidak mempunyai sebarang gejala dan telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak Kes ke-26. Kes telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak, dan telah disahkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.


https://kpkesihatan.com/2020/03/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-mac-2020-situasi-terkini-jangkitan-covid-19-di-malaysia-3-mac-2020/
_Nak cari ubat online ke?Jom baca dulu 👇🏼👇🏼👇🏼_

*7 TIP SEBELUM MEMBELI UBAT* _*ONLINE*_

🙋🏻‍♀️ *DAPATKAN* nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan
💊 *HANYA* boleh membeli ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja). Semak pendaftaran ubat di www.npra.gov.my atau menggunakan aplikasi "NPRA Product Status" yang boleh didapati dari Google Play.
*JANGAN BELI* ubat yang memerlukan preskripsi dan ubat terkawal secara online (No. MAL diakhiri dengan huruf A).
*ELAKKAN* membeli ubat daripada laman sosial dan penjual daripada luar negara
🧾 *PASTIKAN* iklan ubat mempunyai nombor kelulusan KKLIU
📱 *JANGAN* terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis iklan terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik dan peningkatan seksual serta mengandungi kenyataan superlatif seperti ‘TERBAIK’, ‘BERKESAN’, ‘DIJAMIN SELAMAT’, ‘MUJARAB’ dan lain-lain. Semak iklan yang telah diluluskan di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan
🏢 *KENAL PASTI* premis fizikal penjual yang membuat penjualan dalam talian dan *PASTIKAN* ia berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

*NOTA*:
_Risiko pembelian ubat secara online dari sumber yang tidak sah mungkin anda mendapat ubat yang tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat yang dicampur racun berjadual yang boleh memudaratkan nyawa anda. Semakan produk yang diharamkan boleh dibuat di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/banned-product_

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online

#biarbetuliklanni
#jualubatberdaftar
COVID-19 pada hari ini telah meningkat kepada 36 kes dengan pertambahan tujuh (7) kes baharu di Malaysia pada 3 Mac 2020. Perincian kes adalah seperti berikut:

1. Kes ke-30: Lelaki tempatan 38 tahun. Sejarah perjalanan ke Australia. (HSB)

2. Kes ke-31: Lelaki warga tempatan 50 tahun. Tiada sejarah perjalanan ke luar negara. (HSB)

3. Kes ke-32: Wanita tempatan 43 tahun. Tiada sejarah perjalanan ke luar negara. (HKL)

4. Kes ke-33: Lelaki warga tempatan 58 tahun. Sejarah perjalanan ke Kuching. (HSB)

5. Kes ke-34: Lelaki warga tempatan 40 tahun. Paramedik di hospital yg telah memberi rawatan kes ke-26. (HSB)

6. Kes ke-35: Wanita warga tempatan 50 tahun. Sejarah perjalanan ke Australia.(HSB)

7. Kes ke-36: Lelaki tempatan 49 tahun. Sejarah perjalanan ke Mesir. (HSB)

Kesemua 7 kes ini adalah kontak rapat kepada kes ke-26.

Pengesanan kontak rapat kes ke-26 ini masih berjalan.

Perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Semua dinasihatkan agar merujuk kepada maklumat yang dikeluarkan KKM sahaja bagi mengelak sebarang kekeliruan.
COVID-19 pada hari ini telah meningkat kepada 36 kes dengan pertambahan tujuh (7) kes baharu di Malaysia pada hari ini, 3 Mac 2020.

Ini menjadikan 14 kes sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala 22 discaj.

Kesemua mereka dalam keadaan stabil.

Negara baru yang telah dilanda wabak ini ialah Arab Saudi dengan 1 kes.

Seven (7) new cases of the COVID19 in Malaysia, Mar 3, 2020 bringing the total so far to 36 cases.

Of 36 cases, 14 cases are being treated at Sungai Buloh Hospital (HSB) and Kuala Lumpur Hospital (HKL) while 22 cases recovered well and discharged.

All the patients are in stable condition.

One (1) new country were listed, namely Saudi Arabia.
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (3 Mac 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (3rd March 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jom Bersama Kita Jaga Gigi !

Dengarkan esok pada pukul 8.30 pagi di ikimfm bersama Dr. Doryalisa Zakaria sempena Hari Kesihatan Pergigian Sedunia (World Oral Health Day) 2020...Katakan Aah: Jom Bersama Kita Jaga Kesihatan Mulut!

#sihatmilikku
#walkthetalk
RISIKO PENYAKIT JANTUNG DENGAN
PENGAMBILAN GARAM HARIAN

Agak-agak hidangan makanan kita setiap hari lebih tak 1 sudu teh (5 gram) seperti yang disarankan World Health Organization (WHO)

Cuba bayangkan setiap kali masak akan letak sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan, garam, MSG, kicap dan serbuk perasa lain🤔

Jadi, hadkan penggunaan garam, sos2 dan perasa tambahan..lebihkan rempah ratus dan herba sebagai perasa semulajadi..

SEDAP tak semestinya MASIN uolss😎

#jomkurangkangaram
#kurangkanmasin
#hadkanperasatambahan
#MSG
#sos
#kicap
Dengar Sepanjang Hayat, Hilang Pendengaran bukan Penghalang.

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Pn. Nurulhusna Mohd Nor.

#sihatmilikku
#walkthetalk