Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Bulan Februari dah 13 kematian??? Menakutkanlah....geng ayuh lah kita banteras Aedes di persekitaran rumah kita...jangan sampai ahli keluarga kita termasuk dalam senarai kematian akibat denggi....nak hapus Aedes ni tak susah pun geng...hanya ambil masa 10 minit seminggu kita cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah kita...ayuh mulakan hujung minggu ni...

#10MINIT
#CariDanMusnah
#hapusaedessangatmudah
#TiadaAedesTiadaDenggi

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Semakin hari semakin meningkat kes kematian akibat demam denggi. Siapa lah esok yang menjadi korban denggi? Aedes tidak mengira siapa mangsanya sama ada bayi, kanak-kanak atau warga emas. Apa yang penting bagi Aedes adalah memastikan zuriatnya terus berkembang dan membiak. Kengkawan nak banteras Aedes mudah je cuma ambil masa 10minit seminggu kita hapuskan tempat2 pembiakannya di persekitaran rumah kita dalam dan luar. Ayuh kengkawan kita perang Aedes habis-habisan

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CaridanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kengkawan, ingat yer tiada ubat khusus dalam merawat demam denggi ni. Jadi, kita kena lindungi diri sendiri dan ahli keluarga kita daripada gigitan nyamuk Aedes.

Jadi, jom lah kita hapuskan tempat-tempat berpotensi menjadi pembiakan Aedes. Mudah jer cuma 10 minit seminggu.

Cuti sekolah ni ajaklah anak-anak untuk sama-sama bersihkan persekitaran rumah di dalam dan di luar rumah. Didik anak-anak bahaya demam denggi sejak mereka masih kecil.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kes semakin meningkat, kematian juga semakin ramai. Aedes semakin berleluasa dan mengganas. Apa tindakan kita? Jom cuti minggu ni kita banteras Aedes habis-habisan....

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kes demam denggi semakin meningkat. Tidakkah ada perasaan takut dalam hati kita jika terkena demam denggi? Denggi boleh membawa maut ye kengkawan. Jangan anggap ringan demam denggi ini. Jangan sampai ada kalangan ahli keluarga kita maut akibat denggi, nak menyesal pun dah tak berguna. Bertindak sebelum terlewat.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Setiap minggu kes demam denggi meningkat. Min berasa bimbang dengan tren peningkatan ini. Bukan apa, dalam kesibukan kita menyambut Ramadan pasti kita akan alpa untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes. Jangan nanti orang lain sibuk mengerjakan amal ibadat tapi kita terlantar di hospital. Jadikan rumah kita bebas daripada pembiakan Aedes. Jom amalkan 10 minit seminggu walaupun dalam bulan puasa.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minitseminggu
#CariDanMusnah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Salam Ramadan buat semua yang beragama Islam. Min dan team Cari Dan Musnah nak minta jasa baik semua agar menjaga kebersihan terutama di bazar Ramadan. Jangan jadikan bazar Ramadan tempat pembiakan Aedes. Bersama-samalah kita menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minitseminggu
#CariDanMusnah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tak sabarnya nak pergi bazar Ramadan...apa yer juadah iftar nanti...ermmmm tapi kan kengkawan kalau nak pergi bazar tu pastikan lindungi diri dulu kerana Aedes menunggu masa je tau nak gigit mangsa...Aedes pun tengah kelaparan tu sebab waktu itu waktu Aedes cari makan juga tau...

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Penat ke puasa tu? Aedes tak puasa tau...jadi lindungi diri ketika mengunjungi bazar Ramadan.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama