Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cegah COVID-19.

Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul PENUH dengan kuman!

Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
JOM TINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT

Serat merujuk kepada karbohidrat kompleks yang didapati daripada makanan dan manusia tidak mempunyai enzim untuk menghadamnya. Fungsi Serat :

1- MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL DARAH
Serat larut akan membentuk lapisan melekit yang menghalang
kolesterol dan lemak daripada diserap ke dalam darah. Kolesterol berlebihan akan disingkirkan dari badan.

2- MENGAWAL BERAT BADAN
Serat mampu memberi rasa kenyang dan mengawal selera makan. Ini dapat membantu mengawal berat badan secara semulajadi dengan diet yang seimbang dan melakukan
senaman.

3- KESIHATAN USUS
Serat larut bertindak sebagai prebiotik apabila dicerna di
usus kecil dan difermentasi di usus besar.

Walaupun makanan tersebut mengandungi serat, namun masih mengandungi kalori. Oleh itu, waspada pengambilan mengikut saranan sukatan yang dicadangkan.

Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
Masalah kulit muka.

Saksikan dalam rancangan Mingguan Wanita bersama Dr. Azura Mohd Affandi di Astro Prima pada pukul 12 tengah hari.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Top 5 punca kematian mengejut sewaktu muda

Saban hari kita dikejutkan dengan kematian mengejut seseorang sewaktu muda. Kematian mengejut yang pada dahulunya terjadi kepada warga emas, semakin meningkat kebarangkaliannya di peringkat golongan muda. Mari kita lihat top 5 punca kematian mengejut sewaktu muda

https://www.facebook.com/publichealthmalaysiatv/videos/275262386784719/

Sumber: Public Health Malaysia TV
Kes status terkini dikemaskini jam 12 tengahari , 20 Februari 2020 (Khamis) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as at 12 pm, on 20th Feb 2020, Thursday.

Worldwide current cases and death statistics by WHO.

In Malaysia, there are 22 cases of COVID-19 including 15 who have been cured and discharged. The remaining 7 cases are still being treated.
Dua (2) lagi kes positif COVID-19 telah sembuh dan discaj dari hospital masing-masing lewat petang semalam.

Mereka adalah:

1) kes ke-20, lelaki warganegara China berusia 27 tahun yang masuk ke Malaysia melalui pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam. Kes discaj dari Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

2) kes ke-21, wanita warganegara China berusia 32 tahun yang berkahwin dengan lelaki tempatan. Kes discaj dari Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Dengan ini, jumlah yang telah sembuh adalah 17 daripada 22 kes. Lima (5) lagi masih terima rawatan di wad.

Tiada kes baharu dilaporkan pada hari ini, 20 Februari 2020.
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (20 Februari 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (20 February 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 20th February 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kes status terkini dikemaskini jam 7 petang , 20 Februari 2020 (Khamis) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Sebanyak 4 kes jumlah kematian berlaku di luar China iaitu 2 kes di Iran dan 2 kes daripada kapal pesiaran yang berada di Jepun.

Jumlah kes di Malaysia masih kekal 22 kes . Daripada jumlah ini 17 kes telah pulih dan kini tinggal 5 kes yang masih di rawat.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.
BERAPA KENAIKAN BERAT BADAN YANG SIHAT KETIKA HAMIL?🤔

#pemakananibu
#ibuhamil
#gestationalweightgain

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Ingat tau mommies..hamil bukan alasan "makan untuk 2 orang"..

Masih perlu makan dengan SEDERHANA, SEIMBANG & PELBAGAI

Nanti lepas bersalin, tak stress nak turunkan balik berat yang naik ter 'OVER' semasa mengandung dulu😌

#pemakanansemasahamil
#pemakanansihat
#overweight
#gestationalweightgain

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Selain #Sihat Milikku, #CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyediakan link akses https://yangx.top/cprckkm. Join dan dapatkan informasi berkenaan COVID-19 di telegram CPRC Kebangsaan.
TAHUKAH ANDA?

1 DARIPADA 5 ANAK MALAYSIA ADALAH BANTUT..

Bantut semakin membimbangkan..
Jom cegah bantut..

https://www.youtube.com/watch?v=w8EUJth6iGw

Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
Kes status terkini dikemaskini jam 8 pagi , 21 Februari 2020 (Jumaat) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.
Kepada yang berkelayakan, boleh emelkan permohonan ke emel yang tertera.

Jangan lupa sebarkan kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan ya!
Golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya mengehadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting (non-essential).

Langkah ini bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di hospital.

Orang ramai juga diingatkan supaya tidak melawat pesakit di hospital jika mengalami demam, selesema dan batuk.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia