Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Baru diimunisasi dan berasa tidak sihat? Ia mungkin kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI). Pastikan anda melaporkannya.

Maklumkan ahli profesional kesihatan di fasiliti kesihatan anda untuk membuat laporan AEFI bagi pihak anda;

ATAU

Anda juga boleh ke laman sesawang NPRA www.npra.gov.my untuk melaporkan kesan sampingan sendiri menggunakan borang yang disediakan secara atas talian atau menghantar borang laporan melalui emel, pos atau faks. Anda digalakkan untuk berbincang dahulu dengan ahli profesional kesihatan tentang kesan sampingan yang dialami sebelum membuat laporan.

#ReportSideEffects
#MedSafetyWeek

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Adakah anda tahu yang anda juga boleh membantu kami menjadikan ubat-ubatan lebih selamat untuk semua dengan melaporkan sebarang kesan sampingan ubat-ubatan?
Setiap laporan akan diambil kira.

Sila laporkan sebarang kesan sampingan yang disyaki kepada NPRA (👉 sebagai anggota kesihatan atau 👉 pengguna) melalui 🌐 www.npra.gov.my. Bagi pengguna, anda digalakkan untuk berbincang dahulu dengan anggota kesihatan berkenaan kesan sampingan yang dialami sebelum membuat laporan.

#MedSafetyWeek #ReportSideEffects #PatientSafety

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM