Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 19th February 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pada 18 Februari 2020, Program Demonstrasi Penjagaan Kesihatan Diri dan Persekitaran dalam Kalangan Murid telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah penyakit COVID-19, demonstrasi membasuh tangan dengan efektif dan demonstrasi penggunaan penutup hidung dan mulut dengan betul.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia Statistik Terkini Jangkitan COVID-19 Di Malaysia.

Dua lagi kes #COVID19 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Mereka adalah:

1) kes ke-17, wanita tempatan umur 65 yang merupakan kontak rapat kes ke-9.

2) kes ke-18, lelaki tempatan umur 32 yg bekerja di Macau, China.

Dengan ini, jumlah kes yg telah pulih sepenuhnya ialah 15 org.

TIADA kes baru dilaporkan hari ini.

Jumlah kumulatif kekal 22 kes dgn hanya 7 kes masih dirawat.
Dua (2) orang warga tempatan masing-masing kes ke-17, dan kes ke-18 telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Ini menjadikan bilangan yang telah pulih dan discaj adalah seramai 15 orang daripada 22 jumlah kumulatif kes positif COVID-19.

Tujuh kes masih menerima rawatan di wad.
Cegah COVID-19

Elakkan bersalaman atau bersentuhan jika bergejala.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Dua (2) orang warga tempatan bagi kes ke-17 dan ke-18 telah pulih dan dibenarkan pulang.

Kes COVID-19 di Malaysia masih kekal 22 kes termasuk bilangan yang telah pulih dan discaj sebanyak 15 kes dan 7 kes lagi masih menerima rawatan.

Kes Status terkini dikemaskini jam 7 petang , 19 Februari 2020 (Rabu) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as at 7 pm, on 19th Feb 2020, Wednesday.

Worldwide current cases and death statistics by WHO.

In Malaysia, there are 22 cases of COVID-19 including 15 who have been cured and discharged. The remaining 7 cases are still being treated.
Waspada Denggi.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 8.10 pagi esok di TV1.

#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cegah COVID-19.

Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul PENUH dengan kuman!

Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
JOM TINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT

Serat merujuk kepada karbohidrat kompleks yang didapati daripada makanan dan manusia tidak mempunyai enzim untuk menghadamnya. Fungsi Serat :

1- MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL DARAH
Serat larut akan membentuk lapisan melekit yang menghalang
kolesterol dan lemak daripada diserap ke dalam darah. Kolesterol berlebihan akan disingkirkan dari badan.

2- MENGAWAL BERAT BADAN
Serat mampu memberi rasa kenyang dan mengawal selera makan. Ini dapat membantu mengawal berat badan secara semulajadi dengan diet yang seimbang dan melakukan
senaman.

3- KESIHATAN USUS
Serat larut bertindak sebagai prebiotik apabila dicerna di
usus kecil dan difermentasi di usus besar.

Walaupun makanan tersebut mengandungi serat, namun masih mengandungi kalori. Oleh itu, waspada pengambilan mengikut saranan sukatan yang dicadangkan.

Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
Masalah kulit muka.

Saksikan dalam rancangan Mingguan Wanita bersama Dr. Azura Mohd Affandi di Astro Prima pada pukul 12 tengah hari.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Top 5 punca kematian mengejut sewaktu muda

Saban hari kita dikejutkan dengan kematian mengejut seseorang sewaktu muda. Kematian mengejut yang pada dahulunya terjadi kepada warga emas, semakin meningkat kebarangkaliannya di peringkat golongan muda. Mari kita lihat top 5 punca kematian mengejut sewaktu muda

https://www.facebook.com/publichealthmalaysiatv/videos/275262386784719/

Sumber: Public Health Malaysia TV
Kes status terkini dikemaskini jam 12 tengahari , 20 Februari 2020 (Khamis) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as at 12 pm, on 20th Feb 2020, Thursday.

Worldwide current cases and death statistics by WHO.

In Malaysia, there are 22 cases of COVID-19 including 15 who have been cured and discharged. The remaining 7 cases are still being treated.
Dua (2) lagi kes positif COVID-19 telah sembuh dan discaj dari hospital masing-masing lewat petang semalam.

Mereka adalah:

1) kes ke-20, lelaki warganegara China berusia 27 tahun yang masuk ke Malaysia melalui pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam. Kes discaj dari Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

2) kes ke-21, wanita warganegara China berusia 32 tahun yang berkahwin dengan lelaki tempatan. Kes discaj dari Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Dengan ini, jumlah yang telah sembuh adalah 17 daripada 22 kes. Lima (5) lagi masih terima rawatan di wad.

Tiada kes baharu dilaporkan pada hari ini, 20 Februari 2020.
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (20 Februari 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (20 February 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk