Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
TELUR OH! TELUR

Tahukah anda ?

Telur (raw eggs in shell) tahan selama 3 hingga 5 minggu dalam peti sejuk .

Peti sejuk yang mempunyai suhu bawah 4 °C akan melindungi kebanyakan makanan kerana ia boleh memperlahankan pertumbuhan bakteria

Suhu peti sejuk adalah penting untuk memastikan makanan tahan lebih lama dan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan, mengekalkan tekstur, rasa dan kandungan nutrien .

Telur akan lebih tahan lama disimpan dalam peti sejuk berbanding jika ianya disimpan pada suhu bilik kerana faktor suhu

Kesimpulannya, bukan sahaja telur tapi makanan lain pun akan tahan lebih lama jika ianya di simpan dalam peti sejuk

Tak percaya , Cubalah!

Kredit : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Status terkini pada jam10 pagi , 18 Februari 2020 (Selasa) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Kes COVID-19 di Malaysia masih kekal 22 kes dan 9 orang di antaranya telah sembuh dan discaj dari hospital.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as at 10 am, Tuesday (Feb 18, 2020)

Worldwide current cases and death statistics by WHO.

In Malaysia, there are 22 cases of COVID-19 including 9 who have been cured and discharged.
Pencegahan COVID-19.
Saranan kepada pemandu teksi / e-hailing.

#coronavirus
#sihatmilikku
#walkthetalk
Mereka yang disahkan positif Covid-19 di atas kapal Diamond Princess yang berlabuh dan dikuarantin di Pelabuhan Yokohama meningkat melebihi 400 orang.

Terdapat 2 rakyat Malaysia yang disahkan positif COVID-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian Covid-19 di atas kapal tersebut. Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun.

Sumber: FB Noor Hisham Abdullah
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (18 Februari 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (18 February 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
107 rakyat Malaysia yang dibawa pulang melalui Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) telah dibenarkan pulang pada hari ini.

Ini termasuk dua kes positif #covid-19 iaitu kes ke-11 dan kes ke-12.

Ketua Pengarah Perubatan Kesihatan Sedunia, DrTedros4WHO puji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia menangani wabak #COVID19.

WHO mencadangkan utk Malaysia memperkukuhkan aktiviti Influenza survelan dgn menjalankan ujian #COVID19 kpd pesakit severe acute resporitary infection (SARI). KKM telah pun menjalankan saranan WHO tersebut.

Jumlah keseluruhan kes yang telah discaj adalah 11 kes dan tiada kes baharu dilaporkan pada hari ini, 18 Februari 2020.

Oleh itu, jumlah kumulatif kes #COVID19 kekal sebanyak 22 kes, dengan 11 kes masih dirawat di wad, dan 11 kes telah discaj dari hospital.

Sehingga 18 Februari 2020, sebanyak 583 Patient-Under-Investigation (PUi) dilaporkan ke CPRC.

230 kes kontak rapat kepada kes positif, keputusannya negatif.

Manakala 13 kes masih menunggu keputusan makmal.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Dua (2) rakyat Malaysia dari Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Wuhan yang telah dijangkiti COVID-19, telah sembuh dan discaj dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh sebanyak 11 orang .

Status terkini pada jam 5 petang , 18 Februari 2020 (Selasa) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Kes COVID-19 di Malaysia masih kekal 22 kes.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.
Dua orang pesakit bagi penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah pulih sepenuhnya dan discaj dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 18 Februari 2020.

Pesakit adalah kanak-kanak lelaki warganegara Malaysia berumur 9 tahun (kes ke-11) dan ayah kepada kes ke-11, warganegara Malaysia berumur 45 tahun (kes ke-12).

Jumlah keseluruhan pesakit sembuh setakat ini adalah 11 kes.

Terima kasih dan syabas kepada pasukan perubatan KKM.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Dua orang yang disahkan positif COVID-19 (masing-masing kes ke-7 dan ke-8) telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang, petang tadi. Mereka adalah pasangan suami isteri warganegara China yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru.

Keputusan ujian ulangan yang dibuat sebanyak dua kali didapati negatif.

https://www.facebook.com/DGHisham/videos/191583538610988/UzpfSTM3MzU2MDU3NjIzNjoxMDE1Njc1MzIxMTcwNjIzNw/?epa=SEARCH_BOX

Sumber dari: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Jadual Kempen Derma Darah
19 Februari 2020 (Rabu)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.
Stok darah Pusat Darah Negara
15.02.2020

Tolong kami.
Bantu kami.
Dermalah darah.
"Jauh sangat la nak derma darah ke pusat darah negara dari Putrajaya nih"

Jangan risau, kita memahami perasaan anda semua. Satu pusat pendermaan statik telah dibuka di puspanita puri, presint 10 putrajaya.

Pengangkutan boleh disediakan kepada mereka yang berminat membuat pendermaan secara berkumpulan dari pejabat - pejabat di sekitar.

Pelepasan waktu bekerja juga diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang menderma darah mengikut pekeliling pada 1 jun 2009 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

Tunggu apa lagi?

#jomdermadarah
APA YANG ANAK-ANAK ANDA MAKAN SETIAP HARI?

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan keperluan nutrien yang mencukupi untuk membantu tumbesaran mereka tanpa sebarang gangguan.

Perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak juga dipengaruhi oleh pengambilan nutrien harian mereka. Proses pembelajaran juga boleh terjejas disebabkan keperluan nutrisi mereka yang tidak lengkap.

Oleh yang demikian, selain memastikan anak " asalkan dia makan" yang mungkin hanya tertumpu kepada pengambilan makronutrien seperti karbohidrat dan protein yang sama setiap hari.. Ibu bapa juga perlu mengambil berat juga soal pengambilan mikronutrien penting dari pengambilan sumber makanan yang pelbagai dan juga kaya dalam sumber buah-buahan dan sayur-sayuran semulajadi.

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
PENTING MINUM AIR KOSONG DENGAN CUKUP

💧Kekal hidrat kerana cecair merupakan antara komponen terbesar dalam badan.

💧 Membantu tubuh berfungsi pada tahap yang optimum.

💧Detoxifikasi - menyokong fungsi hati dan ginjal menyingkirkan bahan kumuh dalam tubuh.

💧 Dapat membantu meneutralkan kadar pH dan menguatkan kekebalan tubuh daripada penyakit.

💧Membantu meningkatkan metabolisma badan.

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Status terkini dikemaskini jam 8 pagi , 19 Februari 2020 (Rabu) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Kes COVID-19 di Malaysia masih kekal 22 kes.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.